Kisah Ben Johnson Menang Perlumbaan 100M Paling Kotor Dalam Sejarah Olimpik

Sukan Olimpik Seoul 1988 menyaksikan satu sejarah hitam telah terjadi dalam acara sukan lari pecut 100 meter. Seperti biasa, acara 100 meter sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana ia adalah acara utama.

Ben Johnson adalah atlet berasal dari Jamaica. Namun beliau berhijrah ke Kanada dan menjadi atlet negara tersebut. Johnson berjaya dipilih menjadi atlet 100 meter Kanada yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik di Seoul.

Acara 100 meter di Seoul menjadi hangat diperkatakan apabila ada manusia yang mampu berlari di bawah catatan masa 9.80 saat. Ben Johnson menang acara itu dengan catatan 9.79 saat.

Beliau meraikan kemenangannya dengan sangat bangga dan berkata:

“Saya nak beritahu dunia yang nama saya ialah Benjamin Johnson Junior. Dan rekod hari ini saya yakin ia akan kekal selama 50 tahun atau 100 tahun lagi. Pingat emas ini adalah sesuatu yang orang lain tak mampu rampas dari saya.”

Selepas kejayaan gemilang itu, 2 hari selepas itu pihak makmal dan saintis sukan telah mengambil sampel darah semua pelari. Ben Johnson disahkan positif dadah terlarang untuk menaikkan prestasi beliau iaitu steroid.

Maaf Ben Johnson, Pingat emas anda ditarik balik dan rekod dunia 9.79 saat beliau juga dihapuskan. Ben Johnson kemudian digantung seumur hidup daripada acara balapan.

Pingat emas beliau dihadiahkan kepada Carl Lewis yang berlari pada masa 9.92 saat yang turut memecahkan rekod dunia 9.93 saat oleh Calvin Smith pada 1983. Ia diiktiraf rekod dunia yang baru.

Smith yang menamatkan perlumbaan di tangga ke-4 telah dinaikkan kepada pemenang pingat gangsa dan Linford Christie dari Great Britain menjadi pemenang perak.

Jika rekod Ben Johnson itu bersih ketika itu, sebenarnya ia hanya memerlukan 11 tahun untuk atlet lain menyamaai rekod itu apabila Maurice Green melakukan 9.79 saat dalam acara sama pada 1999 di Kejohanan Dunia Athens.

Tetapi, apa yang lagi menarik dan mengejutkan adalah 6 daripada 8 pelumba acara akhir itu pernah disabitkan dengan kesalahan penggunaan bahan terlarang.

Dan hanya seorang daripada top 5 ketika itu yang bersih dari rekod dadah dan salah laku.

Seteruu utama Ben Johnson, Carl Lewis sebelum itu disahkan positif dadah dalam acara Olimpik di USA. Namun berjaya mengelak penggantungan daripada Olimpik 1988 selepas memberikan alasan mengambil dadah untuk rawatan tak tahan sejuk.

Christie pula awalnya gagal dalam ujian dadah selepas saringan 200 meter sebelum acara 100 meter di Seoul itu, telah dibersihkan dan didapati tidak bersalah. Ramai yang ragu-ragu tentangnya.

Dennis Mitchell pula mengakui menggunakan bahan terlarang, 10 tahun kemudian. Hanya seorang sahaja pelumba di 5 teratas lulus ujian dadah iaitu bekas pemegang rekod dunia, Calvin Smith.

Sepanjang karier beliau, Smith tidak pernah ‘sangkut’ dengan ujian doping. Smith kemudian berkata:

“Saya sepatutnya menjadi pemenang pingat emas itu.”

Ben Johnson turut mencabar OIC untuk menarik pingat emas perlari USA, Carl Lewis, namun pihak OIC tidak melakukannya kerana menurut mereka, kes itu sudah lebih 3 tahun.

Dalam satu dokumentari berjudul 9.79 terbitan ESPN, Linford Christie memberitahu, Carl Lewis beberapa kali berlari keluar daripada garisan beliau dan sepatutnya dibatalkan larian itu.

Ben Johnson kemudian mendakwa dirinya disabotaj. Rakan karib Carl Lewis, Andre Jackson telah masuk ke makmal ujian ketika di Seoul dan memasukkan stanozolol ke dalam minuman beliau.

Minuman itu diambil untuk merangsang atlet kencing untuk ujian air kencing.

Selepas skandal inilah OIC membanteras gejala penggunaan dadah dalam sukan secara besar-besaran. Selepas satu persatu skandal 1988 itu dibongkar, media mulai melabel itu adalah perlumbaan paling kotor dalam sejarah Olimpik.

Baca yang lain