Kisah Kenapa Van Gaal Memanggil Smalling Sebagi Mike Smalling

Chris Smalling telah diberikan nama panggilan baharu oleh bekas pengurus Manchester United Louis van Gaal. Di mana pemain itu dipanggil dengan nama Mike.

Segalanya bermula apabila Van Gaal memanggil Smalling sebagai Encik Mike Smalling dalam satu sidang media ketika Jelajah Amerika Syarikat.

Smalling kelihatan terkejut dengan panggilan nama Mike Smalling yang dipanggil oleh Van Gaal.

Sejak hari itu, Van Gaal berterusan memanggil Smalling dengan nama Mike.

Menurut Smalling selepas Van Gaal berterusan memanggilnya Mike, membuatkan ramai peminat yang mulai memanggilnya Mike.

Van Gaal akhirnya menjelaskan bahawa, dia pakai petik je nama Mike merujuk kepada Michael kerana ianya mudah untuk dia fikirkan untuk orang Inggeris.

Smalling bukan satu satunya mangsa Van Gaal. Seorang lagi pemain bernama Will Keane. Di mana Van Gaal telah memanggilnya Michael Keane yang kembali daripada tempoh pinjaman di Preston.

Tetapi nampaknya Van Gaal mencampurkan adukkan nama tersebut dengan saudara kembarnya Michael, yang berada di United ketika Van Gaal tiba di kelab itu tetapi dijual musim lalu kepada Burnley.

“Kini Michael Keane perlu melakukannya sendiri. (pada ketika itu pegawai media United membetulkannya)…atau Will Keane!”

“Michael adalah nama yang mudah untuk saya!”

Bos The Reds itu ketawa melihat kesilapan terbarunya dan kemudian menambah: “Saya berkata kepada Mike Smalling bahawa saya memanggilnya Pele kerana dia mempunyai gerakan yang hebat jadi lebih mudah untuk memanggilnya Pele sekarang!”

Dalam satu perlawanan, Van berkata: “De Gea telah menyelamatkan kami dan Mike Smalling pun telah menyelamatkan kami.”

Smalling kemudian bercakap tentang Van Gaal yang berterusan memanggilnya Mike Smalling.

“Para pemain tidak memanggil saya Mike, tapi ramai penyokong yang memanggil saya Mike.”

“Bahkan ketika kami ke Rusia atau ke mana sahaja, mereka memanggil ‘Mike! Mike! Mike!’”

“Rasanya benda ni akan terus melekat dengan saya selamanya.”

Saksikan beberapa detik Van Gaal memanggil Smalling dengan panggilan Mike di sini:

Louis Van Gaal memang dikenali dengan sikap kelakarnya. Namun tidak siapa dapat menafikan sumbangannya kepada taktikal bola sepak.

Van Gaal adalah pengurus yang mencipta 18 zon padang. Dan ianya menjadi panduan ramai pengurus selepas itu.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.