Kisah Hatrik Sempurna Danny Butterfield Dan Mimpi Bini Neil Warnock

Kelmarin, Crystal Palace mengucapkan selamat harijadi kepada Danny Butterfield dengan memuat naik kembali video dia mencetak hatrik sempurna untuk pasukan itu. Ianya berlaku pada 13 tahun yang lalu, di mana ketika itu Palace berdepan dengan Wolves dalam aksi Piala FA.

Di mana pemain yang tak disangka sangka, Danny Butterfield telah mencetak hatrik dalam masa 6 minit 48 saat untuk membantu pasukannya menang 3-1 di Selhurst Park.

Namun sebenarnya satu kisah menarik di sebalik hatrik itu adalah, pemilihan Danny Butterfield untuk bermain di posisi serangan.

Ketika itu Palace dalam masalah, kerana kelab mereka sedang beada dalam pengawasan kerajaan akibat hutang terlalu banyak. Dan borpotensi muflis.

Di sebalik segala masalah yang melanda kelab itu, pengurus Neil Warnock telah menurunkan pemain bek kanan mereka, Danny Butterfield sebagai penyerang.

Kenapa?

Ianya kerana isteri Neil Warnock iaitu Sharon sebelum itu bermimpi bahawa Danny Butterfield akan menjadi penjaring gol kemenangan untuk Palace ketika menentang Wolves.

Percaya dengan petanda baik daripada mimpi isterinya itu, maka Warnock pun meletakkan Butterfield sebagai penyerang. Keputusan itu awalnya kurang disenangi peminat ketika melihat di atas team sheet, nama Butterfield adalah pemain penyerang.

Akhirnya pada hari itu pemain itu mencetak hatrik untuk pasukannya.

Perkara itu dikongsikan oleh laman HLTCO yang menulis:

“Saya tahu orang yang mengikuti akaun saya tidak tahu akan cerita tak masuk akal dari kisah ini, dan ini dia…”

“13 tahun lalu, pasukan Palace dikawal oleh pihak berkuasa, telah bermain menentang pasukan EPL, Wolves dalam aksi Piala FA – perlawanan ulangan di Selhurst Park. Neil Warnock meletakkan  pemain bek kanannya, Danny Buttefield di posisi penyerang kerana isterinya Sharon berminta pada malam sebelum itu.”

“Di mana dia bermimpi bahawa Danny Butterfield akan menjaringkan gol kemenangan pasukannya.”

“Butterfield kemudian berjaya menjaringkan hatrik sempurna [kaki kanan, kaki kiri, tandukan] dalam masa cuma 6 minit 48 saat. Kita menang 3-1.”

Kisah itu benar benar menarik perhatian netizen yang menganggap ianya nampak kelakar pun ada apabila seorang yang memiliki segala kepakaran dalam bola sepak masih dengar cakap isterinya apabila bini dia sudah bercakap.