Kisah Di Sebalik Maskot Chelsea Yang Menyakat Steven Gerrard

Masihkah anda semua ingat peristiwa di mana seorang kanak-kanak yang menjadi maskot pasukan Chelsea telah mengejek Steven Gerrard di dalam terowong sebelom memasuki padang?

Untuk pengatahuan semua perlawanan itu adalah antara perlawanan yang paling tidak boleh dilupakan oleh Gerrard sepanjang karrier beliau.

Beliau telah diusik atau dalam kata lain beliau telah diejek oleh seorang maskot ketika di terowong sebelum memasuki padang.

Waktu itu adalah waktu yang paling teruk dalam karrier Gerrad dan masih kekal dalam ingatan beliau sehingga ke hari ini.

Dalam sebuah buku Autobiografi nya pada tahun 2009 yang berjudul  ‘My Captain Book’ .

Bekas ketua pasukan Liverpool itu mendakwa satu-satunya masa yang dia tersenyum dalam perlawanan itu adalah didalam terowong sebelum memasuki padang.

“Jika ia seorang dewasa, saya ingin mematahkan leher beliau!”

Kata Gerrard tentang peristiwa melibatkan maskot Chelsea bernama Jack Nickless.

Pada 5 Februari 2006, semua mata tertumpu kepada pemerintah Liga Perdana ketika itu Chelsea yang turun menentang Liverpool di Stamford Bridge.

Pasukan yang berada dibawah kendalian Jose Mourinho ketika itu adalah pasukan pilihan untuk Memenangi perlawanan itu.

Dan seperti yang dijangka Chelsea memenangi perlawanan itu hasil jaringan William Gallas dan Hernan Crespo dengan kemenangan 2-0.

Berikutan kemenangan itu Chelsea menjarakkan diri dengan kelebihan 15 mata untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana.

Tetapi untuk berjuta-juta yang menonton di rumah, pertembungan ini akan sentiasa diingati sebagai hari maskot berambut biru yang telah mengejek salah satu pemain terbaik di dunia.

Semuanya bermula di terowong ketika hendak memasuki padang sebelom kick-off. Diketuai oleh Kapten John Terry, pasukan tuan rumah berjalan keluar dari bilik persalinan untuk memasuki padang menjelang pertembungan Super Sunday.

Suasana menanti perlawanan ini begitu hangat di Stadium. Gerrard sebagai ketua pasukan Liverpool mengetuai pemain lain keluar dari bilik persalinan dan berjalanan menuju ke terowong sebelom memasuki padang.

Ketika beliau berjalan dan menanti untuk masuk ke padang, seorang peminat cilik Chelsea Jake Nickless menghulurkan tangannya untuk menyambut pemain yang lalu.

Tetapi saat Gerrard lalu di hadapan beliau,Gerrad menghulurkan tangan tanda mahu bersalam dengannya.

Namun peminat cilik ini membiarkan tangan Gerrard tergantung begitu sahaja, di udara tanpa di sahut oleh beliau.

Ibarat biarkan begitu saja, Terikat namun tak bertali. Mencuba menyimpulkan mati. Namun terputus jua.

Gerrard mentertawakan kejadian itu dan kemudian mendakwa bahawa kapten Chelsea, John Terry tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di terowong pada hari itu.

tetapi bagaimana dengan sisi lain cerita itu?

“Saya masih ingat ayah saya meletakkan saya di situ”

Kata bekas maskot Chelsea, Jake kepada SportBible 14 tahun selepas kejadian itu.

“Saya terus mengatakan saya tidak akan melakukannya dan saya fikir ayah saya akhirnya mempercayainya, jadi dia berhenti.”

“Tetapi pada masa ini saya hanya teruja dan berfikir mengapa tidak. Saya tahu perlawanan itu juga disiarkan di Television dan ramai orang yang menonton, jadi saya hanya menyediakan sedikit hiburan untuk mereka.”

Bekas ketua pasukan Liverpool itu kemudiannya mendedahkan dia melihat sisi lucu dalam autobiografinya, dan begitu juga beberapa pemain Chelsea yang lain, menurut Jake, yang kini berusia 19 tahun.

“Saya dan Gerrard sebenarnya tidak bercakap sama sekali, cuma yang saya katakan adalah,saya menjerit memanggil namanya, Gerrard! Untuk mendapatkan perhatiannya.”

“Saya masih ingat Claude Makelele dan Michael Essien ketawa melihat apa yang berlaku, tetapi John Terry mengetuk kepala saya selepas itu, ketika saya berjalan kembali untuk memegang tangannya.”

“Saya rasa semua orang mendapati ianya lucu, selain dari Stevie G.”

Rakaman Jake mengejek Gerrard akhirnya tersebar luas sehingga masuk ke media arus perdana dan kerana semua perhatian tertumpu kepadanya, dia terpaksa meninggalkan sekolah lebih awal petang berikutnya.

“Keesokan harinya sekolah dan ibu saya mendapat panggilan telefon meminta wawancara dari akhbar,”

“Ibu terpaksa datang dan menjemput saya dan saya hanya berada di sekolah setengah hari hari sahaja sebelum dijemput untuk pulang, semuanya agak gila.”

Ternyata kisah Jake Nickless dalam bola sepak masih belum berakhir lagi.

Remaja berusia 19 tahun itu kini bermain bola sepak untuk pasukan North Greenford United di South Midlands League, beliau kini sedang berusaha untuk mencipta nama sebagai pemain bola sepak profesional.

“Saya kini sedang mencuba untuk masuk ke bidang lebih profesional untuk diri saya sendiri”

“Saya telah bermain untuk beberapa pasukan di peringkat yang lebih baik, dan saya juga pernah menjadi ketua pasukan The Tonsser All Star.”

“Jadi semoga peluang saya akan datang tidak lama lagi.”

Nickless mengatakan dia masih menonton perlawanan Chelsea, baik di “Home” mahupun “Away”.

Dan rancangannya untuk masa depan adalah termasuk bermain bola sepak pada tahap tertinggi yang mungkin.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan