Pernahkah anda bermain Football Manager atau permainan mod karier seperti di FIFA atau Master League – menguruskan kelab kecil daripada divisyen 2 yang serba serbi dibarisi pemain yang ‘biasa’ dengan bajet terhad dan kemudian membawa mereka naik ke divisyen utama.
Dan tahun berikutnya terus menjuarai Inggeris diiukukti kejuaraan UCL untuk 2 musim berturut-turut.
Pernah? Bukan mudah untuk melakukannya bukan? Namun kisah itu sudah pernah diukir oleh pengurus yang sentiasa optimis Brian Clough pada satu ketika dahulu.
Perjalanan Clough ke Nottingham Forest
Sebelum menguruskan Nottingham Forest, Brian Clough adalah pengurus Derby County. Beliau berjaya membawa kelab tersebut menjadi juara Divisyen 1 Inggeris ketika itu pada musim 1971/72.
Clough sudah pastinya dibenci penyokong Nottingham Forest kerana Derby County adalah seteru perit mereka.
Namun siapa sangka, beliau daripada watak yang tidak dilayan dan ada yang mendoakan dia dipecat awal, itulah orang yang menjadi manusia paling disayangi di kelab itu sehingga ke hari ini.
Beliau kekal menjadi pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab Nottingham Forest. Brian Clough datang menggantikan Allan Brown yang dipecat setelah kekalahan Forest kalah 0-2 di halaman sendiri di dalam derbi menentang Notts County pada hari Boxing Day.
Nottingham Forest ve Brian Clough efsanesi #SkyBetChampionship #PremierLeague #NFFC #Hudersfield #HUD #NottinghamForest pic.twitter.com/dsFXzaUTAK
— golvarmi.com (@golvarmi) May 29, 2022
Kekalahan yang membuatkan Forest berada di tangga ke-13 Divisyen 2 Inggeris. Dalam perlawanan pertama beliau mengendalikan pasukan Clough telah mencipta keputusan positif. Menang menentang Spurs dalam aksi ulangan Piala FA.
Mereka menamatkan musim 1975/76 di tangga ke-8. Lalu pada musim baru, beliau membawa masuk pembantu beliau dari Brighton, Peter Taylor.
Clough-Taylor dan kegemilangan Forest
Era Clough-Taylor adalah era emas Nottingham Forest yang semua orang tak akan jangka. Pada era pertama mereka berdua, Nottingham Forest menamatkan saingan liga 1976/77 di tangga ke-3 dan membolehkan mereka mara ke Divisyen 1 (EPL hari ini).
Dalam musim pertama selepas promosi, Brian Clough dan anak-anak buahnya telah berjaya terus menjadi juara Divisyen 1 musim 1976/77 hasil 35 perlawanan tanpa kalah, 40 dalam semua pertandingan.
Satu-satunya kelab yang pernah melakukannya sehingga ke hari ini. Mereka menutup musim tersebut dengan kejayaan berganda menjuarai Piala Liga (Piala Carabao hari ini).
Juara Eropah secara back to back
Setelah musim membanggakan 1976/77 mereka menamatkan musim 1977/78 sebagai naib juara divisyen 1. Namun begitu mereka ada kisah istimewa pada musim tersebut.
Mereka berjaya memenangi European Cup (UCL pada haru ini). YA! mereka juara Eropah pada 1978/79. Mereka menang ke atas Malmo dari Sweden dengan jaringan 1-0 hasil jaringan tunggal Trevor Francis.
Clough dijulang para pemain beliau di Olimpic Stadion, Munich. Beliau menang dengan pasukan yang tidak ada pemain superstar dengan nilai gaji yang besar. Malah media di luar England sendiri tidak begitu banyak informasi tentang pemain pemain Clough atau bahasa kasarnya, tak kenal pun dengan pemain pemain ini.
Pertahankan kejuaraan Eropah
Bermula pada musim 1979/80, mereka berhadapan dengan Barcelona untuk perlawanan Piala Super Eropah. Mereka mengecewakan Barcelona dengan kemenangan 2-1.
Mereka menang 1-0 di City Ground pada 30 Januari 1980. Dan seri 1-1 di Nou Camp pada 5 Februari 1980. Antara watak penting mereka pastinya, Peter Shilton, Trevor Francis dan John McGovern.
Selepas itu nama Nottingham Forest menjadi bualan di seluruh Eropah. Brian Clough dianggap pengurus yang ada magis.
Pada musim 1979/80 mereka menamatkan saingan liga di tangga ke-5. Namun siapa kisah tentang kedudukan liga apabila mereka berjaya mempertahankan European Cup sekali lagi.
