Kisah Batistuta Yang Menjadi Batigol

Beliau mendapat kontrak profesional pertama bersama Newell’s Old Boys dengan bergaya.

Pada ketika itu beliau mewakili Platense, membawa pasukan ini ke perlawanan akhir kejohanan wilayah untuk bertemu Newell’s Old Boys.

Batistuta menjaringan 2 gol dan terus menarik minat Marcelo Bielsa yang merupakan jurulatih pasukan lawannya.

Namun ia bukanlah perkara mudah bagi Batistuta apabila perlu tinggal jauh dari keluarga dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Batistuta hanya tidur disebuah bilik dalam stadium dan beliau juga mempunyai masalah berat badan yang melambatkan prosesnya menjadi pemain bola sepak profesional.

Musim pertamanya di sana bukanlah satu musim yang baik baginya, namun Batistuta menganggap Bielsa adalah pengurus terbaik yang pernah beliau miliki.

“Dia yang mengajar saya bagaimana untuk berlatih pada hari-hari hujan, dia mengajar saya segala-galanya “

Tidak lama selepas itu Batistuta menyertai salah satu kelab terbesar di Argentina iaitu River Plate. Bagaimanapun beliau mendapat musim yang aneh disana.

Walaupun menjaringkan 17 gol, jurulatih yang baru dilantik telah mengenepikannya dari skuad utama.

Tiada perselisihan faham belaku cuma Passarella berkata Batistuta hanya boleh maju dengan pasukan yang betul.

Batistuta membalas dendamnya apabila menyertai ‘musuh’ River Plate pada musim berikutnya.

Pada mulanya beliau menghadapi kesukaran. Tetapi selepas Oscar Tabarez menjadi jurulatih Boca Juniors, jurulatih ini mempercayai bakat Batistuta dan mula menjadikanya penyerang utama.

Akhirnya Batistuta memacu Boca Juniors menjadi juara liga. Pada masa yamg sama Batistuta juga menjadi penjaring ke-3 terbanyak liga.

Selepas prestasi yang baik dalam kancah domestik dan kejohanan benua, Copa Libertadores, Batistuta menarik minat kelab dari eropah, Fiorentina.

Batistuta tidak membuang masa apabila merekodkan 13 gol pada musim pertamanya di sana. Seterusnya beliau menjaringkan 16 gol pada musim berikutnya, namun tidak mampu menyelamatkan kelab dari tersingkir ke Serie B.

54 jaringannya untuk Argentina, ke-2 terbaik selepas Lionel Messi

Sekitar tahun 1990an Batistuta merupakan pemain skuad kebangsaan Argentina yang memenangi 2 kali gelaran Copa Amerika.

Selepas tersingkir divisyen, musim seterusnya bersama Fiorentina ia menjadi cerita yang berbeza.

Batigol menjaringkan gol dalam semua 11 perlawanan awal liga, rekod 30 tahun kelab dipecahkan.

Penyerang ini menamatkan kempen dengan 26 gol dan muncul sebagai penjaring terbanyak. Lebih manis, Fiorentina menjuarai Coppa Italia.

Selepas itu Fiorentina menjuarai pula Supercoppa Italia. Batistuta menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Mungkin angka jaringan diatas tidak terlalu besar untuk mengatakan Batistuta seorang penjaring yang ulung, tetapi pada ketika itu Serie A sangat berorientasikan permainan bertahan.

Ia merupakan jumlah yang cukup baik dalam keadaan sedemikian.

Musim-musim berikutnya merupakan titik penting bagi Batistuta mendapat pengiktirafan pada hari ini. Beliau menjaringan lebih 20 gol selama 3 musim berturut-turut.

Beliau mula dikenali sebagai Batigol.

Pada tahun 1999, Batigol meraih tempat ke-3 pemain terbaik FIFA.

Para peminat Fiorentina amat menyayangi pemain ini, dan pemain ini juga menyayangi mereka. Kombinasi ini meletakkan kelab menjadi sempurna.

Batigol menikmati kejuaraan liga ketika bersama AS Roma pada usia lebih 30 tahun

Namun kejayaan peribadi Batigol tidak seiring dengan pencapaian kelab. Fiorentina tidak dapat memberi lebih kejayaan kepada Batigol. Akhirnya Batigol berpindah ke kelab yang lebih besar. Menyertai AS Roma pada tahun 2000.

Pada ketika itu Batigol sudah berusia 31 tahun. AS Roma pula dilihat mahu melakukan apa sahaja selepas pesaing mereka Lazio melakukannya.

Batigol meneruskan pencapaian peribadinya di Roma. Sekali lagi menjaringkan 20 gol dan Roma memenangi Scudetto ketika Fabio Capello menjadi jurulatih kelab.

Tanggal 26 November, Roma bertandang ke Fiorentina. Sebelum perlawanan Batigol menyambut para penyokong Fiorentina dengan istimewa, para penyokong Fiorentina juga menyambutnya dengan gembira.

Selepas perlawanan memasuki minit ke-83, keputusan masih terikat 0-0.

Dalam perebutan, bola melantun betul-betul dihadapan Batigol. Kira-kira jarak 25 meter dari pintu gol.

Batigol melepaskan satu sepakan voli dan ia singgah kedalam gawang Fiorentina. Rakan-rakan sepasukan meraikannya, penyokong Roma berdiri gembira.

Batistuta? Batistuta menangis dalam hatinya.

Beliau menamatkan karier di Qatar selepas menjaringkan 25 gol, beliau bersara dengan banyak jaringan.

Jika anda mahu bercakap mengenai nombor, Batistuta adalah penjaring ke-2 terbaik Agentina. Hanya Lionel Messi yang mengatasinya.

Batistuta menjaringkan 584 gol sepanjang karier. 333 gol adalah untuk pasukan kesayangannya, Fiorentina. 54 gol lagi untuk negaranya.

 

Ramai yang mengetahui Batistuta merupakan seorang penjaring yang hebat, tetapi beliau sebenarnya tidak sukakan bola sepak.

“Saya tidak sukakan bola sepak, ia hanya kerja saya.”

Suka atau tidak tiada siapa boleh mengatakan Batistuta tidak memberi segalanya kepada bola sepak. Batistuta mengalami masalah kaki yang teruk akibat terlalu sibuk ‘berkerja’ sepanjang kariernya.

Ia sampai ke satu titik, beliau meminta doktor memotong kakinya kerana tidak dapat menghilangkan rasa sakit tersebut.

“Saya tidak boleh mengucapkan dengan kata-kata betapa buruknya rasa sakit tersebut.”

“Saya kencing di tempat tidur walaupun bilik air hanya beberapa meter dari katilnya.”

“Pada ketika ia sekitar pukul 4 pagi dan saya tahu jika saya berdiri menggunakan pergelangan kaki ia akan membunuh saya.”

“Kesakitan itu tidak dapat ditanggung.”

Batistuta agak bernasib baik, keadaannya bertambah baik dan beliau kemudian kembali bermain bola sepak dalam perlawanan-perlawanan amal.

Ronaldo dan Batistuta merupakan salah satu pertarungan yang hebat pada suatu masa dahulu. Penyerang yang banyak merobek gawang lawan ketika era kemuncaknya lewat 1990. 2 pemain dari negara besar bola sepak benua latin dan dunia.

Malah tidak keterlaluan untuk katakan 2 penyerang ini terlalu hebat dan kuat sehingga ‘merosakkan’ badannya sendiri.