Kisah Kaka Yang Tak Mahu Milan Bayar Gajinya Sehingga Dia Pulih Sepenuhnya

Cinta Kaka kepada AC Milan tidak pernah berubah dan bukan gimik semata mata. Dia menyertai Real Madrid pada ketika dia merasa sangat selesa di bandar Milan.

Namun Kaka menerima tawaran itu yang boleh membantu meringankan beban kewangan yang melanda AC Milan pada masa itu.

Kaka pernah menerima tawaran daripada kelab kelab besar lain sebelum itu, namun ia tak cukup untuk menggoyahkan cintanya kepada Milan. Kaka sangat sayangkan Milan. Kerana kelab itu membantu mengasah bakatnya.

Kelab yang membawa dia ke Eropah dan memberikannya peluang menonjolkan dirinya. Di San Siro, Kaka menjadi kesayangan peminat.

Ada satu lagi kisah menarik tentang Kaka. Ketika dia menjadi ejen bebas, tamat kontrak dengan Real Madrid, Kaka menerima tawaran daripada AC Milan. Kaka menyatakan bahawa itu adalah satu satunya tawaran yang dia benar benar tunggu.

Ketika pulang ke AC Milan, Kaka menerima pengurangan gaji 50% daripada apa yang dia dapat di Real Madrid sebelum itu. Banyak lagi kelab lain yang menawarkan gaji lebih besar malah lebih tinggi daripada apa yang dia dapat di Madrid termasuk daripada kelab Arab.

Namun ketika menyertai AC Milan, Kaka mengalami kecederaan selepas aksi berdepan dengan Torino pada perlawanan ketiga Serie A.

Dan Kaka perlu berehat panjang.

Kaka kemudian memberitahu kelabnya bahawa dia tak mahu dibayar sesen pun untuk khidmatnya sepanjang masa dia di pusat rehabilitasi dan rawatan.

Kaka mengeluarkan kenyataan: “Saya tidak mahu apa-apa daripada Milan kecuali kasih sayang dan sokongan dari anda semua sehingga saya kembali ke keadaan yang lebih baik.”

“Atas sebab ini, saya telah memutuskan untuk menangguhkan gaji saya untuk tempoh sementara.”

Kenyataan pemain Brazil ini disahkan oleh Adriano Galliani. Naib presiden Milan memuji sikap Kaka yang enggan menerima bayaran. Malah Kaka dengan rela hati menyatakan bahawa dia menerima kalau kelab hanya membayar gajinya berdasarkan penampilan sahaja selepas dia pulih kelak.

“Dia layak mendapat thums up,” kata Galliani ketika itu.

“Kaka telah membuat langkah luar biasa dalam keputusannya untuk tidak menerima bayaran apabila dia cedera. Kaka menangis ketika bercakap dengan saya melalui telefon semalam,” kata Galliani lagi.

Itulah satu satunya kelab yang membuatkan Kaka berkorban berjuta euro dalam kariernya. Termasuk sanggup berpindah ke Real Madrid yang ketika itu sangat asing baginya dari segi sistem taktikal dan sebagainya.

Kaka akan selamanya digelar lagenda di San Siro. Malah ramai yang melabel pasukan Milan ketika itu sebagai pasukan era Kaka. Merujuk kepada betapa hebatnya Kaka yang menjadi bintang utama Milan.

Baca yang lain