Kisah Ferenc Puskas Dan Magical Magyars Yang Tak Pernah Menang Piala Dunia

Ferenc Puskas mungkin korang pernah dengar kerana adanya anugerah Puskas. Dan ya, memang anugerah itu bersempena dengan namanya.

Pemain legenda bermain posisi inside forward ini menjaringkan banyak sekali gol dalam kariernya. Dan banyak gol yang cantik dicetaknya. Sebab itulah Anugerah Puskas merujuk kepada gol tercantik.

Ference Puskas merupakan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Dan beliau digelar pahlawan Hungary — mengetuai cabara generasi emas Hungary pada awal 1950-an.

Pada ketika itu Hungary merupakan kuasa besar bola sepak dunia, dan sangat digeruni. Mereka diberikan julukan “Magical Magyars”.

Menurut sejarawan bola sepak, Magical Magyars merupakan salah sebuah pasukan terbaik yang pernah wujud di arena bola sepak yang gagal menjadi juara dunia.

Puskas menjadi pemain penting dalam pasukan Hungary ketika itu. Mereka menjadi pasukan pilihan ketika Piala Dunia 1954 yang berlangsung di Switzerland.

Puskas merupakan kegerunan utama pertahanan lawan.

Memang susah kita semua nak percaya Hungary ni pernah menjadi kuasa bola sepak dunia.

Namun The Mighty Magyars, ketika itu menikmati rekod 32 perlawanan tanpa kalah – dan mara ke Piala Dunia.

Sepanjang rentetan tanpa kalah itu, mereka memenangi emas dalam Sukan Olimpik 1952. Dulu orang pandang sukan Olimpik ni macam Piala Dunia kedua.

The Miracle of Berne

Di peringkat kumpulan Hungary membantai Jerman barat 8-3 dan membelasah Korea Selatan 9-0.

Di peringkat kalah mati, Magical Magyars menewaskan dua pasukan handalan dunia iaitu Brazil dan Uruguay.

Namun siapa sangka pada aksi final mereka tewas 3-2 di tangan pasukan yang mereka belasah 8-3 di peringkat kumpulan iaitu Jerman Barat.

Jerman Barat memang pasukan kuat namun media ketika itu tetap menganggap kemenangan itu sebagai satu keajaiban yang digelar  “The Miracle of Berne.”

Puskas menjaringkan 4 gol dalam Piala Dunia tersebut termasuk gol pembukaan di final. Beliau dilaporkan tidak cergas 100% ketika final.

Dari Budapest Ke Real Madrid

Pemain kelahiran Budapest yang lahir pada 1 April 1927 itu memiliki susuk tubuh yang kecil sahaja.

Namun beliau pernah mencatatkan rekod menjaringkan 83 gol daripada 84 perlawanan untuk negaranya.

Puskas memulakan kariernya bersama dengan kelab Hungary, Kispect AC yang ketika itu dilatih oleh ayahnya sendiri, Farenc Sr.

Pada tahun 1949, Kispect AC dijenamakan semula menjadi Budapest Honved. Beliau membantu Budapest Honved, menjuarai 5 kejuaraan Liga Hungary.

Puskas menjadi pemenang kasut emas sebanyak 4 kali dalam 5 musim tersebut.

Pada 1948, Puskas mengejutkan dunia dengan mencetak 50 gol untuk kelabnya. Beliau membantu Budapest Honved mara kejuaraan Eropean Cup.

Tetapi sayang, mereka tersingkir awal – selepas kalah di tanga Bilbao.

Kesan daripada revolusi Hungary 1956, Puskas memutuskan untuk ke luar negara. Dan beliau berjaya menyertai gergasi Eropah, Real Madrid.

Puskas pada awalnya mahu menyertai pasukan Serie A. Namun gagal, walaupun Juventus dan AC Milan dilaporkan mahu mendapatkannya sebelum ini.

Manchester United sudah lama berkenan dengan Puskas. Beliau mahu menyertai revolusi Busby Babes selepas nahas Munich.

Namun usahanya dihalang oleh FA England ketika itu yang mewajibkan pemain luar fasih bahasa Inggeris untuk bermain di sana. Pelik tak?

Puskas terpaksa melupakan hasrat itu kerana beliau tidak tahu bercakap Bahasa Inggeris.

Pada usianya 31 tahun, Puskas akhirnya memeterai perjanjian dengan Real Madrid yang ketika itu sudah sarat dengan bintang seperti Alfredo Di Stefano, Hector Rial, Jose Santamaria dan Francisco Gento.

Bersama Los Blancos, Puskas berjaya menikmati kejayaan di Sepanyol dan Eropah.

Beliau memenangi 3 gelaran La Liga, 3 UCL dan 1 Copa Del Rey.

Baca yang lain