Kisah Elon Musk Daripada Mangsa Buli Sampai Masuk Wad, Kini Menjadi Manusia Terkaya Di Dunia

Elon Musk kini menjadi orang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih lebih dari $185 billion ataupun sekitar $751 billion. Menurut CNBC, kenaikan harga saham Tesla pada hari Khamis (7/1/2021), menjadikan Elon orang terkaya melepasi Jeff Bezos yang menjadi orang terkaya di dunia sejak tahun 2017.

Lonjakan jumlah kekayaan Elon Musk sepanjang tahun lalu menandakan peningkatan kekayaan yang paling cepat dalam sejarah. Elon Musk memiliki banyak cabang perniagaan selain daripada perniagaan utama dalam bidang aero angkasa.

Beliau merupakan CEO di syarikat kereta elektrik Tesla, syarikat roket Space X, dan pengasas bersama syarikat pembayaran elektronik PayPal.

Walaupun diumumkan menjadi manusia terkaya di dunia, Elon Musk tidak ada masa untuk meraikannya di kelab malam, sebaliknya dia terus fokus untuk menyambung kerjanya.

Anak jadi Pretoria

Elon Musk dilahirkan di Afrika Selatan pada 28 Jun 1971. Ayahnya berasal dari Afrika Selatan, sementara ibunya berasal dari Kanada. Sejak muda, Elon Musk telah menunjukkan bakatnya dalam bidang komputer dan keusahawanan.

Ketika masih kecil, Elon Musk memang sudah merasai berurusan dengan orang kaya. Ketika di sekolah rendah, dia dan sepupunya menjadi penjual gula gula dan telur easter dari rumah ke rumah, di kawasan perumahan orang kaya di sekitar Pretoria, Afrika Selatan.

Memang ‘otak’ berniaga dan kapitalis dari kecil

Kepandaian dan kegigihan Elon membuatkan mereka meraih keuntungan sehingga 20 kali ganda.

“Kenapa kamu meminta $10 (Rp 140 ribuan) untuk Easter egg dan saya kata, karena kamu sedang menyokong kapitalis muda. Dan realitinya jika kamu tidak membeli dari aku, kamu tidak akan akan mendapat telur yang sama sepertgi ini, dan saya jual dengan harga ini kepada kamu kerana saya tahu kamu mampu.” tegas sepupunya Kimbal kepada CNBC, ketika berkongsi cerita dia dan Elon menjual easter egg dari rumah ke rumah.

Maka tak hairanlah dia menubuhkan syarikat gula gula selepas dia kaya raya. Membuatkan ramai mulai keliru sama ada dia serius ataupun menganjing seseorang. Ini kerana latar belakang Musk memang gula gula dekat dengannya.

Mangsa buli dan nerd

Ketika di sekolah, Elon Musk seorang kanak kanak nerd. Dan dia seringkali dibuli. Musk mengaku pernah dipukul dan diseret di tangga sampai masuk hospita. Hal tersebut berlanjutan sehingga beliau berusia 15 dan di usia 16. Dan kemudian Musk mengambil kelas seni mempertahankan diri termasuk karate dan judo.

Musk menganggap itu adalah pengalaman yang membentuk jati dirinya menjadi seorang yang lebih kuat.

Suka menyendiri dan berimaginasi

Oleh kerana sikapnya yang pendiam, ibunya satu ketika risau bahawa anak mereka pekak. Namun selepas itu ibunya menyatakan bahawa akhirnya mereka faham bahawa Elon Musk seorang yang suka termenung berfikir tentang banyak perkara yang diperhatikannya seharian.

Ibunya pernah berkongsi: “Apabila dia masuk ke otak dan dunianya, maka kamu akan dapat melihat dia ada di dunia lain. Dia masih melakukan itu sehingga dewasa. Sekarang saya dah faham dan tinggalkan saja karena saya tahu dia sedang mereka sesuatu seperti roket atau sebagainya,” kata ibunya.

Seterusnya ibunya juga menyatakan, Musk memang suka membuat roket sejak kecil. Musk akan menggunakan apa sahaja peralatan yang boleh dia gunakan di rumah untuk membuat roket terutama sekali ketika ibu dan ayahnya tiada di rumah.

