Kisah Campbell Menjadi Judas Di Spurs Dan Legenda Di Arsenal

Arsenal mempunyai banyak LEGENDA dalam sejarah mereka memakai jersi merah dan putih yang terkenal di stadium Highbury sebelum berpindah ke stadium Emirates pada tahun 2006.

Pemain pemain ini memberikan segalanya untuk Arsenal setiap kali memakai jersi The Gunners.

Bak kata pepatah bola sepak “Bermain demi lencana di dada dan peminat akan ingat nama di belakang.”

Peminat Arsenal masih mempunyai kenangan indah tentang pemain seperti Thierry Henry, Patrick Vieira, Tony Adams, Robert Pires, Gilberto Silva, Dennis Bergkamp, Lauren Etame, dan sebagainya.

Tetapi kali ini kita bercerita tentang seorang lagi legenda yang dirembat Arsenal daripada Spurs.

Campbell pembelot Spurs, legenda Arsenal

Dia sepatutnya menjadi legenda Spurs, namun Wenger memutuskan untuk menyalin kulitnya menjadi legenda Arsenal.

Sol Campbell telah menyeberang ke sebelah merah London dari Tottenham selepas menghabiskan 9 tahun bersama mereka, dia telah dilabelkan sebagai “JUDAS” oleh peminat Tottenham kerana dia berpindah ke saingan lama mereka Arsenal, dengan perpindahan percuma.

Kehilangan salah seorang pemain terbaik anda sudah cukup buruk bagi mana-mana peminat bola sepak, tetapi melihatnya menyertai seteru derbi anda adalah kesakitan yang paling besar dan paling dibenci pada skala yang tak dapat difikirkan.

Itulah yang berlaku Sol Campbell meninggalkan Tottenham untuk menandatangani Arsenal dalam salah satu perpindahan paling mengejutkan dalam bola sepak Inggeris.

Campbell adalah pemain pertama yang melompat dari satu kelab London Utara ke satu lagi, sejak Kevin Stead pada tahun 1978, dan salah seorang daripada hanya sembilan pemain yang berpindah dari Spurs ke Gunners dalam sejarah mereka pada masa itu.

Wartawan telah dipanggil ke tempat latihan Arsenal London Colney pada 3 Julai 2001, dengan andaian bahawa The Gunners akan mengumumkan Richard Wright sebagai penjaga gol baharu mereka; tetapi apa yang akan menjadi tajuk utama pada petang itu ialah perpindahan dengan kejutan epik yang tidak dapat diramalkan beberapa bulan sebelum ini.

Pemain yang berpindah antara Tottenham dan Arsenal tidak selalu menjadi masalah besar dengan pemain seperti Jimmy Robertson, Willie Young dan Pat Jennings bermain untuk kedua-dua pasukan. Cuma masalahnya kini ialah cara Campbell melakukannya.

Memulakan kariernya di West Ham, dia meneruskan perkembangannya dalam barisan remaja di White Hart Lane sebelum memecah masuk ke dalam pasukan utama dan membuat penampilan sulung Spurs pada Disember 1992.

Dia menjaringkan gol pada penampilan pertamanya dan dengan cepat menjadikan dirinya sebagai wira peminat walaupun bergelut untuk mendapatkan tempat  dalam pasukan utama pada awal kariernya. Ye la masih muda.

Campbell akhirnya menjadi pemain tetap dalam pertahanan berempat Spurs tetapi mendapati dirinya bermain dalam pasukan yang bergelut untuk memberi impak dalam liga. Walaupun dia dilantik sebagai kapten dan mendapat penghormatan untuk menjulang Piala Liga di Wembley pada tahun 1999.

Campbell menjadi kebanggaan peminat Spurs pada era emas Arsenal memiliki ramai pemain bintang. Namun nama Campell sangat besar pada masa itu.

Dia sentiasa berkata, tak akan berpindah ke Arsenal. Namun terdapat kerisauan di hati peminat apabila Campbell masih tidak melanjutkan kontraknya. Mereka tak bimbang kalau Campbell ke Arsenal tetapi bimbang kehilangah Campbell ke tempat lain. Kerana mereka yakin wira dan legenda dalam pembikinan itu tak akan ke Arsenal.

Di sebalik spekulasi mengenai masa depannya, Campbell tidak banyak mengeluh apabila dia menghampiri 12 bulan terakhir kontraknya pada 2001 tanpa meletakkan pena di atas kertas mengenai perjanjian baharu. Para peminat terus sabar menunggu. Dan mereka mendesak kelab melakukan sesuatu. Ada juga yang menyatakan mereka faham kalau Campbell nak pergi ke kelab lain untuk mencari peluang memenangi lebih banyak trofi.

