Kisah Bagaimana Sebutir Pingat Perak Olimpik Ini Membantu Budak 3 Tahun Yang Menghidap Kanser

Sukan bukan sahaja untuk persaingan semata-mata. Malah di dalamnya terkandung berjuta cerita suka dan duka.

Olimpik merupakan temasya sukan paling agung di dunia. Untuk mendapatkan sebutir pingat Olimpik ianya satu impian yang kadangkala hanya tinggal mimpi.

Bukan mudah untuk mendapatkan sebutir pingat olimpik. Tidak kira warna apa sekali.

Kali ini kami bawakan kisah Piotr Malachowski, atlet lempar cekera dari Poland yang sanggup menjual pingat olimpik beliau demi membantu pesakit barah.

Kisah di mana, sebutir pingat perak telah menjadi lebih bernilai daripada pingat emas.

Dalam temasya Sukan Olimpik Rio 2016, Piotr telah berhaya memenangi pingat perak dalam acara lempar cekera.

Namun, sebaik sahaja menerima pingat itu, beliau mendapat tahu seorang budak kecil berusia 3 tahun, Olek Szymanski, menderita barah mata yang digelar retinoblastoma.

Keluarga Olek tidak mampu untuk mebiayai pembedahan retina tersebut.

Olek Szymanski lahir pada 4 Ogos, 2013. Beliau sihat secara fizikal dan seorang yang cerdas. Namun pada 2004, ibunya telah mendapati mata Olek ada masalah. Doktor mengesahkan Olek terkena simptom ‘lazy eye’.

Olek kemudian disahkan menghidapi retinoblastoma, pada mata sebelah kiri.

Piotr yang simpati dengan nasib budak tersebut telah mengumumkan di facebook beliau, bahawa pingat perak yang dimenanginya dilelong kepada umum.

Piotr Malachowski berharap agar pingat perak itu dapat dijual dengan harga yang tinggi kerana, semua wang tersebut akan disalurkan kepada keluarga Olek Szymanski.

Dalam kenyataan beliau, Piotr menyatakan: “Kini pingat perak saya lebih berharga daripada seminggu yang lalu. Ianya adalah nilai untuk kesihatan Olek.”

“Kita boleh berganding bahu untuk mencipta keajaiban. Ianya sangat hebat untuk kita berkobgsi kejayaan.”

“Memenangi pingat olimpik sentiasa menjadi impian mana-mana atlet. Ya, sudah tentu, paling berharga adalah pingtat emas.”

“Saya sudah mengerah segala keringat untuk mendapatkan emas, namun malangnya saya gagal.”

“Jika kamu membantu saya kali ini, pingat perak ini akan menjadi lebih berharga daripada pingat emas.”

“Di Rio saya berjuang untuk mendapatkan sebutir pingat emas.”

“Namun hari ini, saya menyeru kepada semua orang, mengajak anda berjuang bersama-sama untuk perkara yang lebih bernilai, iaitu demi kesihatan dan demi seorang budak yang hebat.”

Berdasarkan kenyataan oleh Yayasan Siepomaga, pembedahan Szymanski memerlukan wang sekitar $126,000. Ini untuk membolehkan kanak-kanak tersebut menerima rawatan di klinik David Abramson di New York.

Sebaik sahaja mendengar pengumuman oleh Malachowski di Facebook, sepasang suami isteri yang kaya raya di Poland telah membiayaai rawatan tersebut.