Kisah Balotelli Abaikan ‘Meeting’ Dengan Mourinho Kerana Pergi Kelayakan Formula 1

Jose Mourinho dan Mario Balotelli ada banyak kisah menarik dan kelakar antara mereka. Mourinho merupakan pengurus yang sangat mempercayai bakat Balotelli ketika di Inter.

Namun Balotelli pula seringkali membuat benda yang bukan bukan.

Satu peristiwa kelakar tentang Balotelli, dikongsi oleh Mourinho adalah ketika pemain itu ponteng taklimat pemain hanya kerana Formula 1.

Pada suatu hari, Mourinho menetapkan tarikh mahu bertemu dengan Balotelli di pejabatnya. Perkara biasa bagi pengurus dan pemain.

Malang sekali Mourinho kena ‘pasang’ dengan Balotelli, menunggu lama, namun pemain itu tidak muncul langsung pada hari itu.

Rupa rupanya hari itu adalah hari yang sama dengan sesi kelayakan Formula 1 di Monza. Balotelli mengabaikan pertemuan dengan Mourinho kerana Formula 1.

Mourinho berkata: “Kami pernah ada beberapa masalah kelakar. Saya suruh dia datang ke pejabat saya pada pukul 1 petang untuk perjumpaan. Dia tak datang.”

“Saya hubungi dia dan dia sudah pergi ke litar Monza untuk melihat sesi kelayakan Formula One pada Sabtu.”

“Dia kata kepada saya: ‘meeting dekat pejabat kamu tu, kita boleh buat setiap hari pun, tapi nak tengok Formula 1 di Itali, ianya acara setahun sekali’.”

“Tergelak juga saya mendengar alasan dia tu.”

Mourinho ketika berkongsi cerita itu, dia membeli buku Balotelli. Dan Mourinho melabel buku autobiografi itu sebagai: “Buku yang kelakar dan buku yang bagus.”

“Dia budak yang baik masa saya di sana. Dia seorang yang perlukan sokongan dan dorongan daripada pemain senior.”

“Kerana bagi saya untuk mendidik pemain muda seperti dia, tidak terhad kepada pengurus-pemain, tetapi perlukan pemain-pemain juga.”

“Saya sentiasa percaya, sangat penting orang di sekeliling membantu pengurus dalam proses seperti ini.”

“Saya boleh menulis buku 200 muka surat berkenaan dengan pengalaman saya di Inter bersama Mario. Buku itu boleh menjadi drama atau komedi,” tambah Mourinho lagi.

“Saya masih ingat, ketika kami pergi ke Kazan untuk aksi UCL. Dalam perlawanan itu, semua penyerang saya cedera. Tiada Diego Milito, tiada Samuel Eto’o, saya benar benar dalam masalah kerana cuma ada Mario sahaja.”

“Mario dapat kad kuning minit ke-42. Ketika di bilik persalinan untuk rehat, saya meluangkan 14 minit daripada 15 minit rehat hanya untuk bercakap dengan Mario.”

“Saya kata kepada dia: ‘Mario, saya tak dapat ubah kamu, tapi saya sekarang tak ada penyerang lain dah. Jadi, jangan sesekali sentuh pemain lain, hanya bermain dengan bola. Jika kamu hilang bola, biarkan saja, jangan bereaksi.”

“Jika ada orang provok kamu, abaikan, jika pengadil buat kesilapan, abaikan je.”

“Dan kemudian minit ke-46, — kad merah!”

Balotelli memang pemain berbakat namun seringkali menimbulkan masalah. Siapa akan lupa aksi luar biasanya ketika berdepan Jerman di Euro satu ketika dahulu.

Jika dia lebih berdisiplin dan fokus kepada bola sepak, tidak mustahil dia akan berada di puncak tertinggi lebih lama.

Baca yang lain