Kisah Kelakar Micah Richards, Dipanggil Mengejut Setelah Mabuk

Micah Richards berkongsi kisah kelakar dia ketika di Man City. Di mana dia pernah hampir kantoi mabuk ketika di hotel pasukan.

Menurut Richards, Manuel Pellegrini seorang yang sangat jelas tentang kesebelasan utama yang dia akan gunakan. Dia ketika itu baru kembali dari kecederaan hamstring.

Dan dia yakin dia tak akan diturunkan beraksi. Namun dia dibawa bersama pasukan sebagai langkah untuk back up plan kalau ada kecemasan pada saat akhir.

Bercerita dalam podcast dengan Gary Lineker dan Alan Shearer, Micah memberitahu: “Kamu sebenarnya sangat tahu yang kamu tidak akan bermain,

Micah Richards telah mengaku meneguk 10 pint minuman daripada minibar di blik hotelnya pada malam sebelum perlawanan semasa beliau di Manchester City.

Richards pemain yang dinaikkan melalui akademi City telah memecah masuk pasukan utama dan berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala FA bersama kelab itu.

Tetapi dia menghadapi beberapa masalah kecederaan pada peringkat akhir kariernya di City, memaksa dia kerap terlepas perlawanan.

Dia ketika itu sangat yakin dia tak akan beraksi dan memutuskan memanfaatkan sepenuhnya alkohol yang ada di dalam bilik hotelnya.

“Saya baru sahaja kembali dalam skuad dengan (Manuel) Pellegrini dan anda cukup tahu jika anda akan diketepikan,” jelas Micah Richards kepada Gary Lineker dan Alan Shearer pada podcast The Rest is Football.

“Anda semacam melancong jika ada yang cedera. Jadi saya ingat perjalanan ke suatu tempat untuk perlawanan away, tidak ingat ke mana kami pergi. Saya tahu saya tidak bermain, baru kembali dari kecederaan, baru kembali ke dalam pasukan.”

Oleh kerana di biliknya ada alkohol dalam peti sejuknya, dia mulai terfikir bahawa dia benar benar tidak akan bermain langsung dan hanya dibawa sebagai pelancong.

“Jadi kami kembali ke hotel, dan biasanya mereka mengeluarkan semua alkohol anda dari peti sejuk pemain. Kerana saya mungkin dibawa lewat masuk ke dalam skuad, di bilik saya, ada semua alkohol itu di dalam peti sejuk saya [mereka tidak mengeluarkannya]. Jadi saya berfikir.”

“Saya baru kembali dari kecederaan, saya tidak akan bermain, saya akan minum satu je la”.

“Daripada satu kepada dua, dua bertukar kepada tiga, sebelum anda tahu saya sudah 10 pint minuman!’

Selepas memanfaatkan bar mini itu sepenuhnya, Richards berehat dan menganggap dia tidak mungkin tampil pada hari berikutnya.

Walau bagaimanapun, panggilan telefon pada pagi perlawanan mengubah semua itu, dan dia terus menjadi panik tentang kemungkinan terpaksa bermain semasa sedang menahan sakit kepala untuk pulih daripada mabuk, menyebabkan dia mendedahkan kepada doktor kelab tentang minum lewat malam pada petang sebelumnya.

Richards meneruskan ceritanya: “Saya mendapat panggilan pada waktu pagi, ada seseorang cedera. Saya tidak pernah begitu gementar dalam hidup saya!”

“Jadi, dan orang ramai tidak tahu perkara ini, anda mempunyai hubungan rapat dengan doktor, fisio dan kemudian hubungan yang berbeza dengan pengurus. Jadi, doktor dan fisio sentiasa cuba melindungi anda jika boleh.”

“Pengurus bertanya “adakah kamu boleh bermain atau tidak bermain?” Jadi saya akan berkata: “Saya tidak bersedia bos, hamstring saya rasa tak ok.” atau ini. Tapi dengan doktor dan fisio kamu akan cakap, saya dah mabuk semalam, boleh tak kamu tolong saya cipta alasan, saya tak boleh berada dalam skuad, saya memang tak boleh ni.”

“Dan nasib baik, ada pemain gantian lain didaftarkan di bangku simpanan dan meneruskan perlawanan. Jadi saya tidak perlu beraksi, namun ini adalah satu kisah benar.”

Perkongsian nakal Richards itu  menarik gelak ketawa daripada Lineker dan Shearer, dengan kedua-dua mereka terkejut dengan cerita itu.

Shearer kemudian bertanya: “Bagaimana kita boleh sampai sejauh ini? Kita kan sedang membuat reviu EPL untuk hujung minggu.”

Lineker menjawab: ‘Tidak mengapa, ini podcast, kita melakukan apa yang kita mahu.”

Pellegrini menghantar Richards secara pinjaman ke Fiorentina selepas hanya semusim bekerja dengannya.

Ia bukan satu-satunya kisah minum Richards dari zamannya di City, kerana dia sebelum ini mendedahkan pada 2021 bahawa dia membelanjakan $150,000 pada satu malam di Los Angeles apabila gajinya dinaikkan kepada £50,000 seminggu.

Shearer juga menggeleng kepala mendengar cerita itu, dan dengan nakal menjawab: “Itu pasti sebab nak mabuk sialan!”

Richards kemudiannya dipinjamkan oleh City ke kelab Serie A Fiorentina pada 2014 selepas bermain di bawah Pellegrini untuk hanya satu musim.

Dia meninggalkan City secara kekal pada musim panas berikutnya untuk menyertai Aston Villa secara perpindahan percuma, bermain di empat tahun terakhir kariernya di kelab Midlands itu sebelum meletakkan kasutnya pada 2019 untuk berpindah ke bidang pundit di tv.