Kisah Khilafah Ottoman Membantu Rakyat Ireland Yang Kebuluran & Diabadikan Pada Logo Kelab Drogheda

Drogheda United F.C. adalah sebuah kelab di Ireland. Dalam logo kelab mereka ada unsur-unsur Turki.

Mesti ramai bertanya, tu betul-betul bermotifkan bendera Turki ataupun benda lain?

Jawapannya ya! Itu memang logo yang ada elemen Turki di dalamnya. Jadi bagaimana semua ini boleh berlaku?

Pada awalnya memang ramai terkejut dengan logo tersebut, apabila Drogheda dengan sengaja memasukkan unsur lambang Empayar Ottoman ke dalam logo kelab mereka.

Sebenarnya, kelab berbuat demikian sebagai tanda terima kasih kepada orang Turki yang menyeludup masuk secara ‘illegal’ makanan dari luar kepada orang orang di Drogheda semasa The Great Famine 1845.

The Great Famine ni bukan sahaja di Ireland sahaja tahu, banyak lagi tempat lain kena termasuk India.

The Great Famine 1845 adalah satu tempoh sukar kepada mereka. Di mana telah berlaku kebuluran besar-besaran di Ireland dan zaman memakan ubi kayu.

Orang Turki terpaksa berbuat begitu sebab Ratu Victoria ketika itu menghalang usaha oleh orang luar membantu rakyat yang menderita di Ireland.

Sultan Ottoman, Khaleefah Abdul-Majid I / Abdulmejid I, telah mengeluarkan dana daripada Turki dan mahu menyumbang £10,000 untuk membantu Irenland yang ketika itu sangat memerlukan.

Malangnya, Ratu Victoria menghalang usaha itu dan hanya membenarkan Sultan Abdulmejid I mendermakan £1,000 sahaja kerana Ratu Victoria berkata, dia sudah membantu £2,000.

Sultan Abdulmejid I terpaksa akur dan hanya menghantar £1,000. Tetapi secara rahsia telah menghantar makanan dengan 5 buah kapal secara rahsia dan kapal itu berlabuh di perlabuhan Drogheda.

Korang tau tak, £10,000 macam £800,000 hari ini ataupun sekitar RM4.3 juta.

Ketika itu, berlaku juga penularan wabak penyakit kerana ubi kentang yang disuntik genetik.

Yang kejamnnya, pihak yang menjajah mereka iaitu orang England ketika itu, telah memaksa semua ternakan mereka seperti kambing dan lembu dieksport ke England.

Masa ni berlaku penghijarahan besar-besaran keluar dari Ireland ke negara lain. Dan wujudlah banyak komuniti Ireland di seluruh Eropah.

Drogheda FC memiliki kelompok penyokong yang sangat fanatik di Ireland.

Apa yang kita dapat pelajari daripada perkara ini. Setiap logo pasukan bola sepak itu ada ceritanya tersendiri.

Dan ia juga membawa makna tersendiri kepada pasukan dan masyarakat tempat sesebuah kelab itu berpangkalan.

Itulah juga antara keindahan bola sepak yang membuatkan sukan ini bukan sekadar sukan. Ianya seribu makna. Bak kata orang Kedah: ‘Biaq jasa jadi kenangan.”

Dan itu juga membuktikan kemanusiaan ini tak ada batas agama dan juga kepercayaan di antara kita.

Harmoni itu lebih indah daripada membenci kan?

Baca yang lain

United Sedia Jual Greenwood

Manchester United masih belum pasti tentang kedudukan Mason Greenwood dalam pasukan itu pada musim hadapan. Sebelum ini Sir Jim Ratcliffe tidak menolak