Perlawanan berlangsung di Santiago Bernabeu. Forest menentang jaguh Jerman, Hamburg. Ada cerita menarik seminggu sebelum final, Clough telah membawa anak buah beliau ke tempat kegemaran beliau iaitu Cala Mirror.
Mereka meluangkan masa minum sehingga lewat malam. Mereka tidak kelihatan stress untuk memikirkan soal latihan dan final.
Dalam perlawanan akhir, Hamburg menguasai perlawanan. Namun Hamburg dihampakan dengan jaringan tunggal John Robertson pada minit ke-20. Ia gagal dibalas
Mereka menjadi juara Eropah untuk kali ke-2 dalam 2 tahun berturut-turut. Itu bukan sesuatu yang mudah. Tak semua pasukan mampu melakukannya lebih-lebih lagi dengan pasukan yang dimiliki oleh Nottigham Forest.
#TBT to one of England's greatest ever managers: The unforgettable Brian Clough
🏆🏆Back-to-back @ChampionsLeague titles with @NFFC – going from second division to European champion in two years!
🏆🏆League winner with @dcfcofficial and ForestHe passed away #onthisday in 2004 pic.twitter.com/QHhKCFINYn
— FIFA.com (@FIFAcom) September 20, 2018
Mereka menamatkan musim tersebut dengan mengekalkan kejuaraan Piala Liga. Pada tahun 1980 mereka menjulang Perisai Komuniti FA untuk permulaan musim baru.
Perpecahan Clough-Taylor
Selepas itu, Nottingham Forest melakukan pembelian beberapa pemain yang dianggap mampu menguatkan pasukan dan menjual beberapa pemain utama kelab mereka termasuk Birtles, Frank Clark, Francis Trevor dan Larry Lyold meninggalkan City Ground dalam waktu seminggu.
Brian Clough y Peter Taylor. Nottingham Forest. 1978. pic.twitter.com/DDqRmfyCvt
— Nostalgia Futbolera ® (@nostalgiafutbo1) May 29, 2022
Clough dan Taylor mengakui mereka melakukan kesilapan ketika itu dan berlaku penurunan dalam prestasi dan menamatkan musim 1980/81 di tangga ke-7.
Brian Clough dan Peter Taylor mengalami krisis dan Taylor umumkan persaraan. Peter Taylor kecewa dengan berita Clough menerima kenaikan gaji tanpa memberitahu beliau selepas Taylor menjadi pembantu beliau sejak di Hartlepools, Brighton, Derby County dan kini di Nottingham Forest.
Tidak lama selepas itu, Taylor menarik persaraan beliau dan menerima tawaran kelab seteru Forest iaitu Derby County.
Clough sangat marah dengan tindakan Taylor yang menyertai pasukan seteru mereka itu. Clough bertekad tidak akan bertegur sapa lagi dengan Taylor. Pada pertemuan Piala FA pusingan ke-3, 1983, kedua-dua mereka tida bersalaman atau bertentang mata langsung. Berlaku banyak perbalahan di antara mereka selepas itu.
Taylor meninggal dunia pada 1990, dan Brian Clough membina semula perhubungan dengan keluarga Taylor. Brian Clough berhadapan dengan masalah cara hidup yang membuatkan karier beliau menurun.
Clough meninggalkan Forest pada 1993. Beliau menamatkan era di Nottingham Forest dengan rekod 2 kejuaraan Eropah, 1 Juara England, 1 Piala Super Eropah, 4 Piala Liga dan beberapa lagi piala lain yang bukan major.
Legasi
Itulah kisah hebat sentuhan Brian Clough yang membawa pasukan Nottingham Forest dari divisyen 2 sehinggalah menjulang 2 kejuaraan Eropah.
Tidak ramai yang mampu melakukannya. Gandingan beliau dan Peter Taylor adalah pelengkap antara satu sama lain. Mereka diperingati dengan tugu. Legenda!
Will do! I'll aim to get one in front of our statue of legends, Brian Clough and Peter Taylor, too. pic.twitter.com/h8BM2TKLA6
— LOUD KITS (@LOUDKITS) February 13, 2022
The statue of Brian Clough and Peter Taylor at Derby County's Pride Park Stadium. pic.twitter.com/lV12ec3FkB
— Andy Istiyono Han (@andyistiyono) January 20, 2014
Bukan sahaja di depan stadium malah di tengah bandar pun ada tugu Brian Clough.
The Brian Clough statue, just off Old Market Square in Nottingham, was unveiled by Brian's widow Barbara #OnThisDay 6th November 2008. 🙌🏼 #NFFC #NFFCArchive pic.twitter.com/3tzgdTfcu3
— NFFC Archive (@NFFCArchive) November 6, 2019