Pada 8 April 1994, vokalis Nirvana Kurt Cobain ditemukan mati kerana bunuh diri menggunakan senjata api di rumahnya di Seattle.
Kematiannya membuat dunia berduka, terutama sekali jutaan peminatnya di seluruh dunia. Ini kerana pada ketika itu, band-nya Nirvana sedang berada di puncak populariti mereka.
Lalu mereka seolah-olah tidak percaya bahawa, ketika berada di puncak kegemilangan, Cobain mengambil keputusan untuk mencabut nyawanya sendiri.
Welcome to “27 Club”
“Sekarang dia sudah pergi dan bergabung dengan kelab bodoh itu,” kata ibu Kurt Cobain, Wendy O’Connor, pada 9 April 1994.
“Aku pernah cakap dengan dia, jangan sertai kelab itu.”
Club 27 merupakan satu kelab yang merujuk kepada artis yang meninggal dunia pada usia 27 tahun. Malah ada yang mulai menganggap Club 27 itu sebagai satu konspirasi.
Selain Kurt Cobain, beberapa bintang terkenal termasuk Jimi Hendrix dan Janis Joplin, juga meninggal pada usia muda itu. Beberapa tahun lalu, Amy Winehouse turut menyertai senarai Club 27.
Namun ibunya menolak teori bahawa anaknya itu dibunuh berdasarkan teori konspirasi itu. Dan dia percaya Kurt Cobain terlalu banyak terseksa jiwanya sepanjang hidup.
Ibunya menyebut nama Club 27 secara umum merujuk kepada mereka yang meninggal pada usia 27 tahun.
Kesan penceraian ibu bapanya
Banyak masalah peribadi yang mungkin mempengaruhi keadaan mental Cobain. Salah satu perkara yang meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya adalah penceraian ibu bapanya ketika dia baru berusia 9 tahun.
Kurt Cobain selalu bersedih yang teramat sangat dan memencilkan diri. Dari situlah dia mulai berteman dengan gitar dan muzik.
Namun kesedihan itu disembunyikannya. Ketika dia beranjak dewasa dan menempa kegemilangan, Kurt Cobain menikahi Courtney Love, vokalis grup musik Hole yang dia sangat cintai.
Frances Bean Cobain seringkali berkongsi masalahanya dengan Courtney Love. Mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata.
Kurt Cobain lahir di Hospital Grays Harbor di Aberdeen, Washington, pada 20 Februari 1967. Ibunya ialah Wendy Elizabeth, dan ayahnya ialah Donald Leland Cobain.
Kurt ada seorang adik perempuan bernama Kimberly, lahir pada 24 April 1970.
Menurut buku biografi Cobain, tulisan Charles R. Cross – Heavier Than Heaven – menyatakan bahawa Kurt Cobain merupakan seorang anak lelaki yang gembira.
Kurt Cobain seorang kanak-kanak yang kreatif dan mampu memainkan apa sahaja lagu yang dia dengar di radio.
Sayangnya, keceriaan Cobain berubah menjadi kanak kanak yang terpaksa memikul kesan emosi penceraiaan ibu bapanya. Dan dia mulai memiliki ‘teman’ bernama Boddah.
Ketika satu temubual dengan Spin Magazine, Cobain juga menyebut bahawa penceraian ibu bapanya memberikan kesan yang sangat mendalam dan panjang kepada dirinya.
“Aku seorang anak kecil yang ok je, sehinggalah aku berusia 9 tahun.”
Malah Cobain dalam catatan terakhirnya kepada teman imaginasinya itu bertulis: “I hate Mom, I hate Dad. Dad hates Mom. Mom hates Dad.”
Selepas ibu bapanya bercerai pada Februari 1976, Kurt Cobain selalu memberontak dan mogok lapar sehingga dikejarkan ke hospital. Dia mulai menjadi seorang yang sensitif. Mulai duduk berseorang selama berjam jam, termenung tanpa berbuat apa apa.
Cobain memilih tinggal bersama ayahnya. Dan dia meminta ayahnya berjanji tidak akan sesekali kahwin baru. Kecuali rujuk kembali dengan ibunya.
Ayahnya berjanji dengan beliau. Namun malangnya, tidak lama selepas itu ayahnya berkahwin.
Selepas merasakan dirinya dikhianati, Kurt Cobain tinggal bersama ibunya yang juga sudah berkahwin baharu.
