Jika bercerita tentang kesetiaan pemain pada kelab, pastinya kisah kesetiaan Marco Reus kepada Borussia Dortmund akan berada dalam senarai anda.
Pada era kemuncak kariernya, Reus menjadi buruan banyak kelab besar terutama sekali Bayern Munich yang beberapa kali cuba memancingnya.
Ketika rakan rakannya seperti Mario Gotze, Robert Lewandowski, Hummels menyertai Bayern, Reus terus setia bersama Dortmund.
Pada 2012, selepas musim cemerlang dengan Borussia Mochengladbach, Reus mendapat tawaran daripada Bayern dan juga Borussia Dortmund.
Ketika itu Jupp Heynckess sempat mengaja Reus datang ke rumahnya untuk memujuk pemain itu menyertai mereka bukannya Dortmund yang merupakan seterus Der Klassiker Bayern.
Namun pemain itu menolak untuk menyertai Bayern dan memilih Dortmund. Walaupun Bayern sedia membayar gaji lebih besar.
Dua tahun kemudian pada 2014, Reus berpeluang untuk menyertai revolusi di PSG. Kelab yang menjadi kaya raya di bawah pemilikan Nasser Al Khelaifi.
PSG membentuk pasukan ala FIFA Ultimate Team dengan wang mereka ada.
Salah seorang anak lelaki Nasser Al Khelaifi sangat meminati Reus. Dia malah menjadikan pemain itu sebagai pemain utama pasukannya dalam permainan konsol FIFA. Dan anak Nasser itu sangat berjaya dengan menggunakan Marco Reus.
Namun Reus menyatakan taat setianya kepada PSG dan menolak tawaran walaupun PSG menawarkan gaji 3 kali ganda lebih besar daripada €5 juta semusim yang dia terima di BvB.
Kerana menurutnya Dortmund masih memerlukannya dan peminat di Signal Iduna Park masih sayangkannya.
Pada 2015, ketika kontraknya berada di tahun akhir, klausa pelepasan €25 juta pada kontrak Reus teraktif. Dan dia boleh mengaktifkannya jika ada kelab sedia membayarnya.
PSG sekali lagi cuba mendapatkan Reus, menawarkan gaji €25 juta semusim.
Real Madrid turut berminat mendapatkan Reus pada masa itu. Malangnya dia menyatakan dia tidak mahu bermain untuk Real Madrid kerana di Sepanyol kelab yang dia sokong adalah Barcelona.
Mendengarkan perkara itu, Barcelona anggap ia satu peluang terbaik untuk mereka mendapatkan Reus. Wakil dari Barcelona sudah bercakap dengan Reus di Dusseldorf pada ketika itu.
Barcelona sudah menghantar tawaran kontrak kepadanya, dengan Reus sedia untuk menyertai Barca jika Dortmund benar benar tidak mahu melanjutkan kontraknya.
Tiba tiba, Dortmund menghantar tawaran pembaharuan kontrak yang baharu. Pemain itu tidak berfikir panjang terus melupakan tawaran Barca dan kekal di BvB sehingga 2019, menerima gaji jauh lebih rendah daripada ditawarkan PSG atau Barca mahupun Madrid.
Ketika dia menandatangani kontrak itu, Dortmund dalam krisis prestasi yang teruk. Berada di tangga ke-16 dalam liga. Reus menyatakan kelab sedang dalam krisis dan dia mahu membantu mereka.
Peminat Dortmund menjadi semakin sayangkan Reus.
Ketika itu, Bayern dan beberapa kelab lain turut memantau perkembangan Reus dan sedia menandatanganinya.
Pada 2018, Reus menarik perhatian Manchester City. Kelab itu sedia menjadikan dia pembelian yang mahal dengan gaji yang tinggi. City ketika itu menawarkan gaji €23 juta semusim kepada pemain itu.
Tetapi Reus tetap setia dengan Dortmund malah membayangkan bahawa dia mungkin akan bersara di kelab itu sahaja.