Dalam setiap temasya Sukan Olimpik sememangnya acara sukan dengan mata subjektif akan kerap memihak kepada pasukan tuan rumah. Sukan tinju juga tidak berkecuali.
Pertemuan final acara light middle-weight menemukan Roy Jones Jr (AS) dan Park Si-Hun (Korea Selatan). Pada pusingan ke-3 pengulas perlawanan sudah yakin bahawa pingat emas sudah miliki Roy Jones.
Ini selepas beliau melancarkan banyak tumbukan tepat ke arah Park Si-Hun. Jones mendahului dengan jauh sekali dalam pusingan tersebut.
Selepas tamat pertarungan, ramai peminat tinju terutama di Amerika Syarikat hanya menanti pengumuman juara milik Roy Jones.
Pengulas perlawanan juga melabel Park Si-Hun sebagai bukan atlet yang layak bertinju, dia tiada bakat untuk sukan itu. Sampai begitu sekali, ulasan pertarungan itu kerana Park Si-Hun serba-serbi lemah dalam semua aspek.
Malah ada yang menganggap, Si Hun seperti amatur bertemu dengan Roy Jones. Teknik Park Si Hun sangat teruk pada masa itu.
Aspek serangan dan pertahanan serta gerakan kaki yang tidak menampakkan dia adalah seorang petinju profesional yang beraksi di pentas final Sukan Olimpik.
Si-Hun Diumumkan Pemenang
Namun dunia dikejutkan dengan pengumuman Park Si-Hun sebagai pemenang pingat emas dalam acara final tersebut.
Roy Jones tergamam dan tidak percaya dengan keputusan itu. Jones melakukan banyak sekali tumbukan ke arah Park. Pengulas pertarungan tersebut, Marv Albert terus berkata:
“Nampaknya, Park Si-Hun telah merompak kemenangan ini.”
Jones melakukan 86 tumbukan tepat manakala Park Si-Hun hanya melakukan 32 tumbukan tepat. Kem tinju Korea Selatan diserang dengan cacian oleh peminat.
Mereka pula membalas dengan mempertikaikan kemenangan Jerry Page ke atas Kim Dong-Il pada 4 tahun lalu di Los Angeles.
Hujah mereka agak lemah kerana pertarungan itu memang sengit tetapi Jerry Page memang ada kelebihan. Sebaliknya dalam pertarungan Jones dan Park Si-Hun ianya bagai langit dan bumi bezanya.
Media mulai melabel Park Si-Hun sebagai pemenang pingat emas Olimpik paling tidak berhak memenanginya dalam sejarah. Kemenangan Park Si-Hun lebih kepada faktor sikap tidak adil juri memihak pasukan tuan rumah.
Dalam perlawanan pusingan pertama, Park menyingkrkan Abdualla Ramadand dari Sudan. Abdualla terpaksa menarik diri selepas Park melakukan serangan ke arah buah pinggang. Ia taktik kotor.
Dalam pusingan ke-2, Park menang ke tas Torsten Schmitz dari Jerman dengan keputusan unanimous decision. Schmitz juga tidak berpuas hati dengan kekalahan beliau yang disifatkan telah dirompak oleh petinju tuan rumah.
Dalam pusingan suku akhir, Park Si-Hun mengejutkan petinju pilihan Vincenzo Nardiello juga dengan keputusan kontroversi daripada beberapa juri meskipun Nardiello menguasi pertarungan itu.
Nardiello telah menyerbu meja juri dan memaki hamun mereka. Beliau mempersoalkan bagaimana beliau boleh kalah. Pegawai pasukan Itali ketika itu menenangkan Nardiello yang semakin emosi dan hilang kawalan.
Pada separuh akhir, Par Si-Hun menang ke atas Ray Downey juga dengan keputusan yang meragukan. Media Korea Selatan menulis Park Si-Hun sudah ditakdirkan untuk menang emas di bumi sendiri.
Ini selepas Park Si-Hun menang secara ‘dramatik’ ke atas beberapa petinju pilihan. Park menang tipis dalam pusingan suku akhir dan separuh akhir. Di luar Korea Selatan pula, media mempertikaikan kemenangan Park Si-hun.
OIC Pecat Juri Dan Perbaiki Sistem Kiraan Mata
Selepas tamat acara Olimpik, banyak bantahan dilakukan untuk Park Si-Hun. Namun Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) menolak bantahan rasmi itu. OIC mengesahkan kemenangan itu dan tak perlu untuk ditarik balik.
Namun begitu, OIC telah menggantung seumur hidup 2 juri yang terlibat dalam pengadilan tinju melibatkan Park Si-Hun yang didapati menerima rasuah.
Itulah permulaan kepada sistem pengiraan jumlah tumbukan tepat dilakukan dalam sukan tinju olimpik. Sebelum itu, juri memilih siapa yang mereka rasakan menang. Ada 5 juri kesemuanya dan ia memang sangat subjektif.
Walaupun OIC seakan-akan mengakui pengadilan yang lemah dan kesilapan pada penjurian, mereka masih tidak mengiktiraf Roy Jones sebagai pemenang apatah lagi memberikan pingat. Par Si-Hun masih kekal diiktiraf pemenang pingat emas untuk acara ini.
Karier Roy Jones dan Park Si Hun
Kedua duanya memiliki karier yang berbeza. Roy Jones kemudian menjadi salah seorang petinju WBA dan pernah menjadi juara kelas berat dalam WBA.
Dalam karier profesionalnya, Roy Jones Jr berjaya memenangi 66 pertarungan daripada 77. Dengan 47 daripada kemenangan itu dengan catatat KO.
Roy Jones hanya tewas 9 kali. Dan baru baru ini, Roy Jones bertemu dengan Mike Tyson dalam acara amal untuk petinju veteran. Dan berakhir seri.
Park Si Hun kariernya cuma terhad di Korea dan kejohanan di Asia. Selepas itu dia menjadi jurulatih tinju di Korea kerana cv dia sebagai juara olimpik.