Kisah Ferguson Sound Satu Bas Pemain United Kerana Tak Layan Peminat

Antara perkara paling penting diingatkan oleh Sir Alex Ferguson kepada para pemainnya adalah: ‘Tiada pemain yang lebih besar dari kelab.’

Patrice Evra telah berkongsi cerita bagaimana satu peristiwa di mana para pemain dimarahi Sir Alex Ferguson kerana mengabaikan para penyokong Man United.

Patrice Evra, beraksi untuk Man United pada musim 2006 sehingga 2014, menyatakan bahawa, Sir Alex Ferguson selalu mengajar dan mengingatkan pemain tentang tanggungjawab mereka.

Selain menjaga jadual latihan, bermain bola sepak, para pemain juga – menurut Sir Alex Ferguson – perlu sentiasa menghormati penyokong dan meluangkan masa dengan mereka apabila ada kesempatan.

Evra berkata: “Ketika Anda bermain untuk Manchester United, itu bukannya untuk peribadi lagi. Anda tidak boleh menggunakan Manchester United untuk terkenal, dan disanjungi di media sosial.”

https://twitter.com/whats_new_2day/status/1257148859802927105

“Anda bermain untuk United kerana anda harus memberi sesuatu kepada banyak orang lain di sekeliling anda,” kata Evra kepada podcast yang disiarkan di MUTV.

“Ketika bermain untuk kelab ini, para pemain perlu mengenali semua staf yang bekerja di sini termasuk staf bukan jurulatih ataupun pegawai, itu sangat penting.”

“Anda tidak ada alasan untuk tidak melakukannya. Hanya perlu menonton beberapa DVD seperti yang saya lakukan dahulu, itu sangat penting,” ungkapnya lagi.

Evra juga menegaskan bahawa Sir Alex juga meminta agar para pemain selalu menghormati penyokong, seperti memberikan tanda tangan atau berfoto dengan mereka.

Kena marah sebab abaikan penyokong

Pernah sekali, dalam satu jelajah pra musim, pasukan mereka mempersembahkan 13 trofi Premier League dan 2 Liga Juara Juara Eropah. Tetapi para pemain United yang keletihan ketika itu telah naik ke dalam bas kerana keletihan.

Ternyata Sir Alex Ferguson sangat marah. Kerana menurut beliau, sesi itu perlu dihormati pemain. Walaupun gaji mereka beratus ribu seminggu sekalipun, bukan alasan untuk naik ke dalam bas tidak melayan penyokong pada sesi seperti itu.

Ia seperti jadual kerja, mana tahu akan ada seorang penyokong dari kawasan yang sangat jauh dan tiba di sana.

Evra: “Saya memberikan contoh, suatu ketika kami berada di jelajah pramusim, dan sebelum kami naik bas, kami benar-benar letih.”

“Saya akan cakap jujur kepada kamu semua, ketika itu ada sesi bertemu penyokong.”

“Ketika itu keadaan sangat sesak dan kami pun melihat satu sama lain ‘apabila yang lain tak sign, pemain lain pun tak perlu sign la’. Kami semua naik ke dalam bas.”

“Dan kami ternampak Sir Alex Ferguson dari jendela bas. Beliau pula sedang menandatangani autograf.”

“Saya bersumpah, dia baru masuk sekitar 45 minit kemudian. Dia menandatangani semua yang dia mampu. Dan saya berkata, ‘Gais, nanti bos datang naik bas, habislah kita.'”

“Dan dia naik ke dalam bus, dia terus sound kami sambil marah-marah. ‘Kamu pikir kamu ini siapa?! Mereka di bawah sana tu yang membayar gaji kamu semua.”

“Orang-orang itu yang datang untuk menonton kamu [membeli tiket]. Sekarang kamu semua cepat turun dan sign autograf!'”

“Kami pun turut dan harus menandatangani setiap permintaan fans, tapi itulah mentalitinya.” jelas beliau

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid