Kisah CR7 Dan Kvaratskhelia Bertermu 11 Tahun Lalu Di Akademi Elit Georgia

Generasi emas Georgia berjaya membuat kejutan terbesar dalam sejarah Euro. Pada aksi menentang Portugal semalam, mereka menang 2-0 ke atas pasukan di ranking ke-6 dunia itu.

Sebagai perbandingan, Georgia merupakan pasukan yang berada di ranking ke-78 dunia.

Tahukah anda, bintang seperti Khvicha Kvaratskhelia merupakan bintang yang lahir daripada akademi elit Georgia yang ditubuhkan pada 2013.

Dan pada majlis pelancaran akademi tersebut, Cristiano Ronaldo dan beberapa pemain lagi seperti Andriy Shevchenko dan Kakha Kaladze turut hadir dalam acara itu.

Ianya sebagai tanda sokongan Abang Do kepada pembangunan bola sepak di negara tersebut.

Ketika itu Khvicha Kvaratskhelia bertemu dengan Abang Do yang turut berkenan untuk menjadi mentor dalam satu klinik bola sepak.

Dan 11 tahun selepas itu mereka bertemu di atas padang. Khvicha Kvaratskhelia mengetuai cabaran Georgia untuk menang ke atas Portugal 2-0.

Generasi emas ini juga yang membantu Georgia mara ke Euro buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Selepas 2 perlawanan lalu mereka gagal mencatatkan kemenangan sulung, mereka berjaya melakukannya pada aksi ketiga. Dengan cara lebih dramatik dan bersejarah iaitu menentang Portugal.

Kvaratskhelia menjadi salah seorang pemain elit di eropah dan dalam bola sepak dunia pada hari ini. Sementara Ronaldo yang sudah berusia lewat 30-an masih lagi menjadi pemain utama negaranya. Sudah tentunya dia antara terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Bintang Georgia, Kh

 

vicha Kvaratskhelia turut berjaya mendapatkan jersi idolanya selepas tamat perlawanan.

Baca juga: Georgia Catat Kejutan Terbesar Dalam Sejarah Euro, Tewaskan Portugal Di Ranking Keenam Dunia

Georgia melakukan kejutan terbesar dalam euro kali ini. Malah turut dianggap kejutan terbesar dalam sejarah Euro semalam.

Mana tidaknya, pasukan yang muncul di Euro buat pertama kali itu mencipta kemenangan pertama dalam sejarah mereka menewaskan salah sebuah pasukan elit, Portugal.

Portugal merupakan salah satu pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini.

Georgia berjaya menang 2-0 dalam aksi terakhir kumpulan F semalam. Di mana penyokong mereka ada yang menangis kegembiraan meraikan kemenangan tersebut.

Sebelum ini mereka kalah di tangan Turki dan seri dengan Czechia. Georgia masih ada satu lagi peluang untuk mencipta kemenangan sulung mereka dalam sejarah Euro.

Dan ianya harus dilakukan menentang Portugal atau mereka tersingkir. Siapa sangka mereka benar benar berjaya melakukannya berdepan dengan skuad Portugal yang sarat dengan bintang termasuk pemenang Ballon d’Or 5 kali Cristiano Ronaldo.

Bintang utama Georgia, Kvicha Kvaratskhelia menjaringkan gol pertama untuk Georgia minit ke-2.

Dan pada separuh masa kedua, Georgia menambah satu lagi gol menerusi penalti oleh Mikautadze. Kemenangan itu membolehkan Georgia mara ke kalah mati.

Kemenangan ini jelas tidak digemari oleh Cristiano Ronaldo yang kelihatan benar benar kecewa ketika dikeluarkan.

Portugal sudah pun menempah slot ke pusingan 16 akhir. Namun mereka tidak dapat mengelak daripada terkena kejutan besar ini.

Georgia merupakan pasukan di ranking ke-74 dunia pada masa ini berbanding dengan Portugal yang berada di tangga ke-6 dunia dalam ranking semasa FIFA.

Peminat mengingatkan pasukan Portugal bahawa ini adalah wake up call agar mereka tidak leka. Sejarah menunjukkan mereka pernah terlena dibuai mimpi dan kalah di tangan Greece pada final 2004.

Seorang lagi peminat menyatakan: “Aksi Portugal hari ini langsung tak mencerminkan mereka pasukan ranking keenam dunia.”

Yang lain menegaskan bahawa, tidak mengapa Portugal kalah kerana Georgia memang berhak menang. Paling penting Portugal dah mara dan tiada kecederaan serius melibatkan pemain utama.

Portugal akan berdepan dengan Slovenia di peringkat 16 akhir selepas ini. Portugal merupakan juara edisi 2016.