Kisah Dendam 3 Tahun Roy Keane Sebelum Dia Menamatkan Karier Ayah Haaland

Roy Keane pernah melakukan bentesan keras penamat karier ke atas ayah Erling Haaland iaitu Alf-Inge Haaland. Peristiwa itu dianggap sebagai salah satu tragedi yang paling diingati dalam EPL.

Roy Keane dibuang padang ketika aksi derbi Manchester pada 2001 selepas melakukan bentesan keras ke bahagian lutut Haaland Sr.

Kecederaan itu membuatkan Alf Inge Haaland terpaksa menjalani pembedahan. Dan kemudian terpaksa bersara.

Keane dikenakan penggantungan 3 perlawanan dan denda £5,000 kerana bentesan kotor itu. Namun kemudian diminta menjalani penggantungan 5 perlawanan dan denda £150,000 – ini selepas Keane mengakui bentesan itu sudah diranang, dalam buku autobiografinya.

Leeds merupakan seteru Man United, sama seperti Liverpool. Derbi dua pasukan ini lebih dipengaruh semangat politik berbanding derbi lain. Derbi yang dipanggil derbi Roses!

Keane mengakui bentesan itu adalah kerana dendamnya selama 3 tahun setengah. Di mana Haaland Sr pernah mengasarinya ketika aksi antara Leeds dan Manchester United.

Dalam perlawanan tersebut, Keane mengalami ACL, namun Haaland Sr pada masa itu menuduh Roy Keane berpura pura cedera. Haaland Sr malah menjerit dengan kuat di hadapan muka Keane yang tengah terbaring menyuruh pemain itu bangun dan jangan berlakon.

Jadi, bentesan 2001 oleh Keane ke atas Alf Inge Haaland adalah balas dendam. Dia menulis dalam buku autobiografinya:

“Saya menunggu sangat lama. Saya membantai kakinya dengan kuat sekali. Bola ada kat situ rasanya.”

“Rasakan kau c*** [kemaluan wanita]. Dan jangan sesekali pernah berdiri depan aku mengejek tentang [kononnya aku] berpura pura cedera.”

“Dan beritahu kawan kamu [David] Wetherall – untuk dia pun ada. Aku tak nak tunggu Mr Elleray melayangkan kad merah. Aku berpaling dan terus berjalan melangkah ke bilik persalinan.”

Selepas bentesan oleh Keane itu, Alf Inge Haaland terpaksa dibedah dan kemudian memutuskan untuk bersara. Oleh sebab itu, bentesan itu digelar bentesan penamat karier.

Alfie Haaland membincangkan insiden dengan Roy Keane

Tetapi bagaimana Alfie Haaland melihat kejadian itu apabila melihat ke belakang?

Temu bual semasa Erling Haland masih di Molde, bekerja di bawah bekas rakan sepasukan Keane di United, Ole Gunnar Solskjaer. Alfie merenung kembali tentang insiden yang akhirnya membawa kepada berakhirnya kerjaya profesionalnya.

Alfie Haaland menafikan dia menuduh Keane berpura pura. Sebaliknya dia hanya menyuruh pemain itu bangun.

Berbalik kepada insiden awal di Elland Road, Haaland Sr berkata: “Dia cuba menepis saya dan saya mendapat sepakan percuma. Dia terbaring di atas tanah dan saya hanya menyuruhnya ‘bangun’ seperti biasa kamu lakukan bersama pemain – tidak lebih daripada itu. Saya tidak cuba berniat apa-apa terhadapnya, tetapi jelas dia mengambil serius perkara itu.”

Dan mengenai hari malang itu di Old Trafford pada 2001, Haaland menambah: “Selama lapan tahun, saya tidak cedera. Kebetulan atau tidak, itulah 90 minit terakhir saya di England. Adakah itu satu kebetulan, atau bukan kebetulan?”

“Jika kamu berada di atas permukan padang dan seseorang menapak kaki kanan kanan kamu, kamu masih boleh memutarkan kaki kamu yang satu lagi. Ia boleh cedera dan mungkin itulah yang berlaku.”

“Saya belum bermain penuh 90 minit selepas insiden itu, itu fakta yang sukar. Dan orang boleh menilai apa sahaja yang mereka mahu.”

“Jelas sekali saya mendapat tahu selepas itu bahawa ia adalah dilakukan dengan niat dan dia ingin membalas dendam dan semua perkara ini berlaku. Saya rasa itu agak menyedihkan. Sedih untuk bola sepak dan ia juga tidak bagus untuk saya pada masa itu.”

Baca yang lain