Asamoah Gyan antara pemain bola sepak terkaya di negaranya pada ketika era dia di kemuncak karier.
Namun perceraian dia mendedahkan dia cuma ada $745 dalam akaun simpanannya. Bagaimana?
Pada 2018, Asamoah Gyan telah bercerai dengan isterinya, Gifty selepas 10 tahun bersama.
Kenapa bercerai?
Menurut peguam Asamaoh Gyan, Gifty sebenarnya sudah berkahwin dengan lelaki lain sebelum dia mengahwini Gyan. Dan isterinya ketika itu tidak pernah bercerai secara rasmi dengan suaminya itu ketika mengahwini Gyan.
Gyan yang mendapat tahu perkara itu benar benar marah, kerana secara tak sengaja dia sudah dimadukan isterinya. Oleh sebab itu dia dan isterinya mulai berkonflik dan membawa kepada perceraian.
Isterinya ketika itu menuntut sejumlah besar wang alimoni perceraian tersebut.
Gifft meminta pampasan bulanan $6,200 sebagai bayaran kerana wanita itu diceraikan ketika dia tak ada kerja dan menjadi suri rumah yang menguruskan anak mereka.
Walaupun terang terang Gifty gagal membuktikan dia sudah bercerai dengan suami lamanya, dia tetap menyalahkan Gyan sebagai punca rumah tangga mereka pecah kerana menurutnya, Gyan terlalu mencari salahnya. Sehingga mereka mulai bertengkar dan membawa kepada perceraian.
Oleh sebab itu dalam kenyataan tuntutannya, dia berhak menuntut 50% daripada harta Gyan.
Tuntuan Gifty
Ketika perceraian juga, Gifty meminta 50% daripada aset seperti hartanah, perniagaan, syarikat dan rumah milik Gyan berserta dengan bayaran sekali bayaran $1 juta.
Gyan kehilangan rumah mewah miliknya di Harding Way di UK yang menjadi miliknya. Dan dia perlu berkongsi atau memulangkan 50% daripada nilai tersebut.
Dia juga perlu menyerahkan sebahagian daripada nilai Rumah di Oleander Street, East Legion (rumah dikongsi atas nama mereka sebagai rumah ‘keluarga’ dengan Gifty) bangunan Basilica’ di Weija.
Tuntutan lain
Tidak cukup dengan itu, Gifty menuntut hak pemilikan beberapa rumah apartmen mewah yang dibelinya untuk dijadikan aset hartanah di Adenta.
Gifty turut menuntut pemilikan gudang di Spintex serta syarikat percetakan di Dubai dan menuntut pembahagian harta melibatkan 6 kereta mewah milik Gyan termasuk, Rolls Royce Phantom (BJ 3-15), Porsche Cayenne, Mercedes Benz SLK, Mercedes Benz Sprinter Bus (JET 3-16), Black, Mercedes Benz V Class (B JET 3-15) dan Dodge.
Gifty menuntut 50% daripada pemilikan dalam syarikat Baby Jet Airlines yang ditubuhkan oleh Gyan.
Kemudian Gyan Investment Ghana Limited, Paradise Pac Drinking Water, Baby Jet Boxing Promotion serta BJ Sports Bar & Restaurant.
Menurut laporan, Gyan hanya kehilangan rumahnya di Harding Way di UK dan rumah keluarga dia dengan Gifty serta terpaksa melelong bangunan Basilica untuk membayar bekas isterinya.
Di juga dilarang menuntuk kereta BMW mewah yang pernah dihadiahkan dia kepada isterinya yang tidak dikira sebagai aset sepencarian mereka.
Walaupun kehilangan beberpa aset di atas, secara keseluruhannya, Gyan berjaya menyelamatkan sebahagian besar aset miliknya terutama sekali syarikat dan perniagaannya.
Bagaimana?
Gyan secara strategik dan sistematik sempat memindahkan beberapa aset ini kepada nama abang abangnya.
Difahamkan dia melakukan perkara itu dengan teliti selama bertahun tahun untuk melindungi aset itu daripada dituntut Gifty jika mereka bercerai suatu hari nanti.
Paling mengejutkan di mahkamah Gyan cuma mengesahkan bahawa dia cuma ada $745 dalam akaun banknya walaupun dia sangat kaya sebelum ini hasil bermain bola sepak di England, China, UAE dan beberapa tempat lagi.
Selebihnya wang itu sudah dilaburkan di syarikatnya. Kenyataan Gyan ini membuatkan dia dikecam oleh penyokong Gifty yang mendakwa pemain itu tidak telus.
Namun pihak mahkamah membuat pengesahan bahawa memang ada $745 sahaja di dalam akaunnya. Gifty percaya wang itu sudah dipindahkan Gyan ke akaun abang abangnya.
Gifty berjaya dalam hak tuntutan anak dan pampasan $1 juta
Mahkamah kemudian memberikan hak penjagaan 3 anak kepada Gifty.
Dan wanita itu menuntut Gyan menanggung perbelanjaan anak anak mereka termasuk dia yang menjaga anak mereka di UK.
Gyan diarahkan membayar $2,100 setiap bulan sebagai nafkah kepada anak anak mereka sehinggalah semua anak anaknya sudah bekerja sendiri suatu hari nanti. Selain itu Gyan perlu membayar Gifty $6,200 sebulan sebagai bayaran dia mengasuh dan menjaga anak anak mereka di UK.
Selain itu Gyan juga diarahkan membayar pampasan alimoni sebanyak $1 juta kepada Gifty.
Namun secara keseluruhannya, dia masih berjaya menyelamatkan banyak aset yang dia miliki daripada terpaksa dilelong untuk membayar bekas isterinya itu.