N’golo Kante, satu nama yang rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bola sepak.
Seorang pemain yang sangat mengagumkan dengan keupayaan dan teknikaliti di atas padang. Kante adalah pemain yang membawa kejayaan kepada Perancis, Leicester City dan Chelsea.
Kejayaan dan sukses Kante di Leicester City sangat berkait dengan keluarnya Esteban Cambiasso, pemain yang disayangi dan sudah dianggap ikon di sana.
Esteban Cambiasso found the net on his final Leicester City appearance #OnThisDay in 2015 🇦🇷🦊
— Leicester City (@LCFC) May 24, 2021
Selepas tamat musim 2014/15, Cambiasso kelihatan agak berbelah bagi untuk terus bermain bola sepak.
Kontraknya masih belum disambung. Walaupun sebelum itu sudah ada perbincangan tentang kontrak, Cambiasso tegas untuk tidak memutuskan apa-apa lagi keputusan. Segalanya kelihatan tergantung.
Claudio Ranieri yang baru dibawa masuk sebagai pengendali berharap untuk pemain Argentina ini kekal di dalam pasukan. Dia faham bagaimana pengaruh Cambiasso ke dalam skuad Leicester ini.
Namun, selepas beberapa kali bertarik tali, dalam satu sidang media, Ranieri memberitahu yang dia tidak boleh terus menunggu seperti ini.
Cambiasso tidak gemarkan cara yang dilakukan Ranieri, lantas mangambil keputusan untuk tidak lagi menyambung kontrak.
https://m.facebook.com/officialcambiasso/posts/999916266709601
Gempar, sekarang siapa yang akan menjadi pengganti kepada peranan Cambiasso?
Ketika Kante mula menempa nama.
Ada tiga nama yang dikatakan bakan menjadi pengganti kepada Cambiasso. Gokhan Inler yang dibeli dengan harga £5 juta dari Napoli sebagai pilihan utama selepas keluarnya Cambiasso, N’golo Kante yang dibeli sebelum Cambiasso membuat keputusan untuk bersara, dan juga Danny Drinkwater, pemain yang sudah sedia ada di Leicester.
🔎 Lets take a moment to appreciate the shrewdest man in football… former Leicester City scout Steve Walsh was responsible for the signings of:
N'Golo Kante €9 million
Jamie Vardy £1 million
Riyad Mahrez €500kWho's your teams biggest bargain buy? 😮 pic.twitter.com/DCkmMJzQkX
— Betting Hub Tips (@BettingHub) May 6, 2021
Kante sudah berada di dalam radar Steve Walsh (peninjau bakat) dan staf rekrut pemain Leicester untuk beberapa ketika.
Walaupun hanya berketinggian 5 kaki 6 inci, dengan wajah yang seakan-akan budak sekolah, Kante ada statistik yang sangat mengujakan. Semasa meningkat remaja, dia pernah diberitahu bahawa dia tidak akan mampu untuk menjadi seorang pemain professional kerana saiznya.
Apa yang membuatkan Kante melepasi jangkaan awal yang negatif itu adalah komitmen dan dedikasinya di atas padang, diterjemahkan sewaktu bersama SM Caen. Dia mendahului carta ‘ball recovery’ untuk 5 liga utama Eropah dalam musim pertamanya.
Looking for an SM Caen Kante Kit, definitely a longshot but RTs would be appreciated! pic.twitter.com/unRqdCFkRT
— Xan Talks ⚽️Shirts (@XanTalksKits) April 24, 2022
Marseille cuba untuk menandatanganinya sebelum itu sebagai pengganti Dimitri Payet yang berpindah ke West Ham, tetapi Leicester lebih pantas dalam membuat kerja.
Di Belvoir Drive, pusat latihan pasukan, boleh dikatakan tiada seorang pun yang kenal dengan kelibat Kante. Ada sekali selepas sudah latihan, semasa Kante berdiri di kawasan parking, salah seorang pengawal keselamatan menyangka bahawa Kante seorang kanak-kanak yang sedang menunggu ibu bapa datang menjemput.
Ini adalah pemain yang berharga £5.6 juta dengan wajah tidak bersalah. Penampilannya membuatkan rakan sepasukan sedikit protektif dengannya. Tetapi apabila di atas padang, Kante tidak memerlukan perkara sedemikian dengan dia sendiri menjadi pahlawan yang menghancurkan lawan.
Drinkwater menamakan Kante dengan panggilan ‘the Rash’ kerana kemampuannya untuk berada di seluruh genap padang dan statistiknya semasa Leicester memenangi kejuaraan telah membuktikan.
Kante lebih dari sekadar seorang pemain tengah bertahan yang tipikal, bukan hanya mampu membentes dan memenangi bola. Ketika dalam fasa menyerang, Kante boleh menjadi kunci terutamanya sewaktu pasukan melancarkan serangan balas.
N'Golo Kante in the Premier League this season:
Most interceptions (152)
Most tackles won (117)Winner. pic.twitter.com/Ca5R0vJINk
— Squawka (@Squawka) May 12, 2016
Persembahannya sentiasa mendapat pujian dari pengkrtik bola sepak dan Thierry Henry tanpa berlapik-lapik meletakkan Kante sebagai rekrut terbaik Premier League untuk musim itu.
Agak ironi, apabila Ranieri sendiri pada awalnya perlu diyakinkan staf rekrut kelab dalam menandatangani Kante. Walsh berkali-kali meyakinkan Ranieri untuk memastikan perjanjian ini termeterai.
Walsh dan staf rekrut telah berjam-jam menghabiskan masa menganalisa dan mengkaji permainan Kante dan mereka cukup optimis bahawa Kante adalah pemain yang sempurna. Ranieri dengan rendah diri berterima kasih kepada Walsh atas pujukannya.
Dijual ke Chelsea.
Leicester City menamatkan musim dengan menjuarai liga dan Kante terpilih sebagai PFA Player of the Season, FWA Player of the Season, dan Premier League Player of the Season.
Sejurus tamat saingan liga musim 2015/16, Kante menjadi sasaran kelab-kelab terkemuka dunia. Chelsea yang baru saja melantik Antonio Conte musim baru itu pantas menjadikan Kante sebagai rekrut terbaru di sana.
It's official! Welcome to Chelsea, N'Golo Kante! https://t.co/BRg1Njs5PB #WelcomeKante pic.twitter.com/1gqqQvFPiK
— Chelsea FC (@ChelseaFC) July 16, 2016
Kante dijual kepada Chelsea dengan harga £32 juta dan sehingga sekarang masih lagi kekal di sana.
Sepanjang berpindah dari Perancis ke England, Kante sudah memenangi sejumlah trofi yang besar seperti Premier League, FA Cup, Champions League, Europa League, dan European Super Cup.
Kante menjadi bukti bahawa sekiranya kita meletakkan seratus peratus dalam sesuatu benda, tidak mustahil untuk kejayaan datang menjelma.
Rujukan:
Tanner, Rob. (2016). “5000-1 The Leicester City Story: How We Beat The Odds to Become Premier League Champions. London: Icon Books.