Ayah tirinya pernah menyatakan, dia melayan Kurt Cobain jauh lebih baik daripada ayah dia sebenar. Ini kerana ayah tirinya itu terlalu sayangkan ibu Cobain yang mengancam akan menceraikannya jika tidak dapat menerima anak lelakinya itu.
Menubuhkan Nirvana
Bakatnya dalam bermain gitar membuatkan Kurt Cobain mulai bercita-cita mahu menjadi seorang bintang rock. Dan dia mulai seringkali berkugiran di sekitar Seatle.
Ketika menjengah usia 20 tahun, Kurt Cobain akhirnya membentuk kumpulan Nirvana bersama-sama dengan rakannya, Krist Novoselic (bass) dan Dave Grohl (drum).
Sebelum kehadiran Grohl, mereka pernah mengeluarkan album Bleach. Tetapi kegemilangan mereka hadir pada 1990 dengan rasminya Grohl menjadi drummer Nirvana dan mereka merilis album Nevermind – album tersebut terjual sebanyak 30 juta salinan di seluruh dunia.
Namun selepas menempa kegemilangan, Kurt Cobain kembali menjadi seorang yang sensitif. Teman wanitanya, Courtnye Love pernah berkongsi cerita bagaimana Kurt Cobain boleh berubah sikap daripada seorang yang ceria dan bertenaga di atas pentas kepada seorang yang murung di rumah.
Kurt Cobain mulai mengambil heroin secara berlebihan. Sehari setelah penampilan mereka di Saturday Night Live, Courtney Love cemas apabila menemui Cobain terlungkup di lantai hotel kerana overdosis heroin. Dia berjaya diselamatkan daripada meninggal dunia ketika itu.
“Jika saya tak bangun pukul 7 pagi itu, entah apa nasib suami saya.”
Kurt Cobain sukar meninggalkan tabiat kecanduan heroin itu kerana isterinya, Courtney Love juga penagih dadah itu. Malah Laporan media di AS menyatakan Courtney Love hanya dapat keluar daripada masalah itu hanya selepas 3 tahun daripada kematian suaminya.
Nirvana melakukan jelajah konsert untuk album ketiga dan terakhir mereka, In Utero. Bermula di Eropah pada Februari 1994. Ketika itu Cobain sudah memiliki seorang anak perempuan – Frances.
Kurt Cobain bergelut dengan ketagihan dan pada masa yang sama mahu kelihatan kekal cool sebagai seorang rock star.
Sebelum pertunjukkan di Munich pada 1 Mac 1994, Cobain bertengkar dengan isterinya menerusi telefon. Dan dia memberitahu Melvins ‘Buzz Osborne bahawa dia sudah berputus asa.
Cobain tidak dapat menamatkan persembahan hari itu dengan alasan laringitis. Dan Itu adalah pertunjukan terakhir Nirvana bersama sama di atas pentas.
Cobain kemudian meluangkan masa rehat 10 hari dengan bercuti di Rom bersama isteri dan anak kecilnya.
Pada 4 Mac, Love terbangun dan menemui Cobain sekali lagi overdos Rohypnol – dan kali ini benar-benar mencemaskan. Badannya kaku dan tidak dapat memberikan respon.
Namun pengurusan Nirvana segera menutup cerita ini daripada dilaporkan media. Cerita itu hanya keluar daripada mulut Love, beberapa bulan kemudian. Di mana Love menyatakan, Cobain sudah menulis nota bunuh diri sebelum menelan 50 pil.
Hubungannya dengan Courtney Love juga dilaporkan bermasalah. Namun mereka tampil seperti pasangan bahagian di khalayak.
Cobain pernah menulis satu nota bahawa:
“Lebih baik mati daripada harus menelan perceraian satu lagi (dalam hidup).”
Cobain sangat trauma dengan impak penceraian daripada ibu dan ayahnya dahulu.
Rakan bandnya telah cuba memberikan sokongan yang mereka mampu. Namun mereka melihat Kurt Cobain semakin lemah secara mental dan fizikal.
Kurt Cobain menolak undangan beraksi Lollapalooza dan tidak hadir di dalam beberapa sesi latihan bandnya.
Meskipun Love sendiri adalah pecandu heroin yang sama macam suaminya. Namun Love mendedahkan, Kurt Cobain sangat melarang mengambil barang terlarang itu di dalam rumah, terutama sekali ketika mereka sudah mempunyai seorang anak.