Ulat buku

Elon Musk beberapa kali merosakkan barang di rumah, termasuk meletupkannya. Malah ibunya pernah memberikan amaran bahawa suatu hari nanti mungkin akan ada yang terkorban kerana roket ciptaan budak itu. Selain daripada suka bereksperimen, Elon Musk seorang yang rajin membaca.

Pada usianya 9 tahun dia sudah ‘khatam’ buku  Ensiklopedia Britannica selain daripada ratusan komik, novel fiksyen sains dan non-fiksyen. Dia boleh membaca buku sehingga 10 jam sehari.

“Aku dibesarkan oleh buku-buku dan juga ibu bapa aku,” kata Musk.

Memajukan diri dan berhijrah

Ketika berusia 12 tahun, Elon Musk membuat permainan video dan menjualnya ke majalah komputer. Pada tahun 1988, setelah memperoleh pasport Kanada, Elon meninggalkan Afrika Selatan kerana enggan menjadi tentera dan ingin mencari peluang ekonomi yang lebih besar.

Elon Musk kemudian melanjutkan pelajaran di Queen’s University di Ontario. Namun, pada tahun 1992, dia berpindah ke University of Pennsylvania, Philadelphia, dan memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang fizik dan ekonomi pada tahun 1997.

Ketika di AS beliau mendedahkan pernah hidup dengan purata belanja $1 sehari.

Elon kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang fizik di Stanford University, California. Namun, dia hanya bertahan selama dua hari di sana, memikirkan bahawa internet memberikan lebih banyak peluang untuk mengubah masyarakat daripada bekerja dalam bidang fizik.

Membina empayar

Lalu pada tahun 1995, Elon Musk mengasaskan Zip2, sebuah syarikat yang menyediakan peta dan direktori perniagaan untuk surat khabar dalam talian. Empat tahun kemudian, pada tahun 1999, syarikat itu dibeli oleh pengeluar komputer Compaq dengan harga $307 juta.

Elon menggunakan wang itu untuk mengembangkan perniagaannya dengan menubuhkan syarikat perkhidmatan kewangan dalam talian X.com yang dikenali sebagai PayPal. Pada tahun 2002, eBAY membeli PayPal dengan harga $1.5 billion. Lalu beliau menggunakan wang itu untuk menubuhkan SpaceX pada tahun 2002.

Dalam hidupnya, Elon mempunyai kepercayaan bahawa untuk bertahan hidup, manusia harus menjadi spesies berbilang planet. Oleh itu, dengan melihat kos tinggi untuk melancarkan roket, pada tahun 2002, Elon mengasaskan Space Eploration Technologies (SpaceX) yang membuka lebih banyak peluang kepada manusia untuk menjelajah ke angkasa.

Roket pertama SpaceX adalah Falcon 1 yang dilancarkan pada tahun 2006. Sementara itu, Falcon 9, dilancarkan pada tahun 2010 yang dibuat dengan kos yang lebih rendah daripada pesaingnya.

Elon juga membuat roket Super Heavy, yang dapat mengangkat muatan 100,000 kg untuk orbit. Muatan adalah Starship, kapal angkasa yang dirancang untuk menyediakan pengangkutan laju antara bandar di bumi dan membina pangkalan di bulan dan marikh.

Selain menjadi CEO di SpaceX, Elon adalah ketua pereka roket yang dibuat oleh syarikatnya, iaitu Falcon, Dragon, dan Grasshopper.

Seterusnya, Elon musk berminat dalam pembinaan kereta elektrik. Dia menjadi pemenang saham terbesar di Tesla Motors (nama asal Tesla) yang diasaskan oleh usahawan Martin Eberhard dan Marc Tarpenning.

Elon Musk membawa lebih kemajuan kepada Tesla menerusi ideanya yang segar dan meyakinkan. Di bawah pentadbiran Musk, Tesla menghasilkan sehingga 5,000 kereta Model 3 setiap minggu pada akhir bulan Jun 2018, dan mengeluarkan 2,000 sedan Model S, serta Model X SUV.

Dan pada hari ini Elon Musk menjadi salah seorang manusia berpengaruh di dunia.

Rujukan: CNBC

Baca yang lain