Kisah FIFA Haramkan ‘Paradihna’ Kerana Remaja Benama Neymar Dianggap Menganjing Lawan

Neymar merupakan pemain bola sepak yang luar biasa dan memiliki skil yang sukar ditandingi.

Jika baru baru ini FIFA mengubah peraturan penalti berkaitan sikap penjaga gol selepas kelakuan Emi Martinez, mamun tahukah anda? Satu ketika dahulu FIFA pernah mengubah peraturan sepakan penalti gara gara pemain remaja bernama Neymar.

Neymar Stop

Pada tahun 2010 Neymar Jr sering menggunakan skil dan acahan yang ternyata hampir menjadi musuh utama penjaga gol.

Skil itu dipanggil Neymar Stop oleh jurulatih di Santos. Dan ada juga memanggilnya Paradinha kerana ianya ibarat satu tarian.

Di mana dia akan berhenti sejurus sebelum menendang bola — selepas melakukan larian perlahan.

Perkara itu menarik perhatian pada masa itu, sehinggakan FIFA memutuskan untuk menukar peraturan penalti, melarang adanya hentian pada penghujung larian atau langkahan pemain atau sebelum menedang bola.

FIFA mendakwa bahawa ‘feint’ dengan tujuan mengelirukan penjaga gol pihak lawan dibenarkan. Namun penyepak dilarang melakukan feint dengan cara berhenti sebelum menyepak bola.

Dan selepas itu, cara Neymar itu dianggap melanggar Peraturan 14 dan tindakan yang dianggap tidak ada semangat kesukanan.

Yang dianggap sengaja mahu memalukan atau mengaibkan penjaga gol.

Mungkin akan ada yang membandingkan penalti itu dengan penalti Bruno Fernandes ataupun Jorginho yang terkenal dengan Jorginho hop.

Sebenarnya berbeza. Bruno Fernandes dan Jojo tidak menghentikan langkah mereka. Mereka cuma melompat sedikit sebelum menyepak bola tanpa menghentikan kaki mereka.

Berbalik kepada kes Neymar, perubahan yang dibuat pada masa itu mula dikuatkuasakan di Piala Dunia di Afrika.

Oleh itu semua penalti dengan teknik Neymar itu, sebelum ia dikuatkuasakan adalah dianggap sah. Tiada isu dengan gol yang dilakukan.

Bekas penjaga gol São Paulo pada masa itu, Rogério Ceni , adalah salah seorang mangsa Neymar Jr.

Dan dia memperdaya penjaga gol legenda itu dengan gaya yang dianggap mempermalukan lawannya.

Beberapa bulan kemudian, pada 18 April 20110, penyerang Santos itu menggunakan teknik itu dalam perlawanan separuh akhir kejuaraan Paulista, di Vila Belmiro.

Dalam temu bual di laman web khas mengenai ulang tahun kerjaya Neymar Jr selama 10 tahun, Marcelo Martelotte, yang merupakan penolong dan ketua jurulatih Santos antara 2010 dan 2012 mengimbas kembali kisah pelik tentang permainan kontroversi itu dan keyakinan pemain lain terhadap kemahiran jersi nombor 11 Santos yang ketika itu masih remaja.

“Dengan teknik ‘stop’ dia menjaringkan hampir semua gol dan apabila dia terpaksa menukar gayanya dia kemudian mulai gagal dalam beberapa sepakan penalti.”

“Yang lucunya ialah apabila dia memenangi penalti semua orang hanya akan menunggunya,” kata beliau merujuk kepada pemain Sao Paulo ketika itu sanggup menunggu Neymar menerima rawatan dulu selepas dia dikasari di dalam kotak penalti dan tidak mahu mengambil penalti.

“Ada sekali tu, Neymar memenangi penalti. Dan petugas perubatan merawatnya. Semua pemain lain buat tak tahu sahaja tentang bola. Dan tak kisah untuk mengambil penalti. Mereka menunggu Neymar selesai dirawat. Menunggu isyarat daripada pakar perubatan.”

Saksikan penalti kontroversi Neymar itu di sini:

Sumber: NJR

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan