Kisah Bale Di Madrid: Duduk Rumah Sewa RM55K Sebulan, Dapat €692,660 Seminggu, Main Golf Dan Duduk Bench

Gareth Bale sudah pun rasmi bersara sebagai pemain bola sepak. Namun kehidupan Gareth Bale di Kota Madrid sangat mewah dan dia tidak kisah untuk tidak bermain bola sepak sekalipun.

Sudah berapa musim Bale bergelut untuk menjadi pemain utama terutama sekali di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Pemergian Cristiano Ronaldo ternyata tidak menjanjikan Bale tempat untuk dia menjadi bintang seterusnya seperti mana yang mereka rancang sebelum ini.

Kehadiran Zinedine Zidane di Santiago Bernabeu untuk kali kedua menjadi faktor utama kegagalan Bale menembusi skuad utama Madrid.

Jurulatih yang merupakan legenda Perancis itu nampaknya enggan mengggunakan Bale.

Pada awal musim 2020/21, Bale malah sudah diberitahu untuk berambus. Bale tak nak kerana tak ada kelab sanggup membayar gajinya seperti di Real Madrid.

Namun pada selekoh akhir perpindahan, Bale mendapat tawaran dari China, dan Bale setuju untuk ke sana. Florentino Perez pula menghalang perpindahan itu kerana tak mahu melepaskan Bale dengan harga murah.

Hasilnya, Bale sering memanaskan bangku simpanan Madrid. Kurangnya penglibatan Bale dalam kelab telah menimbulkan spekulasi bahawa pemain itu akan dijual dan dilepaskan oleh Zidane. Ya cerita yang sama setiap kali jendela perpindahan.

Tetapi Bale menegaskan bahawa beliau selesa di Real Madrid dan mahu bermain sehingga kontraknya berakhir.

Dia sempat kembali ke Spurs secara pinjaman. Itupun Bale masih tidak mahu berpindah secara tetap ke Spurs yang akan menyaksikan gajinya perlu dikurangkan dengan banyak.

Dia bersara di Amerika Syarikat selepas Piala Dunia 2022, dan dia ke sana selepas kontraknya dengan Los Blancos berakhir.

Apa yang membuatnya bertahan di kota Madrid, walaupun kariernya terus berisiko masa itu?

Selain daripada menikmati gaji mengalahkan presiden Israel, Bale juga tinggal di rumah bak istana mewah.

Rumah Bale duduki itu €7.2 juta. Namun Bale hanya menyewa di situ sambil pakai kereta mewah amboi amboi.

Bale menyewa €11,000 sebulan di situ ataupun bersamaan dengan RM54,600 sebulan.

Tapi Bale ada rumah sendirilah selain yang ni.

Bale berjiran dengan Zinedine Zidane, Sergio Ramos, Karim Benzema dan dulunya Cristiano Ronaldo pun pernah berjiran dengan Bale.

Dia turut menikmati gaji mewah €692,660 seminggu di Real Madrid.

Rumah sumpahan

Sejak memutuskan untuk pindah ke Madrid pada tahun 2013, Bale telah memilih untuk menduduki bekas rumah yang disewa oleh Ricardo Kaka.

Mitos yang seringkali diungkap peminat di sana, rumah itu sepertinya suwey, kerana kerjaya Bale hampir sama dengan bekas bintang AC Milan.

Kaka adalah salah seorang bintang yang bergemelapan ketika di kelab lamanya. Namun sinar itu semakin pudar ketika memakai jersi Madrid.

Kisahnya hampir sama dengan Bale. Gagal menambat hati pengurus yang mahukan pemain konsisten di dalam padang.

Sedangkan Kaka dilanda beberapa siri kecederaan yang menimpa pemain Brazil itu.

Kaka akhirnya memutuskan untuk kembali ke Milan. Secara praktikal, pemain berusia 31 tahun mengosongkan rumahnya.

Lalu, rumah agam dua tingkat dan empat bilik tidur dihuni oleh Bale. Selepas tujuh tahun menyewa rumah mewah itu, Bale kelihatan terpencil dalam skuad Madrid.

Hobi Koleksi Kereta Mewah

Selain daripada tinggal di rumah kluster kayangan, Bale juga atlet yang sama seperti kebanyakan jantan jantan kaya yang lain, gemar mengumpul kereta mewah.

Sebagai atlet dengan gaji €17 juta euro setahun, bukannya satu masalah untuk Gareth Bale mengumpul barang-barang mewah dan rare seperti wor fu.

Itulah yang dia lakukan ketika berada di Madrid.

Enam kereta sukan dan kenderaan kelas lain dengan harga hebat diletakkan di garajnya. Koleksi keretanya adalah seperti Mercedes SLS AMG, Lamborghini Huracan, Ferrari GTC4Lusso, dan Audi Q7. Bale cuma tidak ada Myvi convert Passo sahaja di dalam koleksinya.

Kesemua keretanya itu dianggarkan sekitar €7.2 juta.

Bermain Hobi Golf

Bercakap mengenai Gareth Bale bukan hanya mengenai bola sepak. Terdapat satu sukan lain yang dia gemari, iaitu golf.

Walaupun rumah itu mempunyai semua yang diperlukan, ada satu perkara yang hilang, iaitu padang golf.

Oleh itu, Bale telah mendaftarkan dirinya sebagai ahli kelab golf Ciudad Grupo Santander.

Bale pernah meminta cuti sakit / MC ketika diminta kembali ke kem latihan pra musim.

Namun dia kantoi dengan Zidane bahawa dia ada aktivit golf hari itu.

Ketika itu Bale agak kecewa perpindahannya ke China dilarang.

Ketika wartawan bertanya adakah beliau selesa dengan kehidupan di Madrid, seolah olah beliau makan gaji buta.

Bale berkata: “Aku tak kisah kekal di sini sampai kontrak tamat, walaupun aku terpaksa bermain golf.”

Dalam satu perlawanan persahabatan, para pemain Wales meraikan kemenangan dengan bendera Wales.Golf.Madrid.

Ianya adalah merujuk kepada kenyataan Bale yang mengutamakan Wales, kemudian gol dan ketiga barulah Real Madrid.

Dan dalam satu aksi penting di UCL, nama Bale tidak tersenarai dalam pemain yang akan dibawa ke Man City sebaliknya pemain yang digantung, Sergio Ramos pula ada.

Had kemasukan ke stadium yang terhad membuatkan ramai mempersoalkan tindakan Zidane.

Namun Zidane menyatakan sebenarnya Bale sendiri yang tak nak terlibat.

Bale kemudian terus menikmati gaji lumayan bersama Madrid walaupun dia seringkali kebosanan duduk di bangku simpanan.

Menariknya, walaupun kariernya di Real Madrid tidak terlibat dalam perlawanan yang lebih banyak, Bale adalah pemain yang kerap menjaringkan gol dan menjelmakan magisnya dalam perlawanan besar.

Misalnya gol libasan ketika final menentang Liverpool pada UCL 2019.

Dia juga memiliki rekod gol dan trofi yang luar biasa bersama Real Madrid.

Menjadikannya pemain eksport dari Inggeris yang paling berjaya setakat ini.

Kini dia sudah bersedia untuk menceburi bidang gol sepenuh masa. Sukan yang dia sangat minati selain bola sepak.

Baca yang lain