Kisah Billionaire Kanada Beli Bangunan Penckar Langit Dengan Kad Kredit

Bilionaire dari Kanada, Jonathan Werner pernah membeli bangunan pencakar langit dengan menggunakan kad kredit dan malah mendapat diskaun khas untuk transaksi itu.

Semuanya bermula pada tahun 1975, apabila Wener menggunakan pinjaman $10,000 untuk memulakan perniagaan hartanahnya Canderel.

Selama bertahun-tahun, Wener berjaya mengubah pelaburan $10k itu menjadi perniagaan berbilion dolar.

Pada satu ketika, Wener akhirnya memutuskan untuk membuat kerja yang dianggap tidak masuk akal.

Namun dia melihat perkara itu satu kesempatan untuk dia membeli bangunan di mana syarikat Kad Kredit Royal Trust itu berpusat.

Royal Trust, yang terletak di Montreal beroperasi di sebuah bangunan pencakar langit yang bernilai sekitar $65 juta.

Wener, seperti yang anda lakukan, memutuskan cara terbaik untuk menyelesaikan pembelian itu adalah dengan menggunakan kad kredit emas yang dia miliki daripada Royal Trust.

Keputusan ini, menurut Wener, sebenarnya membolehkan dia mendapat diskaun dua peratus pulangan wang atas pembelian itu.

Dia telah menghubungi pembantunya untuk membeli bangunan itu setelah ia disenaraikan untuk dijual dengan nilai $65 juta .

Mereka menghubungi pihak bank yang mengendalikan penjualan itu, sama ada bank itu boleh menerima bayaran menggunakan kad kredit untuk membeli bangunan itu.

Bank yang menganggap Wener sebagai pelanggan penting enggan menghampakan beliau. Lalu setuju dengan syarat pembelian menggunakan kredit kad.

“Saya telah menandatangani [perjanjian] dan [meminta penasihat perniagaan saya] untuk menghubungi [bank] untuk mendapatkan kebenaran,” kata Wener kepada Big Shot.

Wener menjelaskan lagi bagaimana dia mendapat diskaun dua peratus untuk pembelian berjuta-juta dolarnya.

“Mereka menghantar bil kepada saya pada hari sebelumnya, dan saya membayarnya, dan saya mengemas kini – ini bermakna saya tidak akan mendapat bil lagi selama 30 hari [dan] itu bernilai satu peratus diskaun,” kata Wener.

Jadi dari mana datangnya satu peratus lagi? Itu adalah menerusi satu lagi diskaun ‘cashback’ yang ada pada terma dan sayarat kadnya.

“Pada kad kredit Gold Royal Trust anda mendapat diskaun satu peratus,” katanya. “Itu $1.3 juta [secara keseluruhan].”

Dan dengan pembelian itu bermakna syarikat kad kredit tempat dia berhutang kini beroperasi di dalam bangunan miliknya. Dan syarikat Wener turut menduduki bangunan yang sama untuk beroperasi.

Royal Trust pasti terkejut kerana selepas itu mereka akan menagih wang daripada tuan rumah tempat mereka beroperasi.

Syarikat hartanah milik Jonathan Wener kemudian berkembang lebih pesat dan menjadi salah satu syarikat hartanah terbesar di Kanada pada ketika ini.

Baca yang lain