“Hai abang, buat apa tu?”
“Saya nak sewa nanas ni, nak tunjuk kat orang bahawa saya kaya raya. Nak beli tak mampu.”
Kelakar tak ayat kat atas tu?
Ramai yang suka makan nanas. Dan nanas ni sekadar buah yang kita semua mampu miliki. Mesti untuk zaman hari ini kau akan cakap kat brader tu: Chewahh, ayat kau bro, dah macam nanas ni bukan mampu milik.
Nanas sebagai buah bangsawan
Jom masuk ke kapsul masa aku bawak korang ke England – awal 1700-an.
Ketika itu nanas di England merupakan simbol bangsawan kerana bentuknya yang seperti berlian. Ia melambangkan kekayaan dan juga kekuasaan.
Sejarah perjalanan nanas
Nanas dipercayaai ditemui oleh Christopher Colombus di Amerika Selatan. Dan beliaulah orang yang bertanggungjawab membawa nanas-nanas ini ke Eropah.
Tetapi Colombus tak adalah tahu yang nanas ini suatu hari akan mencecah harga Yahudi.
Colombus menggunakan nanas ini sebagai salah satu bentuk cendera mata dengan diukir cantik-cantik.
Belanda dipercayai antara negara terawal di Eropah menanam nanas di iklim non tropikal pada lewat tahun 1600-an.
Syarikat Belanda yang dikenali sebagai Syarikat Hindia Barat telah menguasai perniagaan di sekitar Caribean. Dan ketika inilah mereka melakukan perniagaan sehingga terjumpa dengan nanas.
Mereka mulai menyukai nanas kerana sedap dan unik. Mereka mulai mencari formula untuk menanamnya di negara iklim sejuk.
Antara usaha mereka adalah membuat ‘bilik panas’ untuk menanam nanas ini – supaya nanas ini boleh tumbuh dengan baik dalam kedaan suhu lebih panas dan kering.
Usaha ini dierajui oleh saudagar pakaian – Pieter de la Court. Hasil usaha beliau yang tanpa jemu akhirnya dia berjaya.
Ia bukan mudah. Peter mencipta bilik yang cukup besar, dengan sistem pengudaraan yang baik. Suhu yang sesuai serta kestabilan mineral pada tanah.
Nanas mengganas di England
Mendengar Belanda sudah berjaya membangunkan penanaman nanas ini. England menghantar ‘scouting’ – orang mereka untuk mengorek rahsia tentang penanaman nanas ini.
Orang Inggeris pelik, bagaimana negara Belanda – yang bakal mencipta total football beratus tahun akan datang itu – boleh menanam nanas yang merupaka buah-buahan tropikal.
Selepas beberapa orang pakar dan spy dihantar. England akhirnya berjaya menemui formula menanam nanas dan penanaman di England bermula sekitar tahun 1715.
Ianya dibantu oleh Henry Telende – yang berbangsa Belanda – membantu negara datuk moyang Harry Kane ini.
Henry menggunakan metodologi yang sama. Mencipta rumah panas dengan tanah khas. Malah mereka melakukan lebih baik daripada yang di Belanda.
Lubang-lubang pada tanah yang dilapis dengan kerikil, baja, dan penyepit kulit. Ini untuk mewujudkan keseimbangan dengan lebih baik. Perkembangan ilmu sains juga banyak membantu.
(Aku pakai lubang-lubang sebab tak tau istilah apa untuk lubang korang letak nanas tu)
Selepas itu, penanaman nanas di England semakin pesat. Tetapi ramai golongan bangsawan masih tidak sanggup untuk makan sesuatu yang mereka beli dengan harga sangat mahal.
Lalu nanas berevolusi daripada buah-buahan yang dijamu kepada tetamu – di negara asalnya di Amerika Selatan – kepada buah-buahan jamuan untuk orang-orang berada di Eropah – kepada (upgrade lagi) perhiasan mewah di Englad pada ketika itu.
Kau tengok sebelum ‘Apple’ dulu Nanas dah gila dia punya update version.
Nanas sebagai lambang status sosial
Ramai orang-orang kaya di England mulai membanding-bandingkan status sapa lebih kaya dengan penanda aras: siapa yang ada nanas – ataupun lebih banyak nanas – maka dia lebih kaya.
Mereka mulai menyewa nanas daripada orang yang sangat kaya – untuk dijadikan fesyen dan hiasan pada hari keraian. Mereka yang terlalu kaya ini adalah mereka yang boleh memakan nanas begitu sahaja tanpa berfikir panjang.
Kemudiannya, mereka yang kaya raya ini akan memakan nanas dengan gula halus. Gula pun mahal ketika itu. Lalu nanas diletakkan sekali dengan gula halus.
Antara orang kenamaan yang suka makan nanas dengan gula halus ini ialah King Charles II. Kegilaan King Charles II kepada nanas ini sehinggakan beliau melihat nanas ini seperti raja buah – kerana buah itu seperti memakai mahkota kecil. Ala yang atas nanas tu, apa nama benda tu.
Lalu King Charles II memanggilnya King-Pine.
(King Charles II tu bukan feeder club King Charles tau – ni nama keturunan la gila)- ok sambung.
Pada era kolonial, kegilaan orang England kepada nanas ini terus memuncak. Mereka mulai mengukir kayu dengan motif nanas – kerana ia simbol kepada murah rezeki dan juga simbol kepada mengalu-alukan tetamu.
Selepas itu orang England mulai meletak motif nanas dekat gate, tuala mandi, ataupun perhiasan untuk tetamu.
Pada zaman kolonial juga, tetamu yang lama sangat menumpang akan dihidangkan dengan kek dengan motif nanas terbalik. Ianya subtle message bahawa kamu harus pergi. Tetamu yang lama ni biasanya saudara-mara ataupun bau-bau bacang la.
Nilai nanas ketika itu
Menurut laporan oleh Foodbeast, kos harga sebiji nanas pada ketika itu mencecah $8,000 hari ini. Gila. Apa benda kau boleh beli dengan $8,000 tu hari ni?
Dalam RM tu sekitar RM33k. Tambah sikit dapat kau kereta Saga baru tu.
Jika hari ini ramai yang meroyan hari raya anak-anak tetamu nakal kacau barang. Dahulu, orang siap pasang pengawal kat nanas takut ia dikacau dan dicuri. Barang sewa tu.
Alang-alang kau sembang pasal nanas ni, kau info lanjut pasal nanas ni kau pergi like page Samudera Fruit. Kau jerit aku datang sini sebab King Charles II. Dapatlah kau diskaun.
By the way di Sarawak ada satu tempat tu, Sarikei (pada gambar atas tu), mereka buat replika nanas gergasi letak kat roundabout. Itu pun simbol ikonik tanda mereka mengalu-alukan kamu datang ke bandar Sarikei.