Kisah Haller, Pulih Dari Kanser Tahun Lalu Dan Menjadi Wira Negaranya Tahun Ini

Sebastian Haller sebelum ini berjuang melawan kanser dia dihidapinya. Dia terpaksa berehat panjang daripada dunia bola sepak untuk fokus kepada proses pemulihan.

Pemain Ivory Coast Sebastian Haller menjadi petarung yang berjaya melawan kanser. Dia ditandatangani oleh Dortmund musim panas 2023 sebagai pengganti Erling Haaland.

Ini selepas rekod luar biasanya bersama dengan Ajax. Bagaimanapun, sejurus selepas menyertai kelab itu, dia disahkan menghidap tumor testis malignan.

Dia memerlukan dua pembedahan dan empat sesi kemoterapi dalam perjuangannya melawan kanser.

Haller kembali beraksi pada Januari 2023, selepas enam bulan tersisih kerana berjuang melawan kanser.

Sebelum ini dia beraksi dalam pasukan belia sebagai langkah terakhir pemulihan kecergasan dan fizikalnya.

Akhirnya, dia berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Borussia Dortmund menentang SC Freiburg pada Januari tersebut.

Dan dia mencatatkan jaringan pada minit ke-51 untuk membolehkan pasukannya mendahului 3-1.

Raphaël Guerreiro menghayun hantaran lintang ke dalam kotak dan Haller menanduk masuk ke tiang belakang.

Gol itu membuatkan peminat bersorak terharu melihat kebangkitan Haller.

Apa yang menjadikan gol itu lebih istimewa ialah ia dilakukan pada Hari Kanser Sedunia.

Signal Iduna Park meletus ketika peminat meraikan gol Haller.

Dan semalam, dia menjadi wira negaranya apabila berjaya menjadi penjaring gol kejuaraan AFCON 2023 menentang Nigeria.

Kisah Haller ini benar benar luar. Kerana dia membuktikan bahawa dia adalah pejuang dan petarung sejati. Dan mengajar kita semua agar tidak pernah berputus asa.

Lebih menarik gol itu dilakukan di hadapan penyokong mereka sendiri. Kerana edisi AFCON 2023 kali ini diadakan di Ivory Coast.

Dalam perlawanan tersebut Nigeria mendahului menerusi William Troost Ekong pada separuh masa pertama.

Namun Frank Kessie menyamakan kedudukan pada minit ke-62.

Pada minit ke-81, giliran Haller menjadi wira negaranya untuk membolehkan mereka di hadapan. Nigeria tidak dapat membalas gol tersebut.

Dan Ivory Coast bergelar juara di bumi sendiri. Mereka selayaknya memenangi perlawanan setelah tampil dengan aksi sangat dominan.

Nigeria gagal untuk menunaikan hasrat rakyat negara mereka yang mahu melihat mereka bergelar juara.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali