Kisah Lagu Piala Dunia Ikonik ‘Wavin Flag’ Yang Asalnya Tentang Perjuangan Pelarian Somalia

Artis hip hop kelahiran Somalia berpangkalan di Kanada, K’naan telah menulis memoir untuk perjuangan di Somalia. Kisah pelarian epik tentang, perjuangan dan pengalaman baharu yang mengiringi setiap langkah yang mendebarkan dan menyedihkan.

Perjalanannya daripada kemiskinan dan ketakutan di tanah asalnya yang dilanda perang kepada strata tertinggi dalam muzik pop antarabangsa yang digariskan dalam lagu hitnya yang memenangi pelbagai anugerah, “Wavin’ Flag.”

Namun lagu tersebut menempa kemahsyuran yang dia tak fikirkan langsung. Di mana ianya telah menjadi lagu rasmi Piala Dunia 2010 dan kemudian dianggap sebagai salah satu lagu Piala Dunia terbaik sepanjang zaman.

Kisah pelarian Somalia

Kisah tentang cerita di sebalik Wavin Flag itu dibukukan dengan judul Tuesday of When I Get Older: The Story Behind “Wavin’ Flag,” sebuah buku bergambar 32 halaman yang ditulis oleh K’ naan dan diilustrasikan oleh artis terkenal New York Rudy Gutierrez.

Walaupun kisahnya melibatkan lelaki dewasa, namun buku itu disasarkan kepada golongan kanak kanak.

“Apabila anda masih muda ialah apabila anda mula membiasakan diri dengan jenis empati tertentu yang membantu anda memahami sejarah dalam konteks yang betul,” kata K’naan.

“Apabila kita dewasa, mudah untuk kita menganggap orang asing, pendatang dan pelarian sebagai orang yang berbeza, dan terasing daripada kita yang lain.”

“Saya fikir kanak-kanak lebih mudah memahami bahawa orang ini juga mempunyai keluarga, dan rakan yang mereka sayangi dan terpaksa tinggalkan dalam keadaan sukar, dan bahawa kita mempunyai lebih banyak persamaan dengan mereka daripada yang kita percaya sebagai orang dewasa.”

Buku itu menceritakan, dalam gaya perbualan yang ringkas, bagaimana K’naan yang berusia 13 tahun, ibunya dan tiga adik-beradiknya, meninggalkan rumah mereka di Mogadishu selepas tercetusnya Perang Saudara Somalia pada 1991, dan menggambarkan pengalaman mereka sebagai pelarian dari Somalia ke Amerika Syarikat, dan akhirnya tiba di Kanada,

Di sana mmereka akhirnya diberikan status kerakyatan dan mengubah nasih hidup mereka.

K’naan seorang yang sangat gemar dengan muzik di sekolah dan mengembangkan bakatnya sehingga dia menjadi penyanyi popular.

“Saya tidak cuba menjelaskan tentang lagu itu, tetapi dunia di sebaliknya,” katanya.

K’naan menyatakan dia terinspirasi daripada datuknya yang juga seorang penyair di Somalia iaitu Haji Mohammad “yang mampu menghentikan orang berperang dengan sehelai kertas puisi,” kata K’ naan

“Dia meninggal dunia sebelum kami pergi. Perwatakan dan ketegasan prinsipnya membuatkan saya kagum. Dia sangat disayangi kerana menjadi penyair berbentuk politikal, tetapi dia juga menulis tentang kasih sayang. Tiada siapa yang boleh cuba memegang pena seorang artis, dan dia tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.”

Menjadi lagu Piala Dunia

Bercerita tentang rakaman semula lagu itu untuk lagu rasmi Piala Dunia 2010, dia menganggap ianya pengalaman luar biasa. Ketika itu, lagu Shakira iaitu Waka Waka juga turut dihasilkan untuk Piala Dunia 2010.

Jadi, lagi Wavin’ Flag mengiringi Waka Waka sebagai antara 2 lagu paling ikonik dalam Piala Dunia.

Wavin’ Flag malah seringkali dianggap lagu terbaik sepanjang zaman kerana mengambil kira liriknya.

“Versi Piala Dunia 2010 adalah versi remix yang dipilih secara rasmi oleh Coca Cola sebagai lagu untuk Piala Dunia FIFA 2010.”

“Ia turut mengandungi lirik yang digubah semula agar ianya sesuai dengan tema bola sepak,” kata K’naan kepada majalah Billboard.

“Kami menggunakan kira kira 50 dram dan remix ini benar benar gila, Ianya berkaitan dengan ‘menjadi satu’. Kita semua bersatu dan dunia melupakan segala konflik dan masalah. Fokus kepada semangat bersatu dan keraian.”

“Momen momen itu yang dimasukkan dalam ‘Wavin’ Flag’ versi sekarang ini.”

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.