Sebenarnya di dalam bola sepak, ada banyak cerita perpindahan yang tidak masuk akal dan kelakar bagi sesetengah orang.
Namun rasanya ini antara kisah yang paling pelik, apabila yuran perpindahan pemain adalah melibatkan daging babi sebagai ‘matawang’ dalam transaksi perpindahan.
Ianua bukan kerana pemain itu berperangai seperti babi yang tak bagi signal kat jalanraya tu, tak! Ianya kerana kelab merasakan daging babi masa tu bernilai dan ada kebolehpasaran yang tinggi.
Ion Radu yang dibeli dengan daging babi
Cerita ini berlaku di Liga Romania – di liga divsyen 1 mereka pada 1988. Kelab CS Juil Petrosani berhadapan dengan krisis kewangan yang teruk.
Mereka mahu melepaskan beberapa pemain yang bergaji tinggi. Kerana perlu mendapatkan wang untuk membayar hutang dan tunggakan gaji para pemain.
Malang sekali ketika itu sangat sukar untuk mendapatkan wang perpindahan hasil daripada penjualan gaji pemain. Sebab di Romania bukan macam di liga utama Eropah lain.
Mereka bukannya liga yang benar benar melakukan perniagaan dengan nilai tinggi pada ketika itu. Sama la macam liga Malaysia kita ni. Tunggu free agent je senang. Tapi bezanya kita di sini tak beli pemain dengan babi walaupun apa terjadi.
Akhirnya mereka mendapat idea dengan menjual pemain mereka dengan opsyen yang lain.
Kelab Chimia Ramnicu Valcea berminat dengan pemain mereka iaitu Ion Radu. Pasukan CS Juil Petrosani tersingkir daripada liga utama.
Kelab Chimia Ramnicu Valcea merupakan pasukan yang ketika itu baru tersingkir ke divisyen empat.
Jadi mereka mahu melepaskan beberapa pemain mereka. Dan kedua dua kelab akhirnya menemui kesepakatan bahawa perpindahan Ion Radu itu akan melibatkan bayaran dengan daging babi dan juga daging lembu.
500 stok daging babi dibawa masuk
Selepas beberapa siri perbicangan di antara kedua dua kelab, akhirnya Chimia Raminicu Valcea setuju membayar perpindahan Ion Radu dengan 500 kg daging babi.
Selepas pernjanjian itu dimeterai, Pengerusi Petrosani sangat gembira dengan menerima 500 kg daging babi itu.
Menurut Presiden kelab, jumlah 500 kg babi dan daging lembu itu cukup untuk membayar tunggakan gaji yang mereka hadapi pada ketika itu.
Mereka akan menjual daging daging tersebut di pasar. Dikatakan mereka berjaya mendapat sekitar £1,750 daripada penjualan daging tersebut ataupun sekitar RM9,530.
Apa yang kita boleh pelajari daripada perkara ini, sesebuah kelab itu kenalah berusaha sedaya upaya untuk membayar tunggakan gaji pemain.
Gunakanlah kreativiti dalam melakukan aktiviti jual beli pemain. Tak semestinya kau ikut dia dengan menerima 500 kg daging babi.
Ada banyak cara lagi boleh difikirkan dalam memastikan akaun kewangan pasukan dapat diseimbangkan.
Namun perpindahan itu pun dikatakan agak babi juga, apabila Ion Radu gagal beraksi cemerlang dan membuatkan pasukannya terus bergelut dengan prestasi.
Ingat senang ke nak bagi 500 kg babi kepada lawan. Eh babilah ending cerita ni.