Mathys Tel rasmi menyertai Spurs secara pinjaman dari Bayern. Sebelum ini pemain itu menolak untuk menyertai Spurs.
Dengan ada beberapa kelab lain turut dikaitkan dengan Tel termasuk Chelsea dan juga Manchester United.
Fabrizio Romano kemudian melaporkan pemain itu membuat u-turn dan setuju untuk menyertai Spurs.
Dan kenapa sebelum ini pemain itu menolak?
Awalnya Mathys Tel tidak yakin dengan projek di Spurs sesuai dengan dirinya. Dia mahukan projek yang membantu dia membangu menjadi pemain berkelas dunia.
🚨🆕 For the first time in the past four days, Mathys #Tel is no longer ruling out staying at FC Bayern after rejecting Tottenham today!
Bayern have now also received information that a stay is possible. However, further discussions are ongoing. Manchester United, who contacted… pic.twitter.com/fAPhRTBusE
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) January 31, 2025
Ini juga dipengaruhi dengan trend kelab Spurs yang ditolak oleh beberapa pemain sasaran mereka termasuk Randal Kolo Muani.
Pemain itu dikatakan cuba mengintai peluang dengan kelab lain terutama sekali Man United dan Chelsea.
United tak sanggup
Namun isu gaji dikatakan menjadi sebab kenapa Man United dan Chelsea terpaksa mengendurkan minat mereka ke atas pemain ini. Tel ketika ini menerima £80 ribu seminggu.
Dan Bayern tidak mahu membayar sebarang bahagian gaji pemain itu sepanjang dia di kelab lain.
Selain itu Bayern dikatakan mahu memasukkan klausa obligasi pembelian tetap dalam kontrak pinjaman pemain ini ditambah dengan bayaran £5 juta untuk pinjaman separuh musim.
United dikatakan merasakan bahawa pakej ini terlalu mahal. Ditambah dengan prospek pemain akan mendapat kenaikan gaji apabila dia mendandatangani perjanjian tetap kelak.
United tidak mahu ada kontrak yang ada obligasi pembelian tetap dan memutuskan untuk membangunkan pemain akademi sendiri berbanding membangunkan pemain Bayern dan terpaksa membayar angka semahal itu.
Manchester United's interest in Mathys Tel ended as Bayern Munich wanted a £5m loan fee with no buy clause in the deal 💰
Manchester United also saw it as an expensive risk, and didn't want to develop the player only for Bayern or another club to benefit 💭 #TDD pic.twitter.com/Sc2gBjkfy2
— Sky Sports News (@SkySportsNews) February 3, 2025
Ke Spurs jua
Oleh sebab itu Bayern lebih teruja dengan tawaran Spurs. Di mana kelab itu sedia menerima klausa beli tetap £50 juta pemain tersebut yang boleh diaktifkan pada akhir musim ini jika pemain itu mencapai tahap prestasi yang membolehkan klausa itu teraktif.
Spurs yang bergelut untuk menjauhi zon penyingkiran telah memutuskan untuk kembali ke meja rundingan dengan Tel. Dan setuju untuk membayar gaji yang dimahukan pemain itu termasuk bonus prestasi yang dia ada dalam kontrak.
Tel akhirnya memutuskan untuk menerima tawaran Spurs. Dia diyakinkan bahawa dia akan mendapat lebih banyak minit permainan di Spurs dan terus menjadi pemain utama kelab.
What a deal pic.twitter.com/POxEWWG7NQ
— حسن الناقور Mr.Nagoor (@hasanalnaqour) February 3, 2025
Spurs dengan berbesar hati mengumumkan kedatangan pemain yang dianggap prospek cerah masa depan itu.
Let me Tel you something. pic.twitter.com/OgaApRCupN
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 3, 2025