Bagaimanapun, titik perubahan terbesar dalam saga berlaku pada Mei 2001 apabila pemain pertahanan itu menolak tawaran kontrak baru daripada Tottenham dengan mendakwa mereka tidak memenuhi keperluannya yang dilaporkan meminta kontrak bernilai £20 juta selama tiga musim.

Naib Pengerusi Eksekutif Tottenham, David Buchler, menyifatkan tuntutannya sebagai: “tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.” Ianya angka sangat besar pada masa itu. Membayar kira kira £7 juta semusim untuk pemain bek tengah.

Seterusnya banyak kelab mulai berminat dengan Campbell. Ini termasuk Barcelona, ​​​​Real Madrid, Chelsea dan Liverpool. Media langsung tak menghidu Arsenal pada masa itu.

Sedangkan di pejabat Arsene Wenger di Arsenal, mereka menganggap mereka kini sudah banyak pesaing untuk mendapatkan Sol Campbell. Wenger mahukan Campbell kerana dia dianggap pelengkap kepada pasukan impian yang mahu dibinanya.

Campbell scam peminat Spurs

Peminat Spurs mulai mengecam Campbell kerana dia dikatakan cuba memanfaatkan peraturan Bosman, ataupun peraturan ejen bebas untuk mendapatkan lebih banyak wang. Mereka mulai mengkritik Campbell sebagai tidak mengenang budi kalau dia benar benar menuntut angka £20 juta untuk 3 musim.

Campbell kemudian memberikan jaminan bahawa dia akan terus kekal bersama Spurs. Kenyataan itu dibuat hanya beberapa hari sebelum dia menukar jersinya dari putih kepada merah.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Campbell dilaporkan mengadakan pertemuan sulit dengan Arsene Wenger. Namun pada masa itu, tiada media sosial untuk menyebarkan gambar itu kepada lebih ramai peminat bola sepak.

Dan pada hari yang tidak disangka sangka, wartawan dikejutkan dengan pengumuman bahawa Sol Campbell adalah pemain baharu Arsenal. Peminat Spurs terus melabel dia sebagai Judas! Pengkhianat nombor 1 kelab.

Dan lebih memburukkan keadaan untuk peminat Spurs, perpindahannya ke saingan paling sengit Tottenham selepas itu benar benar bertepatan dengan tempoh kejayaan gemilangnya untuk The Gunners.

Di mana rekrut baru mereka itu memenangi dua gelaran Liga Perdana, tiga Piala FA dan muncul di final Liga Juara-Juara 2005 bersama dengan Arsenal.

Walaupun permusuhan dan kecaman hebat yang ditunjukkan terhadap pemain itu, terutamanya pada musim sejurus selepas perpindahan Sol Campbell jelas mengendalikan kebencian yang dia terima itu dengan baik. Dia malah diserang dengan kata kata berbaur rasis. Tetapi di atas padang, Campbell tetap menjadi pemain penting Arsenal.

Campbell berkata: “Ia adalah satu langkah yang perlu saya lakukan. Pergi ke Arsenal adalah satu kemajuan besar bagi saya. Segala-galanya tentang Arsenal adalah lebih baik daripada Spurs pada masa itu daripada pemain, pengurusan kepada mentaliti kelab dan fasiliti.”

“Saya mahu memperbaiki diri saya sebagai orang dan pemain bola sepak. Ia adalah satu tindakan yang sangat kontroversi dan peminat Spurs tidak melupakannya, tetapi ia adalah perkara terbaik yang boleh saya lakukan untuk diri saya sendiri.”

Dia kemudian menjadi nadi pertahanan Arsenal dalam musim terkenal – di mana mereka menang liga tanpa kalah – bersama Kolo Toure. Semakin bencilah peminat Spurs dengannya.

Wenger menganggap hari pengumuman Campbell sebagai salah satu detik yang dia akan ingati. Kerana tak ramai wartawan yang datang hari itu fikir mereka mahu mengumumkan pemain baharu iaitu Richard Wright. Tapi kejutan! Ianya Sol Campbell dari Spurs. Jadi hanya wartawan yang benar benar berminat dengan Arsenal sahaja yang mendapat berita ekskslusif dan perpindahan paling kontroversi dan antara paling penting dalam sejarah Arsenal itu.