Kisah Inspirasi Alphonso Davies: Juara Eropah Yang Lahir Di Kem Perlarian Ghana

Jika korang mencari satu kisah inspirasi untuk berjaya, maka kisah Alphonso Davies boleh berada dalam senarai anda.

Pemain muda Bayern Munich ini lahir di kem perlarian di Ghana pada tahun 2000. Namun 20 kemudian beliau berada di puncak dunia dengan menjulang Liga Juara-Juara Eropah.

Bayern Munich menjuarai Liga Juara-Juara Eropah 2019/2020 menewaskan PSG di final. Dalam pertarungan di Estadio da Luz, Bayern menang 1-0 menerusi jaringan Kingsley Coman.

Bagi Bayern, ini adalah gelaran ketiga yang diperoleh pada musim 2019/2020, sebagai treble.

Bayern sebelum ini memenangi Bundesliga dan DFB Pokal. Dalam Liga Juara-Juara, ini adalah gelaran keenam dalam sejarah.

Di sebalik kejayaan Bayern Munich musim ini, pemain muda bernama Alphonso Davies telah memainkan peranan pentingnya sepanjang musim ini.

Beliau melengkapkan musim cemerlanganya dengan menjadi pemain utama dan berjaya mengekang Angel Di Maria daripada menjaringkan gol.

Walaupun pada awalnya Davies agak gugup berdepan dengan Di Maria. Ianya kita fahami kerana beliau masih muda.

Namun perlahan lahan Davies mendominasi duel dengan pemain Argentina itu.

Anak Kem Pelarian Ghana

Ibu bapa Alphonso Davies berasal dari Liberia. Namun, mereka terpaksa melarikan diri ke Ghana kerana perang saudara di negara mereka.

Alphonso Davies dilahirkan pada 2 November 2000, di sebuah kem pelarian.

Pada tahun 2005, ibu bapanya membawanya berpindah ke Kanada. Alphonso Davies mendapat status kewarganegaraan Kanada pada tahun 2017.

Sebelum menjadi warganegara Kanada, beliau sudah mempunyai kerjaya yang cemerlang sebagai pemain bola sepak.

Pada tahun 2016, Alphonso Davies menjadi pemain termuda kedua yang membuat penampilan sulung di Major League Soccer [MLS] pada usianya 15 tahun.

Bayern Munich membelinya pada tahun 2017, tetapi hanya bergabung secara rasmi pada tahun 2019.

Bayern membayar €10 juta untuk mendapatkan perkhidmatan Alphonso Davies dari Whitecaps.

Pada masa itu, Davies masih bermain sebagai pemain sayap kiri.

Pada musim 2018/2019, Alphonso Davies sepatutnya bermain lebih banyak di akademi Bayern. Namun, beliau berjaya masuk ke dalam pasukan utama dan membuat enam penampilan di Bundesliga. Semuanya sebagai pemain gantian.

Musim pecah masuk

Alphonso Davies menunjukkan potensi besarnya pada musim 2019/2020. Beliau berjaya menggantikan dua pemain penting di posisi bek kiri Bayern, David Alaba dan Lucas Hernandes.

Lucas Hernandes adalah pemain termahal Bayern Munich. Oleh kerana prestasi cemerlang Davies di bek kiri, David Alaba telah ditarik untuk menjadi bek tengah.

Kehadiran Alphonso Davies dalam skuad Bayern Munich bukan sahaja menjadi pelengkap. Beliau bermain 29 perlawanan di Bundesliga, hanya lima kali sebagai pemain gantian. Alphonso Davies mencatat tiga gol sepanjang musim.

Di Liga Juara-Juara, Alphonso Davies bermain lapan kali daripada 10 perlawanan Bayern. Davies membantu Bayern menjadi juara setelah memenangi duel menentang pemain ternama seperti Angel Di Maria, Memphis Depay, dan Lionel Messi.

Beliau juga memberikan prestasi ikonik ketika berdepan dengan Chelsea. Dan tak lupa ketika beliau menggelecek beberapa pemain Barca untuk mencipta assist kepada Kimmich.

Jelas sekali Davies adalah pemain yang istimewa. Dengan ruang yang sangat banyak untuk beliau membangun. Ditambah dengan reputasi kelab seperti Bayern yang bagus untuk pembangunan pemain.

Thomas Muller memuji Davies sebagai pemain paling pantas bak roadrunner: “meep meep!”

Muller ketika itu berkata:

“Alphonso seorang pemain yang sangat bersungguh sungguh, dan sangat bertenaga, dengan tenaga yang ekstrim!”

“Kadangkala dia mungkin tak berada di posisi terbaik dalam padang, tetapi dia dapat lawan dia, ketika lawan mereka fikir: ‘Oh aku ada masa ni’, dan kemudian meep meep, itu dia Roadrunner FC Bayern datang dan merampas bola.”

 

Pernah ditolak Barcelona

Tahu tak korang yang Barcelona merupakan antara pasukan terawal berpeluang untuk mendapatkan Alpohonso Davies.

Malah mereka sebulan lebih awal untuk melakukannya daripada Bayern Munich.

Namun mereka menolak peluang itu dengan alasan yang sangat pelik dan tak masuk akal daripada tuan Presiden mereka, Bartomeu.

Hristo Stoichkov berkongsi cerita, bahawa beliau sudah mengesan bakat pemain tersebut dan mencadangkannya kepada pengurusan tertinggi Barca.

Wartawan Omar Tapia menulis di Twitternya: “[Hristo] Stoichkov pergi bercakap dengan Bartomue kira kira sebulan sebelum Davies menyertai Bayern.”

Tetapi, jawapan yang beliau terima sangat mengecewakan. Bartomeu berkata: “Dia orang Kanada, maaf tak nak.”

Hanya kerana Davies pemain berasal dari Kanada, alasan Bartomeu menolak untuk mendapatkan pemain tersebut.

Bayern kemudian menyambar pemain bek kiri itu dari Vancouver Whitecaos dengan nilai sekitar €10 juta pada 2019. Dan setahun kemudian Davies menjadi instrumental penting dalam pembantaian Barcelona oleh Bayern dalam suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

Jika Barcelona ketika itu mendapatkan Davies, sudah pastinya mereka sudah memiliki back up dan pengganti kepada pemain veteran Jordi Alba.

Dan sebagai tambahan, Alphonso Davies sangat meminati Lionel Messi. Sebelum perlawanan Bayern menentang Barca, Davies menyatakan bahawa ayahnya menghubungi kerana teruja kerana Davies bakal berdepan dengan idolanya Lionel Messi.

“Ayah saya call saya dan dia seperti: ‘Jadi kamu akan menentang pemain kegemaran kamu, saya tahu.’ Saya kata: Ya! Dan kami berdua bergelak.”

“Kami berdua seolah olah tak percaya. Kerana ayah tahu saya mengikuti aksi Messi sejak saya masih kecil.”

Davies pastinya menjadi salah seorang bakat yang sangat diberikan perhatian di Eropah pada ketika ini.

Seorang peminat Barca kemudian membayangkan di alam yang berbeza / alternate universerse, kembali ke masa lalu.

Di mana ketika itu scouting Barca menemui Lionel Messi dan mecadangkannya kepada Bartomeu.

Pemain muda dari Argentina itu ada masalah dengan hormon tumbesaran dan ibu bapanya setuju untuk melepaskan anak mereka ke akademi Barca dengan syarat Barca membiayai perubatannya.

Pasti Bartomeu akan menolaknya dan berkata: “Ini sudah melampau, dah la dia pendek, dia tak akan jadi pemain yang bagus.”

Davies seorang pemain yang sangat laju serta penggelecek yang bagus. Beliau kini menjadi salah seorang pemain muda terbaik di Eropah dalam masa yang sekejap sahaja.