Kisah Hacker Hamas Perdaya & Malukan Tentera Israel Hanya Dengan ‘Virus’ Gambar Cinggey

Ianya antara cerita yang paling memalukan dalam sejarah IDF. Sebuah unit ketenteraan yang didakwa Israel sebagai kuat dan bijaksana.

Pada Februari 2020, beberapa biji fon milik tentera Israel (Israeli Defence Force – IDF) diserang oleh malware kiriman oleh kumpulan hacker Hamas dari Palestine.

Malware tersebut berjaya menyusup masuk ke dalam telefon pintar IDF kerana disebarkan oleh seorang ‘wanita cantik’.

‘Wanita cantik’ itu sebenanya tentera Hamas yang merupakan hacker – yang menyamar di Facebook, Instagram dan Telegram.

Dia menyamar sebagai wanita muda yang menawan, mereka menghubungi sejumlah tentera IDF dan memujuk mereka untuk menginstall aplikasi yang ada malware tersebut.

IDF menyebut bahawa ‘wanita cantik’ itu ada sekurang-kurangnya enam akaun palsu melakukan serangan menerusi media sosial.

Akaun-akaun tersebut menggunakan nama seperti Sarah Orlova, Maria Jacobova, Eden Ben Ezra, Noa Danon, Yael Azoulay, dan Rebecca Aboxis.

Menurut jurucakap IDF, Brigjen Hild Silberman, kesemuanya mengakui diri mereka sebagai imigran Israel dan tak fasih menggunakan bahasa Hebrew.

Si ‘Wanita Cantik ini tadi memujuk mereka untuk menginstall aplikasi sosial dan berjanji akan menghantar lebih banyak gambar jika mereka menginstall aplikasi yang dicadangkan.

Wanita cantik itu juga menawarkan gambar seksi dan termasuk bersetuju apabila diminta gambar nu*e.

Mereka dipujuk untuk menginstall aplikasi chat bernama Catch & See, Grixy, dan Zatu.

Namun selepas dipasang di dalam telefon pintar, aplikasi itu menunjukkan error bahawa telefon IDF itu tak sesuai dengan aplikasi mereka. Lalu mereka terpaksa membuang aplikasi tersebut.

Apabila aplikasi tersebut tidak dapat diinstall maka, mereka tak dapat la gambar comel wanita tersebut seperti dijanjikan.

Ini kerana Wanita Cantik itu hanya akan mengirim gambarnya menerusi chat yang menggunakan salah satu daripada aplikasi tersebut.

Apabila tentera IDF menyatakan aplikasi itu tak sesuai dengan versi telefon pintar mereka, mereka akan pergi ke aplikasi yang seterusnya dan seterusnya.

Sebenarnya, mereka telah memasang malware di dalam telefon pintar oleh kerana gatal sangat nak tengok perempuan seksi dan menggoda.

Lebih malang, mereka turut mencadangkan kepada rakan rakan sesama tentera.

Jadi malware ini akan hidup dan berjalan di background telefon pintar mereka sambil menyedut segala informasi di dalamnya, termasuk, foto, video, chat, daftar kontak dan lain lain.

Dalang di sebalik semua itu adalah tentera Hamas, yang merupakan lelaki.

Seterusnya, malware ini juga menjadi gerbang kepada malware yang lain. Ada malware yang boleh melakukan screenshot pada telefon pintar IDF.

IDF tak pernah serik. Walaupun mereka mendakwa mereka pakar segala teknologi, tetapi ternyata mereka tidak mendidik askar mereka sebaiknya.

Teknik serangan dengan malware yang digelar social engineering ini pernah digunakan oleh Hamas untuk menyerang IDF, pada Januari 2017.

Ketika itu Hamas telah mencipta aplikasi berkaitan live score dan juga informasi Piala Dunia. Dan ketika itu sasaran mereka adalah tentera IDF yang kemudiannya beratus orang IDF yang terkena.

Perkara itu membuatkan IDF sangat kecewa dengan para pegawainya. Ada yang dikenakan tindakan.

Hamas juga mendapat ribuan informasi yang mereka perlukan ketika itu. Hal yang sama berlaku sekarang ini.

Maka benarlah apa yang dikatakan Jijo Alfonso Pereira, ada 3 masalah yang boleh menjatuhkan negara:

  1. Rasuah
  2. Tak menepati masa
  3. Cinggey

Dan beliau menyatakan masalah ketiga tu paling parah. Kau tengok IDF, punya sistem pertahanan dan juga teknologi canggih, sekali kena dengan cinggey.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.