David Beckham telah mendedahkan bagaimana Sir Alex Ferguson pernah membuat dia mencukur kepalanya sebelum perlawanan Manchester United di Wembley.
Beckham mengimbas kembali bagaimana dia menyembunyikan potongan rambut terbarunya pada masa itu – mohawk – dalam persiapan perlawanan Perisai Komuniti menentang Chelsea pada awal musim 2000-01.
Dia berkongsi dengan Gary Neville dalam The Overlap tentang ada satu gaya rambut yang benar benar membuatkan Sir Alex Ferguson menyampah.
Beckham bukan sahaja dikenali kerana aksinya di atas padang. Dia juga popular kerana gaya rambutnya yang kerap menjadi ikutan muda mudi eranya.
Namun ada satu gaya rambut yang membuatkan Sir Alex sudah tak tahan dengannya dan meminta dia mencukurnya sebelum masuk ke dalam padang.
Gary Neville bertanya: “Apa gaya rambut yang paling kamu suka?”
Beckham menjawab skinhead sebab senang nak jaga dan tak perlu fikir banyak.
Neville kemudian bertanya, “Apakah gaya rambut yang paling kontroversi.”
Beckham terus menjawab dan dia tahu Gary Neville pun tahu yang mana satu. Kerana dia pernah diminta membuang gaya rambut itu di hadapan semua pemain di bilik persalinan.
Beckham menjawab: “Kau bagitahu aku [sebab kau dah tahu].”
Neville: “Mohawk.”
Beckham: “Mungkin mohawk.”
Neville: “Berapa lama gaya mohawk kau bertahan.”
Beckham: “Ianya bertahan sehingga bos melihatnya. Dan saya dia membuatkan saya terpaksa mencukurnya di bilik persalinan.”
“Mohawk dan kemungkinan cornrows juga. Gaya rambut Nelson Mandela.”
Beckham pernah berkongsi cerita yang sama, di mana dia mulanya menganggap Sir Alex cuma bergurau. Tidak! Dia serius.
“Saya berjalan di bilik persalinan dan dia tidak melihatnya kerana saya terlalu takut untuk menunjukkannya,” kata Beckham kepada Otro.
“Saya telah menjalani latihan sehari sebelumnya dengan memakai [snowcap] beanie, berlatih memakai beanie, kembali, berjalan di hotel, memakai beanie, makan malam, memakai beanie, sarapan pagi, memakai beanie, naik bas dalam perjalanan ke stadium – beanie.”
“Kemudian ketika saya bersiap sedia untuk bermain, saya menanggalkannya, dan dia berkata ‘pergi dan cukur habis’. Saya ketawa anggap dia sedang bergura, dan dia seperti ‘tak, saya serius. Pergi dan cukur habis’.”
“Jadi saya terpaksa mencari gunting dan saya mencukurnya di Stadium Wembley. Pengurus sentiasa memerintah.”
Chelsea menewaskan United 2-0 dalam aksi pembuka tirai tradisional selepas jaringan Jimmy-Floyd Hasselbaink dan Mario Melchiot.
Beckham akhirnya dapat juga menggayakan potongan rambut mohawknya pada penghujung musim ketika tugasan antarabangsa bersama England.