Kisah Gattuso Sanggup Dipotong Gaji Demi Dapatkan Osimhen Dengan Rekod Pembelian Kelab

Jika pada hari ini ada orang yang dikira paling layak nak klaim Osimhen, maka orang itu tak lain tak bukan adalah Gennaro Gattuso,

Bukan presiden Aurellio Laurentiis dan sesiapa sahaja,

Laurentiis seringkali membanggakan Osimhen sebagai pemain yang dia tandatangani pada eranya. Dan bertekad akan buat apa sahaja demi mengekalkan pemain itu.

Tetapi pada 2020, Laurentiis pernah menyuruh Gattuso untuk melupakan sahaja Osimhen. Perpindahan Osimhen ke Napoli hampir tidak pernah berlaku buat selamanya jika Gattuso tidak keras kepala dan berkeras pada masa itu.

Gattuso buat apa sahaja demi Osimhen

Ini selepas pengurus itu pada masa itu, Lille meminta kelab mengeluarkan sahaja dana €75 juta yang diminta kelab Osimhen untuk mendapatkan pemain itu.

Laurentiis menganggap harga itu tidak masuk akal.

Namun Gattuso berusaha untuk memastikan penyeranga Nigeria itu menjadi milik kelab selepas Osimhen menyatakan dia setuju dengan syarat yang diletakkan Napoli, sebaik sahaja dia bercakap dengan pemain itu dan wakilnya.

Gattuso terus mendesak Laurentiis, dan malah bersetuju untuk menerima pengurangan gaji untuk membolehkan kelab menampung kos pemain itu dari segi bayaran perpindahan dan juga gajinya.

Akhirnya Laurentiis bersetuju dengan Gattuso yang berterusan mendesaknya.

Pemain itu pantas memberikan aksi cemerlang pada aksi pra musim. Membuatkan penyokong Napoli mulai membandingkannya dengan Higuain dan juga Cavani yang sebelum ini pernah menjadi penyerang no.9 unggul di kelab itu.

Ketika di Napoli, Osimhen telah berlatih dengan lebih keras di bawah Gattuso. Ini kerana pengurus asal Itali itu mahu pemain itu membuktikan bahawa dia adalah pembelian terbaik selalu rekod pembelian kelab itu.

Dan pemain itu tidak menghampakan. Walaupun Napoli ketika itu bergelut dengan prestasi di bawah Gattuso, namun Osimhen terus memberikan aksi meyakinkan.

Gattuso dipecat dan digantikan dengan Spalletti.

Osimhen pantas mengucapkan terima kasih kepada pengurus itu. Dan melabel Gattuso sebagai gurunya yang luar biasa. Membantu membangunkannya sebagai pemain dan membentuk karakter yang kuat sebagai pemain dan insan.

Osimhen menerusi catatan instagramnya berkata: “Kamu telah menjadi nadi penting dalam pembangunan saya, bukan sahaja sebagai pemain namun sebagai seorang lelaki.”

“Saya sangat menghargai segala kerja keras yang kamu lakukan ke atas saya di dalam dan di luar padang. Saya mengagumi kami sebagai pemain [satu ketika dahulu] dan menghargai kesempatan beraksi di bawah kendalian kamu, memanggil kamu bos saya. Ianya adalah perkara yang selamanya tak akan saya lupakan.”

“Saya akan menjulang nama kamu selamanya. Saya doakan yang terbaik buat kamu pada perjalanan baharu karier kamu.”

Di bawah kendalian Spalletti, Osimhen terus meningkat naik. Dan dia akhirnya menjadi instrumental kepada kejayaan Napoli menamatkan kemarau kejuaraan Scudetto sejak 1990.

Di mana pencapaian itu dianggap mustahil selepas era Maradona yang membantu kelab itu menjuarai 2 Serie A pada 1987 dan 1990.

Napoli malah pernah mengalami kemuflisan dan beraksi di divisyen ketiga Itali.

Kini mereka menjadi juara Itali sekali lagi. Selepas perkembangan luar biasa kelab itu sejak era Laurentiis.

Beberapa tahun menjadi dark horse dalam persaingan liga, dengan kualiti pemain yang mereka ada, maka Napoli menamatkan penantian itu dengan Scudetto ketiga.

Osimhen mungkin tidak akan dianggap setaraf Maradona, namun peranannya tetap diiktiraf seperti Maradona yang membantu kelab itu mencapai impian yang luar biasa.

Pada tahun lalu, Osimhen sekali lagi memberikan penghargaan kepada Gattuso ketika dia turut memuji peranan Spalletti dalam pembangunan kariernya.

“Saya akan sentiasa terhutang budi dengan Gattuso, jurulatih yang membentuk saya menjadi pemain dan manusia lebih baik. Di bawah Spalletti pembangunan saya menjadi lebih pesat.”

Baca yang lain