Sebelum ini Hector Bellerin pernah mengumumkan bahawa beliau akan menanam 3,000 batang pokok untuk setiap kemenangan pasukan Arsenal musim ini.
Beliau menyatakan ikrar itu bermula daripada aksi berdepan dengan Man City.
Naib ketua pasukan The Gunners itu bekerjasama dengan badan kebajikan global One Tree Planted untuk menanam pokok bagi setiap kemenangan dalam 10 baki aksi Arsenal.
Bellerin berkata: “Ketika kecil saya membesar di Barcelona, saya meluangkan masa yang banyak dengan datuk saya di kebunnya menanam pokok dan bermain di hutan. Jadi semua ini sangat dekat di hati saya.”
More trees more life 😂🤷🏻♂️. Big thanks to everyone who’s been planting trees also, we’re above 14,000 trees already! pic.twitter.com/9sKVwCtZbP
— Héctor Bellerín (@HectorBellerin) July 4, 2020
“Apabila saya melihat usaha luar biasa oleh One Tree Planted, bukan saja menanam pokok malah untuk masyarakat, saya tahu itu sesuatu yang saya mahu terlibat.”
For every @Arsenal game we win this season I will plant 3,000 trees to help combat the carbon emissions issues we have. Follow the link to learn more on how you can get involved by planting a tree with me @onetreeplanted 🌳https://t.co/mQSqqGc7R5 pic.twitter.com/d0J9OGa1jO
— Héctor Bellerín (@HectorBellerin) June 17, 2020
“Saya berharap dengan melakukan ini, menggunakan platform saya, orang lain akan melihat betapa pentingnya untuk kita menjaga dunia kita dan menyumbang kerana ianya sangat memberikan kesan kepada kita.”
Bellerin memang seorang yang lantang bersuara dalam banyak perkara termasuk isu alam sekitar. Kerjasama Bellerin dan One Tree Planted mahu mewujudkan kesedaran kepada dunia.
Purata 4,500 ekar hutan digondolkan setiap hari membuatkan hidupan liar hilang habitat mereka. Ia memberikan impak kepada ekosistem dan juga cuaca.
Diana Chaplin, Pengarah One Tree Planted, berkata: “Sangat senang mengetahui bahawa ada juara untuk alam sekitar di dunia sukan.”
“Kesungguhan Hector untuk alam sekitar tidak dapat digambarkan dengam kata-kata untuk memberi kesan yang nyata kepada bumi dan membantu kita menanam pokok di mana ianya sangat diperlukan.”
“Ini akan memberi manfaat yang berkekalan bagi manusia, alam sekitar, dan hidupan liar selama bertahun-tahun yang akan datang.”
Namun begitu sejak pengumuman tersebut Arsenal sudah gagal menang dalam 4 perlawanan. Bererti sudah 12,000 batang pokok yang Bellerin terlepas.
Bellerin kini ada baki 3 perlawanan lagi untuk beliau cuba pastikan 9,000 pokok akan ditanam.
Hector Bellerin: I’m gunna plant 1,000 trees everytime Arsenal win
Arsenal: pic.twitter.com/kG1zC4P9aR
— ❄️™️ (@ChiefTanguy) July 12, 2020
Selain daripada Bellerin, Paddy Power turut menyokong usaha ini dengan menawarkan 6,000 pokok untuk setiap kekalahan Arsenal.
Paddy Power dalam kenyataan mereka berkata: “Kamu tak boleh percayakan sangat rakan sepasukan untuk menyelamatkan planet. Jadi kami tolong kamu.”
“Bellerin tanam 3,000 pokok kalau Arsenal menang, kami akan tanam 6,000 pokok kalau mereka tak menang.”
.@HectorBellerin you can’t trust your teammates to save the planet, so we’re going to help you out.
Bellerin is donating 3,000 trees when Arsenal win.
We'll donate 6,000 when they don't. pic.twitter.com/nJhaaVSkw8
— Paddy Power (@paddypower) June 24, 2020
Bermakna secara keseluruhan, prestasi Arsenal membuatkan 12,000 pokok terlepas untuk ditanam. Namun pada masa yang sama Paddy Power telah cover dengan 24,000 batang pokok setakat ini.
Keseluruhanya kini, Bellerin dengan bantuan Paddy Power lebih banyak membantu dalam menanam pokok dengan jumlah 38,000 pokok secara keseluruhannya.
Semoga usaha murni Bellerin ini akan menjadi motivasi kepada para pemain Arsenal lain untuk mencapai kemenangan.