Didier Drogba menempa kejayaan dalam banyak pertandingan di arena bola sepak. Namun rasanya tak satu yang boleh menandingi apa yang beliau pernah lakukan di luar padang.
Ini apabila Drogba berjaya menghentikan perang saudara di negaranya dengan hanya sebiji bola.
Ia bukan kisah rekaan. Ianya benar-benar berlaku pada satu ketika dahulu.
Awal karier
Drogba lahir dan dibesarkan di pertempatan yang padat Abidjan, Ivory Coast. Beliau keluar dari Afrika pada usia lima tahun untuk ke Perancis.
Ibunya terpaksa meminta bantuan abangnya itu untuk membesarkan Drogba kerana kemisikinan yang mereka hadapi di Ivory Coast.
Di Perancis beliau tinggal dengan ayah saudaranya Michel Goba, seorang pemain bola sepak profesional yang yang bermain di divisyen 2 Perancis.
Ibunya meminta pak ciknya menjadikan Drogba seorang yang berjaya dalam pendidikan.
Namun malangnya, pak cik Drogba ingkar dengan permintaan ibu Drogba. Di mana beliau melihat Drogba ada masa depan cerah dalam arena bola sepak.
Lalu Goba dengan tanpa rasa bersalah mendaftarkan Drogba di sebuah akademi.
Namun korang jangan salah anggap. Drogba pun seorang yang bijak sifir dan pandai belajar. Beliau berjaya belajar sehingga ke menara gading.
Drogba merupakan graduan Universiti Maine. Pada masa yang sama beliau berjaya membahagikan masa dengan akademi Le Mans.
Selepas cemerlang di akademi, bakat Drogba menarik perhatian kelab besar Perancis, iaitu Marseille. Marseille masa ni power nak oi.
Beliau berjaya mendapatkan kontrak profesional dengan Marseille selepas kelab itu menebus pampasan pembangunan beliau dengan Le Mans sebanyak €4 juta. Masa tu untuk pemain remaja yang dibayar €4 juta sangat mahal.
Selepas cemerlang bersama Marseille, Drogba menjadi perhatian Chelsea yang baru kaya raya ketika itu di bawah pemilikan baharu Roman Abramovich.
Jurulatih baru Chelsea, Jose Mourinho sangat berkenan dan terpikat dengan Drogba. Beliau akhirnya sah menyertai The Blues.
Chelsea membayar £24 juta untuk kanda Drog dari Marseille. Terlalu banyak kejayaan beliau dengan The Blues.
Beliau antara pemain terbaik dalam sejarah Chelsea dan EPL bersama dengan Lampard, John Terry dan Petr Cech.
Drogba menjadi pemain Afrika pertama yang mencetak 100 gol di Liga Perdana Inggeris.
Selain menjadi kebanggaan benua Afrika, Drogba telah meninggalkan jejak sejarah yang tak terlupakan bagi rakyat Ivory Coast.
Kehebatan Drogba ni sampai di negaranya ada satu wilayah kecil di Abidjan menggunakan nama Drogbakro.
Pemimpin wilayah tersebut, Kouassi Augustin, mengakui yang seluruh penduduk di Drogbakro sangat mengidolakan abang long Didier Drogba.
Drogba The Peacemaker
Pada Oktober 2005 Drogba dan rakan-rakannya berjaya mengalahkan Sudan 3-1 dan membawa negara mereka melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman.
Namun di sebalik kegembiraan Drog dan teman – temannya itu, terselit sedikit kesedihan.
Di mana ketika itu negara mereka sedang berlaku perang saudara dan telah mengorbanka lebih 4,000 nyawa dan kira-kira lagi menderita atas pelbagai faktor.
Pada suatu hari, kapten Ivory Coast itu, iaitu kanda Drogba telah menjemput media untuk masuk ke bilik persalinan mereka.
Drogba meminta mikrofon. Mereka semua, para pemain. berlutut di depan kamera dan mengatakan: “Wahai rakyat Ivory Coast dari utara, selatan, tengah, dan barat.”
” Kami berlutut memohon kepada korang semua untuk saling memaafkan.”
“Negara besar seperti Ivory Coast ini tidak seharusnya untuk terus-menerus karam dan tenggelam di dalam kekacauan. Letakkanlah senjata kalian semua dan saling memaafkanlah.”
Permintaan Drogba di bilik persalinan itu tidak sia-sia. Ini apabila puak pemerintah dan para puak pemisah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata mulai berdamai.
Pada awal 2007, kedua belah pihak menandatangani satu perjanjian damai rasmi yang menandakan berakhirnya perang saudara.
Itulah kisah Didier Drogba. Selain daripada seringkali menjadi penyelamat Chelsea dan Ivory Coast di atas padang, beliau juga penyelamat negaranya untuk kali itu, di luar padang.