Kisah Kejatuhan Blackberry Kerana CEO Mereka Yang Pandang Rendah iPhone

Pawal 2000-an, BlackBerry adalah telefon pintar yang paling popular dan kemahsyurannya bertahan hampir sedekad sebelum menemui kehancuran.

Kedatangan iPhone pada tahun 2007 dan kemudian kegilaan kepada Android, telah mengubah segalanya. Seterusnya sikap pandang rendah dan kurang waspada oleh BlackBerry kepada iPhone merupakan punca utama kejatuhannya.

Dalam buku Losing the Signal: The Untold Story Behind the Extraificent Rise and Spectacular Fall of BlackBerry, oleh Jacquie McNish dan Sean Silcoff. Banyak perkara yang diceritakan dalam buku ini mengenai kenaikan dan kejatuhan BlackBerry, yang dulu disebut Research in Motion (RIM).

Blackberry Messenger dianggap salah satu produk terpenting dan berpengaruh dalam sejarah telefon pintar. Ianya menjadi kegilaan ramai satu ketika dahulu.

Seterusnya, orang orang kenamaan dan menteri semua memakai Blackberry kerana ianya dianggap sangat elegan dan paling selamat dari segi keselamatan.

Kebangkitan iPhone

Pada tahun 2007, Steve Jobs memperkenalkan iPhone generasi pertama. Dia menunjukkan telefon dengan skrin sentuh. Ketika itu Jobs memfokuskan telefon pintar yang mementingkan hiburan dan juga akses kepada peta.

Lazaridis ketika itu menganggap iPhone bukanlah pesaing mereka dan merasakan bahawa mereka tidak akan berada di landasan persaingan yang sama.

Balsillie menyatakan dia sangat kagum melihat fungsi dan apa yang mampu dilakukan Iphone, pada masa yang sama, menegaskan bahawa BlackBerry baik baik sahaja.

“Mereka memang sangat bagus. Perkara ini berbeza. Tidak apa-apa, tapi kami akan baik-baik saja,” jawab Jim Balsillie.

“Ini bukan ancaman bagi perniagaan utama RIM. IPhone tidak selamat, bateri habis dengan cepat dan papan kekunci digital sukar untuk digunakan,” kata Larry Conlee, penasihat kepada Lazaridis.

Walaupun iPhone banyak terjual terutama sekali di pasaran Amerika, bos RIM berpendapat ia terhad kepada pengguna yang lebih suka membuka YouTube dan perkhidmatan internet lain daripada kecekapan dan keselamatan.

Dua perkara itu adalah kunci utama kepada BlackBerry pada masa itu, iaitu keselamatan tahap tinggi.

Ternyata revolusi telefon pintar selepas itu menyaksikan pengguna memang menekankan aspek hiburan, melayari laman web, media sosial dan YouTube juga.

iPhone terlalu dipandang rendah pada awal kelahirannya. Bateri hanya bertahan lapan jam, sambungannya hanyalah 2G. Ketua pegawai teknologi RIM lagi teruk mengina iPhone dengan menyatakan bahawa telefon pintar seperti itu seharusnya berkubur dan gagal, malangnya ianya tidak berlaku.

“Dengan semua faktor ini iPhone seharusnya gagal, tetapi tidak berlaku,” kata David Yach, Ketua Pegawai Teknologi RIM.

Semakin ramai pengguna membeli iPhone walaupun harganya ketika itu sangat mahal.

“Saya belajar bahawa kecantikan reka bentuk penting. Orang mahu membeli produk ini,” tambah Yatch yang menyindir pengguna membeli iPhone hanya untuk nampak bergaya.

Penjualan tiga bulan pertama, iPhone telah terjual lebih dari satu juta unit.

RIM terus silap perkiraan

RIM terus gagal menanggarkan ancaman iPhone kepada mereka, kerana terlalu memandang rendah dan merasakan produk mereka adalah penanda aras dunia teknologi telefon bimbit ketika itu.

Selepas mulai terkesan dengan iPhone, RIM memutuskan untuk mengeluarkan BlackBerry Storm dengan navigasi skrin sentuh. Pada mulanya, produk ini laris kerana nama BlackBerry masih popular dan disokong oleh pemasaran yang besar. Tetapi berlaku banyak masalah, kerana produk tersebut dianggap separuh siap, hanya dipasarkan kerana panik.

Penyemak imbas pada telefon tersebu perlahan, skrin sentuh sukar digunakan dan sering berdepan banyak masalah. Ramai pengguna tidak membelinya. Dan akhirnya Storm dilihat sebagai produk yang gagal. Banyak komponen yang rosak dan mesti diganti, menyebabkan kerugian bukan hanya untuk RIM tetapi pengendali yang memasarkannya.

Semakin ramai peniaga tidak mahu dikaitkan dengan Storm.

Buat pertama kalinya setelah kejayaan luar biasa hampir semua telefonnya, RIM mempunyai produk yang gagal.

“Semua orang kecewa kerana kegagalan Storm. Semangat dalam organisasi kami  telah merosot,” kata COO RIM , Don Morisson pada 2015.

Tetapi Lazaridis menegaskan Storm bukanlah satu kegagalan. Lazaridis dengan selamber menyatakan bahawa, Storm hanyalah percubaan pertama RIM menggunakan teknologi baru.

Ia membuatkan ramai pembeli telefon itu marah kerana mereka bereksperimentasi dengan barang yang dianggap tidak siap lagi.

Lazaridis kemudian menekankan bahawa Storm tetap menawarkan speaker yang bagus serta bateri yang boleh ditukar ganti.

Dan Lazaridis memberikan jaminan bahawa Storm 2 akan menjadi lebih baik. Malang sekali ianya menemui kegagalan yang sama.

Iphone pula terus menuai kejayaan. Dan kebangkitan banyak jenama dengan Android membuatkan Blackberry terus jatuh. RIM tetap yakin telefon pintar mereka masih terbaik kerana ramai pengguna akan lebih selesa dengan papan kekunci fizikal pada telefon berbanding sepenuhnya pada skrin sentuh.

Sekali lagi mereka silap perkiraan. Kerana telefon pintar lain berebut rebut membangunkan keupayaan skrin sentuh mereka dan Blackberry masih dengan usaha dengan keyboard mereka.

Itulah kisah Blackberry yang riak ketika berjaya dan diterajui orang orang yang ego dan poyo di organisasi mereka.

Kini mereka masih cuba bangkit dan menyaingi pengeluar telefon pintar lain. Malangnya, nama Blackberry semakin dilupakan. Sejak 2015, Blackberry mulai menghasilkan beberapa siri telefon berasaskan Android, tetapi mereka hanyalah jenama yang asing pada ketika ini.

Sikap terlalu berada di zon selesa dan memandang rendah inovasi seperti keyboard di skrin serta bateri yang kekal dalam telefon juga antara contoh sikap mereka tidak memikirkan inovasi bergerak seiring dengan zaman.

Namun tiada siapa boleh menafikan revolusi dan kegemilangan mereka. Serta kepentingan mereka dalam membantu memacu industri telefon pintar pada satu ketika dahulu.

Baca yang lain