Kisah Guardiola Memperkasa DNA Barcelona Dengan Tiki Taka

Kisah Guardiola nak bentuk DNA di Barca. Tiki taka tu aku anggap memang DNA Guardiola. Namun ianya berasaskan total football yang menjadi tunjang DNA bola sepak di Barcelona.

Jadi, aku pakai ayat memperkasakan DNA Barcelona.

GUARDIOLA DI BARCA

Dia masuk daripada youth academy coach.

Masa first day dia di Barca ramai orang tak suka pun termasuk fans Barca yang ketika itu menikmati bola sepak indah di bawah Riijkard.

Hari pertama training Pep menyatakan para pemain pun tengok dia lain macam kecuali seorang pemain muda bernama Iniesta.

Kau tahu kenapa? Sebab Iniesta ni dia asuh di akademi dan tahu Pep ni coach yang power. Tapi sapa nak dengar cakap Iniesta.

Dalam beberapa perlawanan awal, Barca struggle under Pep Guardiola. Game pertama kalah dengan kelab kerdil Numancia. Dan perlawanan kedua seri dengan Racing Satander.

Masa di latihan dia berikan arahan, ramai pemain tak faham dan tak sungguh sungguh nak faham apa yang dia cuba buat. Sebab bagi para pemain, Barca ni dah ada taktik power pun.

PERNAH HAMPIR PUTUS ASA

Selepas itu dia ke office memikirkan mungkin dia akan gagal teruk dan rasa nak berhenti.

Tetiba seorang budak masuk. Budak tu bercerita banyak pengalaman baru dia dapat daripada training session. Guardiola pun ingat budak ni isim level dinzly ke apa.

Lalu budak ni sebelum keluar berkata:

“Mister, teruskan apa yang mister buat. Kita pasti akan berjaya”

“Jangan risau Mister. Kita akan menang semua nanti. Pasukan ini dalam landasan terbaik. Tahun ini kita akan kalahkan mereka semua.”

“Jangan ubah apa-apa, OK? Kami bermain dengan baik. Dan kami suka dengan latihan yang sedia ada. Jangan ubah apa-apa!”

Budak tu ialah Iniesta la. Dia pemain paling pendiam tetapi hari tu dia sangat banyak bercakap. Bukak ofis terus bukak mulut.

Selepas itu perasaan Pep ni jadi lebih yakin apabila mendiang Cruyff menyatakan sokongan kepadanya.

Pep berkata dalam minggu minggu pertama dia di Barca hanya Iniesta dan Cruyff percayakan dia.

Cruyff menulis kepada kolum akhbar dengan menyatakan: “Pasukan Barca kini kelihatan sangat baik.”

Ramai fans Barca tak setuju dengan kenyataan itu. Mereka mintak Pep digantikan segera.

PEP MEMBENTUK PASUKANNYA SENDIRI

Lalu Pep memutuskan untuk build up pasukan ini dengan pemain yang nak bermain dengan dia. Masa tu la dia jadikan Xavi dan Iniesta – pemain muda sebagai core player dalam plan dia.

Dalam latihan dia mulai lebih tegas dan mulai menilai pemain yang bersungguh-sungguh. Dia dapat beberapa list pemain.

Pep kemudian slowly membentuk Barca yang memahami konsep permainan beliau. Media di Spain mulai menggelar taktik itu tiki taka.

Menatang apa tiki taka ini?

Ianya permainan bola sepak berasaskan pertukaran posisi dan hantaran yang sangat kolektif serta banyak sekali gerakan body feint.

Pep kemudian develope beberapa pemain lagi termasuk Messi. Dan mereka melepaskan beberapa bintang yang diarasakan Pep sukar untuk masuk ke dalam team ataupun tak bersungguh-sungguh.

TIKI TAKA MENDUNIA

Dan selepas minggu ke-3 mereka terus cemerlang. Pep ketika itu dibantu mendiang Tito Villanova benar-benar membawa Barcelona ke kemuncak sehingga menang 6 piala dalam kalendar tahunan.

Vicente Del Bosque menggunakan sistem tiki taka sebagai asas DNA pasukan Spain dann mereka menang Piala Dunia dan Euro sekali lagi.

RUMUSAN

Apa yang kita dapat pelajari di sini, anda perlukan circle yang betul dan orang yang betul untuk membantu anda berjaya. Bukannya kawan jenis semua benda ‘ahhh tak boleh ni wei’.

Pemain Real Madrid sendiri tak pernah merungut bermain dengan gaya Barcelona di Sepanyol.

Dalam konteks bola sepak, benda ni lagi sukar. Anda perlukan kelompok pemain yang percayakan apa yang anda cuba buat.

Dan pastikan anda tahu apa benda anda buat la, bukannya suruh pemain yang tak ada finishing menjadi false 9 kemudian main longball.

Hari ini Guadiola telah dikenali sebagai pakar taktikal moden.

Namun beliau sentiasa ingat siapa yang membantunya. Bielsa sendiri terkejut bila Guardiola mengucapkan terima kasih kepadanya. Kenapa? Sebab Guardiola ada belajar aspek build up dan pressing daripada beliau.

Lepas tu, Guardiola menyatakan Cruyff banyak membantunya.

Orang yang membuatkan dia terus berpegang kepada asas total football dalam pembentukan taktikal. Total football ni attacking football dengan short passes. Hari ini Guardiola ni sangat kompleks.

Ramai coach hari ini cuba belajar sesuatu daripada beliau tak kira usia. Sarri, Sampaoli, nagelsmann rilex je ucap terima kasih bila berjumpa dengan Guardiola.

Kekadang mereka ni layan match untuk buat analisis, itu pun mereka appreciate benda Guardiola buat.

Guardiola telah meninggalkan legasi yang kuat di Barcelona. Malah ramai penyokong Barcelona yang meletakkan beliau sebagai penanda aras.

Baca yang lain