Kisah Kante Kahwin Bekas Isteri Cisse Berusia 48 Tahun, Berikan Dia 50% Hartanya Dan Setuju Tak Perlu Berzuriat

N’golo Kante kini sedang berbahagia bersama dengan isterinya, Jude Littler. Namun begitu peminat agak risau dengan pemain itu.

“Kante ni nampak bijak dalam padang, namun di luar padang, dia sedang membuatkan saya risau,” kata seorang peminat.

Kenapa? Ini kerana Kante dikhuatiri akan menjadi mangsa kepada Jude Littler yang sebelum ini dilabel oleh Djibril Cisse sebagai pisau cukur.

Jude Littler sebelum ini mendapat berjuta juta wang pampasan peceraian dengan bekas pemain Liverpool, Djibril Cisse. Dan peminat mengingatkan Kante agar mengikuti cara Achraf Hakimi yang meletakkan hartanya atas nama ibunya.

Ramai peminat berharap Kante berjumpa dengan Hakimi dan mendapatkan nasihat pemain itu sebelum apa apa berlaku.

Kante sebelum ini menyertai kelab Arab Saudi, Al Ittihad, dan dia sangat berahsia tentang kehidupan peribadinya dan keluarganya. Pemain itu dilaporkan memiliki kekayaan lebih €25 juta.

Dia menjadi antara pemain  elit di Eropah selepas membantu Leicester menjuarai EPL dan kemudian menjuarai EPL bersama Chelsea. Dalam kariernya dia sudah memenangi EPL, FA Cup,  UEFA Europa League,  UEFA Champions League,  UEFA Super Cup, dan FIFA Club World Cup. Dia turut menjadi juara Dunia bersama Perancis.

Kante pernah memenangi Premier League Player of the Season, serta PFA Players’ Player of the Year, dan FWA Footballer of the Year, UEFA Men’s Midfielder of the year danTrophées UNFP untuk Best French Player Abroad dua kali.

Namun peminat kasihan dengan Kante. Selepas dia berkahwin dengan bekas isteri Djibril Cisse, selebriti program tv realiti iaitu Jude Littler. Wanita itu jauh lebih tua daripadanya, berusia 48 tahun pada tahun 2024 – 15 tahun lebih tua daripada Kante. Dia sebelum ini  bercerai dengan Cisse selepas 7 tahun berkahwin.

Menurut laporan, Litter dan Cisse kahwin dalam majlis bernilai lebih €120 ribu di Denbighshire, United Kingdom. Dan kemudian ada parti tertutup di Bodelwyddan Castle hotel. Seramai 200 tetamu hadir termasuk bintang seperti Steven Gerrard, Zinedine Zidane dan Thierry Henry.N

Setelah beberapa kali rumah tangga bermasalah, kedua dua pasangan memutuskan untuk bercerai. Ini seleaps Cisse didakwa mengasari isterinya yang ketika  itu masih mengandung. Cisse menafikan perkara itu.

Cisse kemudian mengecam Jude secara terbuka selepas dia menyangkan kekayaannya di dalam satu program tv. Cisse bengang kerana sebelum ini wanita itu menuntut pampasan perceraian yang tinggi daripadanya atas alasan dia tak cukup duit untuk membesarkan 3 anak mereka.

Cisse menambah: “Kamu tunjukkan perkara macam ni di tv awam, memang tak betul kau ni.”

Jude Littler ada reputasi yang teruk selepas itu. Kerana dia sebelum itu menyatakan Cisse culas memberikan wang nafkah kepada  anak mereka. Sedangkan pemain itu menegaskan dia tak pernah putus memberikan wang belanja.

Ditanya sama ada dia dah serik berkahwin dengan bintang bola sepak, Jude berkata: “Saya tak pernah kata begitu, namun apa yang pasti saya dah banyak belajar.

Perceraian itu membawa kepada pampasan yang tinggi diterima Jude Littler. Dan beberapa tahun kemudian dia bertemu dengan Kante di  majlis keramaian – menurut laporan.

Kante jatuh cinta padang pertama dan mereka sangat berahsia tentang hubungan percintaan dan kemudian perkahwinan mereka. Ada juga laporan menyebut, kedua duanya masih belum rasmi berkahwin. Cuma dikira pasangan hidup. Ini kerana Kante tidak mahu berkongsi langsung perkara itu.

Jude Littler sudah menjadi selebriti, hos rancangan tv dan juga usahawan. Dia juga pernah menjadi model, kerjaya yang dia kemudian tinggalkan.  Dia menjana pendapatna jutaan dollar setahun.

Jude Littler kemudian menyatakan bahawa dia dan Kante memutuskan untuk tidak berzuriat. Kerana Jude Littler mahu membesarkan anak anaknya bersam Cisse. Kante setuju untuk membesarkan 3 orang anak Jude Littler bersama dengan Cisse seperti anak dia sendiri.

Peminat mulai rasa Kante harus lebih tegas dalam perkara ini dan perlu untuk mendapatkan zuriat dia sendiri dengan isterinya bukannya berhabis duit membesarkan anak tirinya semata mata.

Kemudian Kante juga dikatakan setuju untuk perjanjian pembahagian harta sepencarian 50% dengan isterinya.