Kurt Cobain kerap melayan ketagihannya di hotel ataupun di rumah pengedar. Menurut Rolling Stone, polis di Seattle mendapat laporan pada 18 Mac dari Love yang ketika itu mengatakan bahawa suaminya mengunci dirinya di sebuah bilik dengan revolver dan mengancam dia akan bunuh diri.
Polis bertindak pantas dan menyita pistol kaliber 0.38, dan pelbagai jenis pil. Pada malam itu, Cobain memberitahu polis bahwa dia tidak berniat bunuh diri.
Iseteri dan rakan sekumpulannya mulai meminta pihak berkuasa memantau Kurt Cobain dengan lebih rapi. Dan kalau boleh sumbat terus di pusat pemulihan pun tak mengapa.
Tekanan semakin kritikal
Courtney Love telah mengugut Cobain bahawa jika dia tidak pergi ke rehabilitasi, Love akan menceraikannya. Dan anggota band-nya mengatakan mereka juga akan meninggalkan band jika dia tidak melakukannya.
Kurt Cobain mengamuk dan menyatakan bahwa, isterinya lebih teruk ketagihannya daripada dia. Dan Cobain meyakinkan mereka bahawa dia bukan penagih yang kritikal.
Cobain terus mengajak rakannya, ke studio tingkat bawah untuk mencipta lagu. Love yang merajuk, terbang ke LA dengan harapan Cobain akan ikut dengannya dan mahu menjalani rehabilitasi di sana bersama-sama.
Pada malam itu, Kurt Cobain telah pergi ke apartmen pengedar dadah. Dan dia mengungkapkan perkara yang pelik kepada pengedar itu
“Di mana sahabatku ketika aku perlukan mereka? Kenapa mereka semua menentang aku?”
Overdos lagi
Pada 29 Mac, Cobain terlibat dalam satu lagi overdos teruk. Novoselic terus menghantarnya ke bandar untuk rehabilitasi. Namun Cobain telah menjadi marah dan melarikan diri. Mereka berdua bertengkar pada ketika itu.
Cobain kemudiannya berjumpa dengan rakannya Dylan Carlson dan meminta senapang. Cobain menyatakan dia perlukan senapang untuk menjaga rumahnya yang sudah beberapa malam cuba diceroboh pencuri.
Carlson menyatakan, jika dia tahu Cobain mahu membunuh diri, dia tak akan pergi membantu Cobain mencari senapang itu. Namun pada hari itu Cobain kelihatan sangat normal dan tiada tanda tanda depresi.
Cobain dan Carlson pergi ke Stan’s Gun Shop di Seattle dan membeli senapang Remington 20-gauge seberat enam pound dan sejumlah peluru berharga sekitar $300, yang dibayar Carlson karena Cobain sudah dikenakan larangan oleh polis daripada menyimpan senjata api.
Pihak polis mendapat tahu Kurt Cobain ada menyimpan pistol dan terus menyitanya. Kurt Cobain diarahkan untuk memasuki Exodus Recovery Center.
Namun dia melarikan diri daripada tempat itu. Dia sempat menelefon isterinya ketika di sana. Love berkongsi, apa yang dikatakan Kurt Cobain kepadanya ketika panggilan hari itu, 1 April.
“Courtney, aku tidak peduli apa yang terjadi, tapi aku ingin kamu tahu bahawa kamu telah melakukannya dengan baik menjadi seorang isteri dan ibu. Ingatlah, apapun yang terjadi, aku akan selamanya mencintaimu.”
Cobain tahu ramai mengecam isterinya yang dilihat tidak membantu Cobain langsung dan seringkali mengancam untuk bercerai.
Love menyatakan, dia dimaklumkan suaminya itu berpura pura keluar merokok dan kemudian melompat pagar untuk melarikan diri dengan melompat pagar.
Cobain terus terbang menuju ke Seattle. Dalam penerbangan, dia duduk di sebelah Duff McKagan dari Guns N ‘Roses.
Cobain pula memang tak suka dengan Guns N ‘Roses khususnya Axl Rose. Namun pada hari itu Cobain melihat McKagan dengan sangat mesra. McKagan kemudian dapat merasakan ada perkara aneh yang berlaku kepada Cobain.
Sesampainya di Seattle, menurut beberapa saksi – dia berkeliaran di sekitar kota, menghabiskan malam di rumah musim panasnya di Carnation, dan menemui beberapa kejiranan untuk bersembang di taman.
