Kisah Flop Paling Teruk Dalam Sejarah Southampton Akhirnya Dilepaskan Secara Percuma

Salah seorang flop paling teruk dalam sejarah EPL, Guido Carrillo akhirnya meninggalkan England hanya selepas 7 penampilan sahaja.

Guido Carrillo menyertai Southampton dari AS Monaco pada Januari 2018 dengan rekod perpindahan kelab ketika itu.

Di mana Soton membelanjakan £19 juta untuk beliau dengan harapan akan dapat menguatkan jentera serangan mereka.

Dia dianggap sebagai nama yang bakal memberikan impak di atas padang ataupun memberikan pulangan berlipat kali ganda di masa hadapan jika dijual. Dengan Southampton dikenali dengan dasarnya sebagai feeder club.

Ini kerana dia memiliki reputasi yang sangat kuat. Pemain yang boleh bermain di beberapa posisi penting.

Tidak menepati ramalan

Dia tiba di Southampton diraikan sebagai bintang baharu kelab mereka. Dia diberikan jersi no.9. Bermakna dia adalah penyerang harapan utama dalam pasukannya.

Malah ada peminat ketika itu berseloroh bahawa dia adalah penyerang Liverpool di masa hadapan. Merujuk kepada ramai bintang Southampton yang cemerlang akan disambar oleh Liverpool.

Namun segala yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Dan segalanya serba tak kena buat Carillo.

Kelab terus bersabar dan menantikan impak daripadanya. Namun, malang sekali untuk Southampton apabila Guido Carillo, hanya bermain 10 kali dalam semua penampilan. Gagal menjaringkan walau satu gol dengan jersi no.9 di belakangnya.

Carrillo akhirnya dipinjamkan ke CD Leganes di La Liga. Dia tetap gagal memberikan impak ketika di sana. Dia hanya menjaringkan 7 gol daripada 56 penampilannya. Membuatkan Leganes tidak bercadang untuk membelinya secara tetap.

Southampton kemudian setuju untuk menamatkan kontrak pemain itu atas persetujuan bersama.

Ini untuk membolehkan pemain itu pergi secara percuma ke mana mana kelab pada hari terakhir perpindahan / deadline day pada 2020. Dia akhirnya kembali ke Sepanyol menyertai Elche.

Southampton dalam kenyataan ringkasnya ketika berkata: “Kelab mengucapkan terima kasih kepada Guido di atas semua usaha beliau ketika berada di Southampton dan mendoakan yang terbaik untuk kamu di masa hadapan.”

Dengan perpindahan tersebut, Carrillo dianggap flop paling teruk ataupun flop nombor satu dalam sejarah Southampton.

Seorang peminat Saints memecahkan nilai yang dibayar oleh Soton, ataupun lebih tepat, pembaziran Southampton [ada Carrillo:

Pemain yang menjadi rekod pembelian kelab dengan nilai £19 juta:

– 5 kesebelasan utama / 2 masuk sebagai pemain gantian

– 450 minit aksi

– 161 sentuhan

– 8 shots – 4 tepat

– 1 assist

– 0 gol

Bermakna:

£3.8 juta untuk setiap kali memulakan perlawanan

£42k seminit dia bermain

£118k untuk setiap kali dia menyentuh bola

£2.3 juta untuk setiap percubaan ke arah gol.