Pada tahun era 90-an, Mexico dianggap memiliki pasukan yang sentiasa tampil unik dalam arena bola sepak.
Ini termasuk penjaga gol legenda mereka iaitu Jorge Campos. Dia mengejutkan dan mengujakan peminat dengan pelbagai cara.
Daripada saiz badannya yang kecil, kelincahan dan juga stail jersinya. Campos merupakan penggila fesyen dan dia dikatakan mereka sendiri jersinya.
Dia sukakan jersi yang menarik perhatian dengan motif dan warna yang menonjol. Kerana menurut Campos, salah satu keunikan penjaga gol adalah jersi. Di mana penjaga gol tidak sama jersi dengan pemain padang yang lain.
Tingginya cuma 174sm sahaja. Ukuran yang agak pendek untuk penjaga gol.
Tidak cukup dengan itu, Campos juga memiliki keupayaan menjaringkan gol kerana dia juga mampu bermain sbagai penyerang.
Jorge Campos dilahirka di Acapulco, Mexico, yang bandar pelabuhan besar dengan pantai yang menjadi destinasi perlancongan.
Dia banyak menghabiskan masanya tinggal di pantai dan mandi laut. Selain itu, Campos juga bermain bola sepak di pantai bersama rakan rakannya.
Oleh kerana tempat tinggalnya yang menjadi tumpuan pelancong, maka dia mulai mendapat ilham mahu menggayaakan jersi bola sepak dengan stail tersendiri.
Karier bola sepak profesional Campos bermula dengan Universidad Nacional aka UNAM-Pumas.
Awalnya dia memang bersaing untuk merebut posisi penjaga gol. Oleh kerana fizikalnya yang kecil, dia cuma menjadi pilihan ketiga atau keempat.
Bosan duduk di bangku simpanan, Campos minta diturunkan sebagai penyerang.
Dia diberikan peluang beraksi dalam beberapa perlawanan. Namun oleh kerana kelab berdepan dengan krisis prestasi penjaga gol, Campos diberikan peluang untuk menonjolkan dirinya.
Dia menggunakan kesempatan itu sebaiknya dan menjadi penjaga gol utama kelab pada musim berikutnya.
Ajaibnya, ketika menjadi penjaga gol, pada musim pertama sebagai penjaga gol utama, Campos berjaya membantu Pumas menjadi juara Liga Mexico.
Ketika dia menjadi pemain utama kelab, Campos mulai mencipta kostum jersinya sendiri. Kostum itu dihasilkan di Acapulco oleh sebuah kedai yang seringkali menjadi tempat dia membeli pakaian.
Namanya terus meningkat naik, dan tidak disangka sangka, selepas itu Nike telah menandatangani kontrak tajaan dengan Campos kerana keunikannya.
Pada tahun 1990, Persatuan Bola Sepak Mexico bekerjasama dengan Umbro. Dengan kontrak ini, semua pemain pasukan kebangsaan diwajibkan memakai jersi Umbro. Berlaku konflik antara Campos dan pasukan kebangsaan.
Campos enggan mematuhi kontrak dengan Umbro. Oleh kerana nama Campos sangat popular di kalangan peminat, FA Mexico setuju dengan syarat khas membenarkan Campos memakai jersi rekaannya sendiri dalam temasya Piala Dunia 1998.
Keputusan FA Mexico itu ternyata memberikan manfaat kepada pasukan mereka dari segi publisiti. Di mana dalam Piala Dunia 1998, Mexico menarik perhatian peminat seluruh dunia. Sebelum ini tak ramai yang mahu menonton pasukan kerdil seperti Mexico.
Daripada tertarik untuk melihat Campos, peminat juga melihat bakat bakat lain dalam pasukan Mexico 1998 terutama sekali Luiz Hernandez yang menjaringkan 4 gol dalam temasya tersebut.
Campos kemudian menyertai MLS dan dia masih diberikan kontrak khas untuk memakai jersi rekaan dia sendiri.
Bukan itu sahaja, Campos juga pernah memakai jersi no.9 ketika menjaga gawang.