Sementara itu, ibu Cobain panik. Dia membuat laporan bahawa anaknya hilang dan kemungkinan cuba membunuh diri.
Cobain sudah mengurung dirinya di sebuah rumah atas garajnya.
Bunuh diri
Polis mencari Cobain di kesemua tempat di rumahnya. Mereka tidak terfikir untuk mencarinya di rumah kaca di atas garajnya.
Cobain menyekat pintunya dengan kerusi dan dia nekad untuk membunuh dirinya.
Dan Cobain pun menulis sebuah surat yang ditujukan kepada Boddah, teman imaginasinya:
“I have it good, very good, and I’m grateful, but since the age of seven, I’ve become hateful towards all humans in general. Only because it seems so easy for people to get along that have empathy. Only because I love and feel sorry for people too much I guess.”
“Thank you all from the pit of my burning, nauseous stomach for your letters and concern during the past years. I’m too much of an erratic, moody baby! I don’t have the passion anymore, and so remember, it’s better to burn out than to fade away.
Peace, love, empathy. Kurt Cobain”“Frances and Courtney, I’ll be at your alter [sic]. Please keep going Courtney, for Frances. For her life, which will be so much happier without me. I LOVE YOU, I LOVE YOU!”
Kemudian Cobain meletakkan dompetnya di lantai, membukanya dan mengeluarkan lesen memandunya mungkin untuk memudahkan orang mengenali mayatnya nanti.
Surat terakhirnya ia letakkan dilantai dekat dengan tubuhnya. Kemudian, dia menghalakan senapang itu ke kepalanya dan menembak dirinya.
Pada 8 April, mayat Cobain ditemui oleh seorang juruelektrik Gary Smith, yang datang untuk memasang sistem penggera.
Dia melihat badan Kurt Cobain terbaring dan mengingatkannya sedang tidur. Rupanya ada senapang di dagunya. Dia memaklumkan kepada pihak polis akan kejadian itu.
Kisah Kurt Cobain membunuh diri mulai dicabar oleh isterinya yang mengesyaki suaminya dibunuh. Ini kerana menurut seorang pakar yang ditemui Love, amat sukar untuk seseorang itu mengangkat senapang selepas menelan pil heron sebanyak yang mereka temui dalam badan Kurt Cobain.
Kurt Cobain dibunuh?
Kisah Kurt Cobain membunuh diri mulai dicabar oleh isterinya yang mengesyaki suaminya dibunuh. Ini kerana menurut seorang pakar yang diupah Love, Tom Grant menyatakan amat sukar untuk seseorang itu mengangkat senapang selepas menelan pil heron sebanyak yang mereka temui dalam badan Kurt Cobain.
Grant mengemukakan teori bahawa heroin itu telah diberikan oleh beberapa penjenayah untuk melemahkan Cobain dan kemudian menembaknya. Namun teori ini agak kontroversi.
Grant menambah bahawa tulisan tangan pada bahagian kedua catatan bunuh diri Kurt Cobain tidak konsisten dengan tulisan tangannya yang biasa.
Dia menduga ada orang lain yang menulisnya untuk membuat kematian itu tampak seperti bunuh diri meskipun sebenarnya tidak. Namun, banyak ahli tulisan tangan tidak setuju dengan analisis ini.
Mereka menyatakan tulisan itu nampak sedikit berbeza kerana Kurt Cobain menulis dalam keadaan yang terlalu sedih dan pada masa sama ketakutan.
Peminat Kurt Cobain memberikan penghormatan terakhir kepadanya dengan berkumpul di Seattle, dengan menyalakan lilin.
Namun dia telah meninggalkan legasinya di arena muzik. Walaupun perbuatannya itu sememangnya sangat tidak patut dan ditegah oleh mana mana agama sekalipun.
Nirvana pergi bersamanya
Nirvana pun berkubur sekali bersamanya, kerana Dave Grohl sudah berikrar, tidak akan pernah ada Nirvana tanpa Kurt Cobain.
Ramai juga yang mulai menghentam Courtney Love yang meninggalkan suaminya ketika dia benar benar memerlukan teman ketika itu.
Satu memorial di Aberdeen dibina khas buat Kurt Cobain, di mana dia membesar di tempat itu.
Rujukan:
Rolling Stone – McKagan Interview