Kisah Croatia Debut Piala Dunia 98β€² Dan Raih Tempat Ketiga, Davor Suker Menang Kasut Emas

Croatia tampil sebagai pendatang baharu pada Piala Dunia 1998. Namun dalam debut tersebut mereka telah memukau seluruh dunia. Tidak kurang yang mulai menjadi peminat pemain pemain mereka.

Dalam edisi Piala Dunia 1998 di Perancis itu, Croatia malah menamatkan saingan di tangga ketiga.

Pada awalnya, Croatia tidak begitu menjadi perhatian. Kerana mereka dianggap diletakkan dalam kumpulan muda bersama dengan Jepun dan Jamaica. Hanya Argentina yang dianggap pasukan yang benar benar kuat dalam kumpulan mereka.

Pasukan bimbingan Miroslav Blazevic ternyata dark horse dalam kejohanan kali ini. Kerana mereka memiliki ramai pemain berkualiti tinggi seperti Zvonimir Boban, Robert Jarni, Mario Stanic, dan juga bintang kesayangan ramai, Davor Suker yang ketika itu baru menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam peringkat kumpulan Croatia menewaskan Jamaica 3-1. Kemudian berhempas pulas untuk menewaskan Jepun 1-0.

2 kemenangan tersebut menjamin tempat mereka ke kalah mati walaupun sudah dijangka mereka akan kalah kepada Argentina. Sebenarnya La Abiceleste tidak pernah dalam perancangan utama mereka untuk mereka kalahkan dalam usaha untuk mara.

Kejutan skuad Croatia bermula apabila mampu menewaskan pasukan kuat Eropah ketika itu, Romania dengan jaringan 1-0. Romania pada masa itu bukan calang calang pasukan. Mereka malah diketuai oleh Maradona dari Carpathians iaitu Gheorghe Hagi.

Croatia kemudian berjaya mengalahkan Jerman pada suku akhir. Lebih mengejutkan, mereka menang dengan skor 3-0 ke atas Jerman. Dan sekaligus mara ke separuh akhir.

Selepas mengalahkan Jerman, nama skuad Croatia mulai menjadi bualan ramai. Mereka mulai diletakkan label sebagai giant killer dalam edisi kali ini.

Dalam aksi separuh akhir mereka berdepan dengan pasukan tuan rumah Perancis.

Mereka sempat di hadapan terlebih dahulu menerusi jaringan Davor Suker yang menewaskan Fabien Barthez.

Tetapi pada separuh masa kedua Lilian Thuram memusnahkan impian Croatia untuk mara ke final dengan dua gol. Itulah hanya 2 gol Thuram bersama dengan Perancis. Dan ianya merupakan gol sangat penting dalam membantu mencipta sejarah untuk negaranya.

https://youtu.be/bkH7qp6xiWQ

Dalam perlawanan untuk penentuan tempat ketiga, Croatia bertemu Belanda, yang pada separuh akhir tewas kepada Brazil.

Croatia akhirnya menamatkan kempen Piala Dunia 1998 di tanggan ketiga selepas mereka mencatat kemenangan 2-1 ke atas Belanda

Dalam perlawanan tempat ketiga, Suker menjaringkan gol kemenangan sekali lagi dan membolehkannya menjadi pemenang kasut emas selaku penjaring terbanyak di Piala Dunia 1998.

Bekas penyerang Real Madrid itu menjaringkan enam gol dengan setiap satu gol pada peringkat kumpulan menentang Jamaica dan Jepun.

Pada peringkat kalah mati Suker menjaringkan gol menentang Romania, Jerman, Perancis dan akhirnya, Belanda dalam aksi perebutan untuk tempat ketiga.

Suker berjaya menewaskan beberapa nama besar lain untuk anugerah kasut emas itu. Termasuk Ronaldo R9, Roberto Baggio, Gabriel Batistuta, serta Hristo Stoichkov.

Piala Dunia 1998, dianggap sebagai detik penting kepada kebangkitan Croatia dalam arena bola sepak sehinggalah ke hari ini. Di mana mereka memiliki lebih ramai pemain yang memenangi UCL serta ada 1 Ballon D’Or iaitu Luka Modric.