Kisah Greece Membunuh Impian Euro Dan Projek £400 juta Portugal

Luis Felipe Scolari berada dalam prestasi kemuncaknya sebagai pengurus pada ketika itu. Dan lebih menarik dia mendapat pasukan generasi emas Portugal yang mulai dibentuk pada sekitar awal 200-an dan beberapa tahun sebelum Euro 2004.

Segalanya serba sempurna. Orang kata jodoh yang secocok dan sepadan di arena bola sepak.

Scolari membina Portugal

Scolari menjadi pengurus Portugal pada 2003, selepas membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2002.

“Big Phil” pada awalnya agak bergelut untuk membentuk pasukan Portugal agar mencapai prestasi sesuai dengan nama nama bintangnya yang ada di situ. Scolari kemudian mengambil Deco sebagai bakat naturalisasi pasukan mereka.

“Portugal benar benar serius mahu menjadi juara Eropah di bumi mereka sendiri. Mereka memenangi hak penganjuran tersebut menerusi bidaan pada 1999. £400 juta angka pelaburan untuk kejohanan Euro adalah sangat besar bagi sebuah negara yang paling miskin di Barat Eropah masa itu,” tulis Andy Brassell untuk kolum When Saturday Comes pada 2008.

Malah ada yang mempersoalkan, kenapa perlu pakai sampai 10 stadium untuk kejohanan cuma ada 16 pasukan bertanding? Ada yang merasakan bahawa itu satu pembaziran dan lebih baik wang itu digunakan untuk membina hospital.

Scolari hanya fokus kepada soal bola sepak. Dia pastinya sedar bahawa dia perlu menyatu padukan semula rakyat Portugal dengan sebiji bola. Kejuaraan Euro akan menjadi salah satu cara untuk dia membantu peminat dan rakyat Portugal melupakan seketika masalah pembaziran itu.

“Ketika saya dilantik menjadi pengurus Portugal, saya terus bercakap dengan staf kejurulatihan dan pakar untuk mendapatkan pandangan mereka tentang sisi bola sepak dari dalam,” kata Big Phil kepada FourFourTwo pada 2011.

“Mereka memberikan saya informasi tentang beberapa pemain. Dan pandangan kasar saya, sebenarnya saya harus memulakan proses ini dari asas [start from scratch]. Membina kepimpinan baharu dalam bilik persalinan.”

“Kami ada pemain berpengalaman seperti Luis Boa Morte dan João Pinto, kemudian ada bakat meningkat naik yang turut hadir seperti Simão dan sudah tentunya Cristiano Ronaldo.”

Pada perlawanan pembukaan Portugal dikejutkan oleh pasukan kerdil yang bermain dengan sistem park the bus dan counter attack iaitu Greece. Ianya membuatkan skuad mereka dihentam teruk oleh media sendiri dan peminat.

Scolari hanya mampu melihat pemain pemainnya hanya menguasai bola namun tak mampu mengatasi kelasakan permainan anak anak buah Otto Rehhagel yang memenangi hampir setiap duel di dalam zon pertahanan mereka.

Portugal kemudian menang 2-0 ke atas Rusia untuk menaikkan semula semangat mereka.

Perlawanan ketiga adalah perlawanan yang benar benar meletakkan harapan mereka kembali. Di mana mereka menewaskan pasukan Sepanyol yang mereka tak pernah kalahkan dalam 23 tahun lamanya.

Portugal tampil dengan aksi terbaik mereka dengan Nuno Gomes menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam Derbi Iberia itu. Kemenangan yang membawa mereka ke suku akhir.

Lawan mereka adalah England yang juga dianggap generasi emas bimbingan Sven Goran Erisksson. Pasukan yang paling mahu dielak oleh mana mana lawan pada masa itu,

Pertembungan 2 generasi emas

Pasukan yang tak kalah lagi dalam pusingan kelayakan. Dengan Gary Neville dan Setven Gerrard disahkan kembali daripada kecederaan untuk memperkuat Tiga Singa. Skuad yang turut dibarisi Ashley Cole, Sol Campbell serta David Beckham serta pemain remaja sensasi Wayne Rooney yang diserap masuk atas merit.

Perhatian dunia terarah kepada perlawanan ini. Malah ada yang menganggap pemenang daripada perlawanan ini berkemungkinan besar adalah juara edisi kali ini.

Hanya selepas 3 minit sepak mula, Michael Owen menjaringkan gol pembukaan England.

Portugal mulai panik. Mereka mulai mencari gol dengan beberapa siri serangan.

Helder Postiga akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan lewat pada minit ke-83 menerusi free header.

Pada masa esktra Rui Costa melakukan roket  pada minit ke-110. Namun Frank Lampard menyamakan kedudukan untuk mengheret ke penentuan penalti.

David Beckham memulakan penalti England dengan mimpi ngeri apabila dan melambungkan bola tinggi.

Namun malangnya Portugal turut gagal dalam penalti mereka dan mengheret ke penentuan sudden death.

Siapa akan lupa masa itu Ricardo yang tidak memakai glove telah menghalang penalti Darius Vessel. Ricardo kemudian menjadi penjaring kemenangan yang membawa Portugal ke separuh akhir.

Di separuh akhir Portugal berhadapan dengan pasukan Belanda. Dan mereka berjaya melepasi cabaran daripada The Oranje. Membuatkan Portugal benar benar yakin bahawa tiada apa lagi yang dapat menghalang mereka.

Dalam satu lagi separuh akhir, skuad serba bintang Republik Czech menjadi mangsa terbaru dimalukan oleh Greece. Pengurus mereka dikecam kerana dikatakan tidak tahu menggunakan bakat yang ada termasuk Poborsky, Baros, Rosicky, Petr Czech, Jan Koller, Nedved, Vladimír Šmicer, Zdeněk Grygera, Ujsfalussi dan ramai lagi.

Dalam aksi final, Portugal bertemu dengan pasukan yang memalukan mereka pada perlawanan pembukaan.

Mereka kali ini hadir dengan keyakinan sangat tinggi.

Malangnya, dalam final Euro tersebut, Portugal tetap gagal membalas dendam mereka.

Greece yang bermain dengan sistem yang digelar anti football telah membuatkan mereka tertekan dan terkedu sekali lagi. Walaupun kritikan dilemparkan ke atas corak permainan mereka, namun akhirnya sejarah sentiasa mengenang sang pemenang iaitu Greece.

Jaringan minit ke-57 oleh Angelos Charisteas memberikan tekanan lebih besar kepada mereka. Dengan Nikopolodis yang sentiasa tersenyum sinis setiap kali menangkap bola dan melengahkannya beberapa saat.

Pengurus Greece ketika itu hanya bersantai dengan baju sukannya di tepi padang dan menantikan detik menjulang piala.

Akhirnya Portugal menelan kekecewaan yang paling perit di hadapan penyokong mereka. Dan pada keesokan harinya beberapa media sudah sedia menghentam mereka sebagai projek dan penganjuran bola sepak paling sia sia pada masa itu.

Namun daripada kekalahan ini jugalah Portugal membina masa depan bola sepak mereka yang lebih baik.

Muncul nama seperti Cristiano Ronaldo yang tidak pernah lupa akan kekalahan tersebut. Dia berkembang menjadi bakat elit bola sepak dan antara yang terbaik sepanjang zaman.

12 tahun selepas itu Ronaldo sendiri menjadi kapten yang membantu negaranya menjulang Euro 2016.

Berbeza dengan Greece, bola sepak mereka semakin dilupakan dari arena antarabangsa.

SUMBER: These Football Times

Baca yang lain