Kisah Bagaimana Lagu Dua Lipa Ini Boleh Menjadi ‘Anthem’ Keraian Liverpool Era Klopp

Pemain pemain Liverpool dengan riang menyanyi lagu One Kiss daripada Dua Lipa bersama dengan penyokong mereka dalam keraian Perisai Carabao 2023/24. Lagu yang sama mereka nyanyikan dua musim lalu ketika menang piala yang sama dan kemudian perisai komuniti.

Menariknya, misalnya pada Perisai Komuniti 2022, hanya beberapa pemain sahaja yang tidak menghafal lirik itu, terutamanya pemain pemain baharu. Yang lain semuanya bersama peminat.

Wembley sekali lagi memutarkan lagu Dua Lipa itu, kerana mereka tahu maknanya lagu itu kepada Liverpool setiap kali mereka menjulang piala pada era Klopp.

 

Liverpool ada banyak lagu sorak. Namun menariknya, lagu Dua Lipa itu sentiasa berkumandang sama ada di stadium atau di bilik persalinan ketika meraikan kejayaan mereka memenagi piala.

Ini adalah detik di mana pemain pemain Liverpool meraikan kejayaan menjulang Piala Carabao selepas menewaskan Chelsea pada aksi final.

Di Liverpool, pada era Klopp, pemain pemainnya sangat dekat dengan peminat. Salah satu penyatuan mereka adalah daripada chant.

Peminat Liverpool sendiri menyatakan mereka terharu kerana chant chant yang mereka cipta turut disiulkan pemain Liverpool. Termasuk chant nama pemain.

Detik pemain pemain Liverpool menyanyi YNWA di dalam stadium bersama peminat merka selepas kebangkitan berdepan Barcelona:

Dan ketika memenangi UCL beberapa minggu selepas itu:

Namun di sebalik semua chant itu, satu lagi chant yang dianggap anthem kejayaan Liverpool. Walaupun sebenarnya ianya bermula pada hari Liverpool kalah di final UCL berdepan Real Madrid pada 2018.

Itulah lagu One Kiss daripada Dua Lipa. Lagu yang dianggap menjadi salah satu lagu yang dinyanyikan Dua Lipa pada hari Liverpool memulakan kebangkitan sebenar selepas kekalahan di tangan Real Madrid pada 2018.

Kerana selepas kekalahan malam tersebut, Klopp berikrar di hadapan beberapa penyokong, yang videonya tular bahawa mereka akan ke final lagi dan membawa pulang UCL.

Dan itu benar benar berlaku!

Dua Lipa menjadi artis jemputan pada final 2018. Dia merupakan artis Britain. Dan keluarganya merupakan Arsenal. Namun atas jiwa sesama British, dia menyatakan dia menyokong Liverpool pada hari itu.

Lipa berkata: “Macamana ye aku nak cakap sebaik mungkin benda ni. Boleh ke aku jadi peminat Liverpool? Sebab bapak dan abang aku penyokong Arsenal. Dan aku rasa, aku dalam masalah besar kot, kalau aku cakap aku penyokong Liverpool. Tapi aku suka dengan Liverpool dan ianya sentiasa ada di dalam hati aku.”

Dari situ, nama Dua Lipa terus menjadi sebahagian daripada kempen final Liverpool. Dia mempersembahkan lagu One Kiss. Yang sebenarnya dicipta oleh Calvin Harris. Calvin Harris pula merupakan fans tegar Liverpool.

Peminat Liverpool bersama sama dengan Dua Lipa menyanyikan lagu tersebut:

Bukan semua kegagalan itu menjadi pengakhiran. Liverpool menjadikan kegagalan 2018 sebagai permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. Muzik merupakan salah satu perkara yang seringkali melekat di dalam diri kita untuk sesuatu peristiwa.

Kejayaan mara ke final UCL 2018 adalah sangat besar maknanya kepada fans Liverpool yang mendapat kembali semangat bertandang ke luar negara untuk melihat final UCL. Dan ianya juga permulaan kepada perkara lebih besar.

Di mana mereka kembali semula ke final 2019 dalam UCL. Beberapa hari selepas mereka menamatkan musim liga 1 mata di belakang City.

Peminat Liverpool kembali dengan lagu Dua Lipa, One Kiss, dipersembahkan di pentas peminat. Dan kali ini adalah detik mereka berjaya membawa pulang UCL.

Dari situ Liverpool terus memenangi beberapa siri piala lagi. Ini termasuk menamatkan kemarau 30 tahun Kejuaraan Inggeris. Tak lupa juga sebelum itu mereka menikamti piala Intercontinental seperti Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Lagu One Kiss mulai mengiringi Liverpool bersama lagu yang lain. Dan menjadi antara anthem kemenangan Liverpool. Uniknya pemain pemain Liverpool sendiri sangat hafal dengan lagu tersebut. Antara paling meriah ketika keraian piala FA dalam Wembley.

Dan sekali lagi di Wembley ketika Piala Carabao:

Dan dalam parade akhir musim lalu. Calvin Harris sendiri yang berada di atas bas memainkan lagu itu:

Dan lagu tersebut nampaknya sudah terus sebati dengan Liverpool. Jika suatu hari nanti korang tengok bebudak Liverpool pada tahun 2040 meraikan piala dengan lagu One Kiss ini, korang akan tersenyum mengenangkan bagaimana ianya bermula. Ianya bermula pada era Klopp.

Dan ternyata Dua Lipa itu comel.

Selain itu lagu Fredd From Desire turut menjadi antara lagu yang sentiasa dibawa oleh pemain dan jurulatih Liverpool selain daripada peminat mereka untuk meraikan sesuatu kejayaan.