Kisah Haller: Daripada Terlepas Pendaftaran UEL Kepada Pendahulu Kasut Emas UCL

Sebastian Haller menikmati debut impian setiap pemain bola sepak dalam UCL. Di mana beliau mencetak hatrik dan kemudian 4 gol dalam satu malam yang sama pada hari pertama.

Dan selepas 3 perlawanan, Haller kini menjadi pendahulu kepada senarai pesaing kasut emas UCL dengan enam gol.

Haller merupakan pemain yang dibeli Ajax dengan rekod pembelian pada musim lalu.

Sudah jatuh ditimpa tangga mungkin itulah perumpamaan yang paling tepat menggambarkan situasi di Ajax Amsterdam pada ketika itu.

Peminat Ajax Amsterdam dikejutkan dengan berita kesilapan bodoh pengurusan yang terlupa mendaftarkan nama Sebastian Haller dalam senarai pasukan UEL mereka.

Beli Mahal Tetapi Terlupa Daftar Dalam Skuad Europa

Ajax membeli Sebastian Haller dengan nilai £20 juta dan melalui proses yang agak rumit sepanjang rundingan. West Ham memberikan Ajax masa masa sukar.

Ajax mendapatkan Haller untuk beraksi dalam dua kejohanan utama iaitu Eredivisie dan UEL.

Namun apa yang berlaku dilaporkan bahagian pentadbiran telah terlepas pandang dan tidak mendaftarkan nama Sebastien Haller dalam skuad Liga Europa mereka.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah bermula dengan baik untuk Ajax pada musim tersebut. Ketika hari pendaftaran, dia sudah menjaringkan dua gol dan menambah empat assist dalam enam penampilan pertama dalam liga.

Tetapi nampaknya pemain berusia 26 tahun itu tidak dapat mewakili pasukan barunya dalam pertandingan Eropah musim ini, dengan kelab itu mengesahkan kesalahan dalam pendaftaran mereka.

Ajax mahu merayu perkara ini kepada UEFA dan berharap akan dapat mendaftarkan nama Haller. Kes ini agak jarang berlaku. Jadi Ajax cuma mampu berharap mereka akan diberikan pengecualian khas kali ini untuk mendaftarkan pemain di luar waktu pendaftaran.

“Dia memang tidak ada dalam daftar, kami berusaha mencari tahu apa yang salah,” kata jurucakap Ajax, Miel Brinkhuis.

“Kami telah menghubungi KNVB dan UEFA untuk perkara tersebut.”

Para peminat Ajax sangat bengang dengan perkara tersebut. Dan menganggap ia satu kesilapan bodoh yang tidak boleh dimaafkan.

Onana pula digantung

Pada hari berikutnya, sehari selepas Ajax sah gagal mendaftarkan Haller, Ajax menerima satu lagi tamparan hebat apabila penjaga gol mereka, Andre Onana dikenakan penggantungan 12 bulan.

Ajax mungkin harus berasa sedikit lega kerana hukuman itu tidak lebih berat daripada 12 perlawanan. Ini mungkin kerana UEFA mempertimbangkan situasi Onana yang ketika itu mengambil barangan terlarang untuk merawat kesakitan.

Tetapi Ajax tetap merasakan hukuman itu tidak wajar dan seharusnya dibatalkan ataupun dipendekkan.

Ajax dalam kenyataan rasmi mereka berkata:

Debut  UCL impian Haller

Sebastian Haller akhirnya menikmati malam Eropah selepas kesilapan Ajax musim lalu membuatkan pemain itu sekadar menjadi penyokong di rumah.

Dalam aksi berdepan dengan Sporting Lisbon, Haller menjaringkan 4 gol untuk membantu kelabnya menang 5-1 dalam aksi pembukaan UCL pada musim ini.

Aksi itu sangat bermakna selepas beliau terlepas aksi eropah musim lalu dalam pertandingan Europa League – kasta kedua dalam pertandingan eropah.

Selepas tamat perlawanan, Haller berkata: “Saya cuba untuk tidak terlalu emosional, sebab masih muda dan bermain dalam perlawanan seperti ini, ianya adalah satu impian.”

Dua perlawanan berikutnya, Haller menyumbang 1 gol dalam setiap perlawanan.

Ketika berdepan dengan Borussia Dortmund pada aksi ketiga, Haller terus cemerlang. Beliau menjadi pemusnah no.1 Dortmund.

Haller mencipta 2 assist dan menjaringkan 1 gol dalam perlawanan tersebut. Dan dengan cemerlang mencipta 5 peluang gol dalam satu perlawanan.

Siapa sangka pemain yang dianggap flop di West Ham ini benar benar pembelian yang sangat berbaloi untuk Ajax.