Ada banyak kisah luar biasa berlaku di dunia ini. Salah satu daripadanya berlaku di Nigeria.
Ini apabila seorang pekerja pembersihan kapal terbang, Mohammed Aboubakar telah menjadi juruterbang setelah 24 tahun bekerja sebagai cleaner.
Dia bermula dengan gaji sekitar RM3 sehari. Dan kini dia berjaya memiliki lesen juruterbang.
Menurut laporan oleh Black Culture News, selepas gagal memohon di Politeknik Kaduna, Aboubakar memutuskan untuk bekerja dengan Kobo Air sebagai pekerja pembersihan kapal terbang.
Di Nigeria, gaji untuk seorang tukang pembersihan sangat rendah. Aboubakar mengambil kerja itu kerana minatnya ke atas dunia penerbangan.
Selepas bergelar cleaner, dia memohon untuk menjadi pramugara di Aero Contractors – yang merupakan syarikat minyak dan petroleum. Dia berjaya mendapatkan pekerjaan itu.
Dengan bantuan pengurus syarikat penerbangan tempat dia bekerja, dia telah berjaya memohon untuk program latihan juruterbang.
Selama ini dia memang sudah belajar dengan tekun tentang teori bidang juruterbang. Dia juga tidak malu untuk bertanya dan bercakap dengan juruterbang atau orang atasannya tentang topik berkaitan juruterbang.
Kesungguhan itu tidak ramai yang ada. Kerana ramai yang akan rasa janggal dan malu untuk bercakap tentang perkara sebegitu.
Harus diakui juga persekitaran tempat kerja dia sangat baik menyokongnya. Rata rata orang di sekelilingnya sentiasa terbuka membantunya walaupun Aboubakar hanya seorang pramugara.
Di sini dia berjumpa dengan Timbalan Pengarah Urusan syarikat Aero Contractors yang benar benar suka dengan semangat dan kesungguhan Aboubakar.
Timbalan Pengarah itu berkata Black Culture News: “Dari situ kami membina hubungan tempat kerja yang sangat baik. Dan dia sentiasa mencari saya untuk mendapatkan pandangan dan input tentang apa sahaja.”
Aboubakar ketika itu sangat terkejut melihat gajinya sekitar RM890 sebulan. Ianya kira kira 10 kali ganda gajinya sebagai cleaner.
Aboubakar berkata: “Saya melihat payslip saya tertulis N170k [RM890], dan saya benar benar tidak percaya.”
Ketika rakan rakannya yang lain berbelanja, Aboubakar memutuskan untuk menyimpan wang itu. Tidak berpuas hati dengan kerja yang ada, dia memutuskan untuk mengejar impiannya dari kecil iaitu mahu menjadi seorang juruterbang.
Dia perlu bijak menguruskan kewangannya kerana dia mahu memasuki akademi penerbangan.
“Saya menyertai sistem ‘kutu’ dengan rakan rakan saya. Ketika tiba gilira saya menerima wang itu, saya terus berjumpa dengan Timbalan Pengarah, dan meminta nasihatnya cara pengurusan kewangan untuk wang sebesar itu saya terima.”
“Dia kemudian menasihati saya agar mengejar impian saya sebagai juruterbang dan uruskan wang saya untuk mengejar impian itu supaya saya boleh menyertai latihan di akademi.”
“Saya sangat gembira dia benar benar membantu saya. Dan itulah caranya saya dapat ‘menaja’ diri sendiri untuk belajar di Kanada.”
Dia diterima masuk pun selepas syarikat Kobo Air memberikan surat sokongan untuk menyatakan bahawa dia seorang pekerja yang cemerlang dan sangat rajin. Itu telah memberikan kelebihan kepadanya.
Akhirnya dia diterima masuk ke porgram latihan dan dia melanjutkan pengajiannya di Kanada. Di sana dia berjaya mendapatkan lesen penerbangannya. Dan kemudian berjaya mendapatkan lesen untuk juruterbang pesawat komersial.
Selepas itu dia bekerja untuk Azman Air Sevice Limted di Kano Nigeria. Pada 2018, yarikat itu kemudian memuat naik satu post khas tentang kisah inspirasi tersebut, ketika Aboubakar rasmi bergelar kapten penerbangan.
He Joined the Aviation industry 24years ago as Aircraft Cleaner. Today He is getting the Fourth Bar to becoming a CAPTAIN. Congratulations Mohammed Abubakar from all of us @AirAzman#FlySafeFlyAzman https://t.co/QVwapWYK3Q pic.twitter.com/DIHwPQOIPD
— AzmanAir – #LetsFlyAzmanAir (@AzmanAir) July 30, 2018