Kisah Benar: Pengorbanan Seorang Guru Tinggalkan Keselesaan Demi Kanak-Kanak Miskin

Super 30 memaparkan kisah realiti Sir Anand Kumar memberi pedidikan percuma kepada anak-anak keluarga miskin di Patna, India.

Usahanya mendapat tumpuan ramai termasuk dari bekas Presiden AS, Barrack Obama yang mengiktiraf pusat latihannya sebagai salah satu pusat pengajian paling inovatif di India.

Ia berikutan kesemua 30 pelajar yang dibimbingnya lulus peperiksaan dan berjaya masuk ke Institusi Teknologi India (IIT).

Setiap tahun IIT akan melakukan satu peperiksaan bagi memilih pelajar yang layak, namun ia bukan sesuatu yang mudah kerana data tahunan menunjukkan hanya 1%- 2% sahaja pelajar lulus.

Pada tahun 2012 hanya 9,369 dari 479,651 calon berjaya masuk ke IIT dan tahun 2017 kira-kira 11,000 dari 1.2 juta pelajar lulus.

Anand Kumar bersama ibunya yang juga tukang masak sukarela kepada 30 pelajar

Seperti Intitusi Teknologi Mara (kini Universiti) di Malaysia, IIT menjadi tumpuan para pelajar disana untuk meneruskan pendidikan mereka bagi membuka peluang mendapat pekerjaan yang baik.

Tetapi tidak semua pelajar disana mampu menduduki peperiksaan tersebut kerana mereka tidak dapat belajar akibat kemiskinan.

Lebih-lebih lagi kat sana tiada pinjaman PTPTN atau sebagainya, situasi lebih rumit apabila ramai kanak-kanak miskin terlepas pendidikan awal secara formal.

Mereka perlu belajar secara bersendirian, bagi keluarga kaya mereka akan pergi ke kelas berbayar.

Sir Anand Kumar mewujudkan 1 program pendidikan khusus kepada 30 pelajar yang dipilih melalui peperiksaan yang dijalankannya.

Seramai 30 pelajar akan ditempatkan di asrama dan ditanggung olehnya secara percuma selama setahun.

Apa yang menarik adalah, setiap tahun, majoriti pelajar miskin yang dibimbing Sir Anand Kumar berjaya lulus dan masuk ke IIT.

Pada tahun pertama, 18 dari 30 pelajarnya berjaya ke ITT. Program Sir Anand pantas menjadi popular, jumlah permohanan meningkat secara mendadak.

Pada tahun 2004, seramai 22 dari 30 pelajar lulus, diikuti 26 dari 30 lulus pada tahun 2005. Angka itu terus meningkat pada tahun 2006 apabila 28 pelajarnya berjaya ke ITT.

Klimaks kejayaan program pendidikan yang dijalankan oleh Sir Anand Kumar berlaku pada tahun 2008 apabila kesemua 30 pelajarnya lulus peperiksaan bagi kemasukan ke IIT.

Bersama para pelajar dalam program pendidikan yang dibinanya

Dalam adaptasi kisah Sir Anand Kumar ke layar perak, filem Super 30 tidaklah mengikut secara tepat garis masa yang dilalui olehnya.

Vikash Bahl hanya memberi membina cerita dengan satu percubaan dari Sir Anand Kumar dan kesemua pelajarnya lulus.

Usaha Sir Anand Kumar tidak mudah. Dia mula mendapat tekanan dan ugutan dari pusat pengajian berbayar disebabkan dia memberi pendidikan percuma.

Walaupun hanya untuk 30 pelajar miskin tetapi populariti programnya boleh memberi persepsi buruk kepada para ibu bapa yang membayar kos pendidikan yang mahal kepada pusat pendidikan berbayar.

Ye la kan, diaorang berkata ‘aku bayar mahal-mahal tapi cikgu cam sampah je. Kami mahu cikgu berkualiti seperti Sir Anand Kumar.’

Sebenarnya Sir Anand Kumar merupakan seorang pelajar genius Matematik yang mendapat tawaran belajar di Cambrigde, UK tetapi tidak dapat memenuhi impiannya kerana kekangan kewangan.

Bapanya hanya seorang posmen gagal mencari wang untuk membiayai pengajian di UK.

Dia diambil oleh seorang ketua pegawai eksekutif sebuah pusat pengajian (juga bekas pelajar genius matematik) untuk menjadi tenaga pengajar di salah satu pusat pendidikan swasta.

Tetapi Sir Anand Kumar mendapat satu turning point dalam hidupnya apabila mula teringat kata-kata mendiang ayahnya ‘anak raja tidak akan mewarisi lagi takhta ayahnya, hanya yang layak sahaja boleh berada disana.’

Ia merujuk kepada anak-anak orang berkemampuan sentiasa berkelebihan mendapat pendidikan terbaik dan seterusnya mendapat pekerjaan yang baik.

“Wang yang banyak atau pendidikan anda akan musnah.”

Bagi anak-anak miskin, walaupun pandai setara mana pun, paling tinggi pun mereka hanya boleh menjadi tenaga pengajar kepada anak-anak orang kaya.

Itulah yang berlaku kepada Sir Anand Kumar. Dari situ dia mula terfikir sesuatu dan memberi peluang kepada 30 pelajar miskin setiap tahun mendapat sentuhan darinya.

Meninggalkan pekerjaan yang selesa, kehilangan girlfriend, kehabisan wang simpanan, diganggu oleh pesaing dan cubaan bunuh merupakan cabaran oleh Sir Anand Kumar untuk memberi pendidikan kepada anak-anak miskin di negara miskin dan penuh korupsi ini.

Terlalu banyak pengajaran, falsafah, inspirasi dalam filem ini. Ia dalam kategori filem wajib tonton.

Jangan risau, ini bukan cerita hindustan yang nyanyi lagu atas bukit atau girlfriend dah nak akad nikah hero datang potong tang corner.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi