Kisah Empati Penyokong Celtic Buat Palestine, Didenda UEFA 2 Kali, Total RM143.5K, Hikmah Di Sebaliknya Sangat Besar

Share on facebook
Share on twitter
blank

Ada bait lagu daripada chant peminat Celtic dari lagu The Fields of Athenry. Lagu tersebut dicipta pada 70-an, dan ianya menceritakan tentang keluarga yang dirampas tanah mereka dan hidup dalam kebuluran pada era Great Irish Famine pada pertengahan abad ke-19 – di Ireland.

Akibat kelaparan, si ayah ditangkap cuba mencuri makanan daripada keluarga yang mencuri tanah mereka. Dia dipenjara dan dihantar ke Australia. Hukuman paling berat kepada pesalah di Britain zaman itu yang menjadikan Australia sebagai tempat pembuangan banduan.

Maka tinggallah isteri dan anaknya sahaja tanpa si ayah.

Penyokong Celtic simpati dengan Palestine kerana sejarah nenek moyang mereka. Di mana mereka pernah mendengar cerita yang hampir sama dengan Palestine. Di mana, tanah mereka dirampas dan kemudian menjadi ‘orang asing’ di tanah sendiri.

Oleh itu, penyokong Celtic sangat berani dan lantang dalam isu isu berkaitan dengan Palestine.

Dan ketika artikel ini ditulis, penyokong Celtic sedang bersolidariti sekali lagi untuk Palestine.

Namun kemudian, ianya diarahkan untuk ditanggalkan. Ia sedang mengundang kemarahan para penyokong pada ketika ini.

Penyokong Celtic dan Palestine

Celtic yang berpangkalan di Glasgow, dianggap salah satu tempat paling berhaluan kiri di Britain. Mereka juga menyokong semangat sosialis, kelas pekerja dan juga sangat aktif dalam menentang dasar apartheid.

Sejarah moyang mereka yang kebuluran pada era The Great Famine di Ireland telah membuatkan jutaan rakyat di sana ketika itu mati dengan cara sangat sukar dibayangkan.

Oleh kerana tanah mereka dirampas golongan kaya membuatkan diaspora orang Ireland ke seluruh dunia. Mereka mahu lari daripada kemiskinan melampau, penindasan di tanah sendiri dan mahu mencari masa depan lebih baik untuk anak dan cucu mereka akan datang.

Ramai antara mereka yang menetap di Glasgow dan membentuk komuniti Irish yang kuat. Nama seperti Roy Keane antara nama yang sangat simbolik dengan masyarakat Ireland dan Celtic.

Bebalik kepada sejarah mereka, oleh kerana terlalu ramai orang Ireland berhijrah ke Glasgow gara gara Great Famine tersebut. Namun mereka ada konflik dengan masyarakat Glasgow pada ketika itu kerana mereka rata rata berpegang kepada mazhab katolik.

Celtic FC ditubuhkan pada 1887 ooleh Brother Walfrid, seorang kerani yang bekepercayaan katolik. Dan dia seorang yang dermawan. Cuba membantu imigran Ireland di Glasgow untuk keluar dari kemiskinan. Salah satu daripada caranya adalah dengan menubuhkan pasukan bola sepak yang boleh menjana wang pada masa itu, dalam revolusi sukan pada era tersebut.

blank

Celtic mulai menjadi harapan kepada orang Ireland di Glasgow. Di mana mereka kini boleh berimpian untuk bermain ataupun bekerja di dalam kelab tersebut.

Celtic kemudian menjadi kelab paling berjaya di Scotland. Dan pada masa yang sama berseteru dengan pasukan sebandar iantu Rangers.

Beberapa tahun lalu, bendera Palestine dikibarkan dalam pertemuan antara Celtic dan kelab Israel, Hapoel Beersheva. Pihak Israel membantah secara rasmi perbuatan itu dengan mengaitkan penyokong Celtic sebagai membawa propaganda politik ke dalam padang.

Penyokong Celtic membuat solidariti itu ketika aksi berdepan Beersheva kerana kelab itu hanyalah 20 batu dari Gaza, tempat yang dibom oleh Israel beberapa hari sebelum perlawanan tersebut.

Adakah UEFA merasakan mereka boleh memisahkan bola sepak dengan manusia? Dengan menuduh ianya motif politik.

Penyokong Celtic tidak peduli, walaupun mereka tahu mereka telah melakukan salah satu perkar paling kontroversi. Solidariti daripada penyokong Celtic kepada Palestine tak pernah luntur. Bukan sahaja bendera Palestine, malah mereka menggunakan kaffiyeh sebagai banner dan mafla mereka.

blank

Wakil penyokong Celtic menyatakan mereka tidak membawa propaganda politik. Kerana mereka tidak menaikkan bendera Fatah mahupun Hamas. Sebaliknya mereka hanya menaikkan bendera. Dan tidak ada salahnya mengibarkan bendera negara lain.

Sebab banyak kelab lain melakukannya. Walaupun mereka tidak ada pemain dari negara tersebut, tetapi bukan kesalahan pun menaikkan bendera negara lain di dalam stadium.

Dalam konteks yang lebih besar, penyokong Celtic menyatakan solidariti mereka kepada orang awam Palestine yang ditindas oleh rejim zionis.

Malah sebelum ini mereka adalah penyokong yang paling lantang bersuara tentang dasar apartheid di Afrika. Mereka juga menyokong suara masyarakat Basque yang mahu merdeka dari Sepanyol.

Tradisi kelab Celtic itu sendiri dibina oleh masyarakat yang terpaksa lari daripada penindasan di bumi sendiri. Nasionalis mereka dihukum termasuk dihukum bunuh di Ireland Utara.

Ternyata mengibarkan bendera Palestine telah menjadi kes besar di mata UEFA.

Penyokong yang digelar The Green Brigade itu juga mengibarkan banner: “Refugees welcome, a club founded by immigrants,” ketika konflik Syria. Di mana ketika itu Arab Saudi dilaporkan menutup pintu kepada pelarian perang Syria.

blank

Di mana ketika itu pelarian Syria ini terpaksa melarikan diri ke Turki, Jordan dan Lebanon. Tetapi bukan ke Arab Saudi.

Penyokong Celtic bersama sama dengan beberapa kelab lain terutama sekali di Jerman, menyertai kempen ‘Refugees Welcome’.

blank

Penyokong Celtic memang penyokong yang sangat lantang dalam isu kemanusiaan. Tetapi UEFA dan beberapa media pro Israel mulai mengecam mereka dan menganggap The Green Brigade telah membawa semangat anti Israel dan anti semitik ke dalam lapangan bola sepak.

Penyokong Celtic menafikan mereka anti Israel, atau anti semitik, mereka cuma mengecam tindakan pihak yang menindas, dan mereka menyatakan solidariti kepada pihak yang ditindas iaitu Palestine.

Mereka juga menyatakan, akan melakukan perkara yang sama kepada Israel, jika mereka berada di pihak yang ditindas dan Palestine yang menindas.

Malah penyokong Celtic sendiri menyatakan mereka antara yang lantang mengecam fasisme dan nazisme.

Namun Uefa tak nak mendengar penjelasan tersebut dan mereka mengenakan tindakan kepada Celtic atas alasan gagal mengawal penyokong mereka dengan membawa agenda politik ke dalam bola sepak.

Celtic berdepan tindakan

Celtic diminta memberikan penjelasan di atas apa yang berlaku. The Green Brigade kemudian menyatakan mereka akan membayar apa sahaja hukuman oleh UEFA ke atas mereka. Dan tidak akan menyesal langsung dengan tindakan mereka.

UEFA.com menjelaskan: “Hukuman bakal dikenakan kepada Celtic atas kesalahan mempamerkan kain rentang atau bendera yang tak dibenarkan.”

“UEFA melarang sebarang ekspresi mesej politik terutama sekali yang mengundang rasa ofensif kepada pasukan lawan.”

Kesalahan yang dilakukan oleh penyokong, seperti mengibarkan bendera terlarang dan membakar suar, boleh menyebabkan kelab didenda melebihi £100,000 oleh UEFA.

Sejarah berulang

‘Kesalahan’ mengibarkan bendera Palestin ini bukanlah aksi solidariti pertama dari penyokong Celtic kepada penderitaan rakyat Palestin. Pada 2014, mereka pernah mengibarkan bendera Palestin ketika aksi menentang KR Reykjavik pada Julai 2014.

Akibatnya, Celtic pada ketika itu didenda £16,000 oleh UEFA.

Penyokong Celtic membayar denda tersebut. Dan angka yang diraih di Gofundme dari seluruh dunia sangat luar biasa. Dalam masa 24 jam sahaja mereka sudah mendapat £40,000. Jauh daripada sasaran £15,000 yang mereka tetapkan. Dan dalam masa dua hari dilaporkan tabung bantuan mereka sudah meraih £90,000.

Mengapa £15,000 dahulu? Ini kerana £15,000 merupakan jumlah denda yang perlu dibayar oleh Celtic pada 2014 selepas penyokongnya mengibarkan bendera Palestin.

Jadi, apa yang mereka akan lakukan dengan wang yang sebanyak itu? Di mana angkanya sangat jauh lebih besar. Penyokong Celtic memutuskan untuk mendermakannya kepada 2 badan kebajikan Palestin.

Mereka merancang untuk mengumpul derma sebanyak £15,000 dahulu sebelum dibahagi-bahagikan 50/50 kepada:

Medical Aid Palestine (MAP) – sebuah badan kebajikan yang membekalkan servis kesihatan dan penjagaan perubatan kepada mangsa konflik dan pencerobohan wilayah di Palestin.
Lajee Centre – sebuah pusat bertanggungjawab menawarkan harapan dan medium ekspresi kepada kanak-kanak pelarian Palestin di kem pelarian Aida, Bethlehem melalui program-program kebudayaan dan sukan.

UEFA kemudian memutuskan bahawa penyokong Celtic tetap bersalah dan mendenda kelab £8,615 Sebagai rekod itu adalah kali kesembilan penyokong Celtic didenda oleh UEFA. Dan yang paling besar masih lagi denda £16,000 kerana bendera Palestine ketika aksi berhadapan dengan KR Reykjavik.

Dan ketika UEFA mengumumkan hukuman tersebut, tabung bantuan denda penyokong Celtic sudah ada £172,000. WOW!

Jadi secara terkumpul penyokong Celtic sudah didenda £24,615 ataupun  sekitar RM143,500.00

Dan hikmah pada kali ini sangat besar. Di mana kesemua baki £163385 / RM952k, hampir RM1 juta daripada denda itu disalurkan ke kebajikan Palestine seperti yang mereka rancang. Jumlah itu sangat besar. Mereka mendapatkannya dengan cara yang sangat unik.

UEFA mendapat kritikan teruk daripada ramai pihak kerana mereka berterusan menggunakan kad politik ke atas isu kemanusiaan.

Baca yang lain