Kisah Leipzig Menjadi Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kerana ‘RB’ Dan Langgar Peraturan 50+1

Sebelum penjenamaan semula RB Leipzig, kelab paling dibenci di Jerman adalah Bayern Munich. Alasannya muda, kelab yang terlalu kuat dan dominan. Boleh mendapatkan sesiapa sahaja pemain yang mereka suka dari kalangan pasukan satu liga di Jerman.

Mourinho malah pernah menyatakan bahawa, Bayern Munich sentiasa sudah menjadi juara musim akan datang ketika pertengahan musim semasa. Ini kerana pada Januari mereka akan pergi memancing pemain pemain kelab lawan yang berkualiti. Mereka akan membuatkan pemain pemain ini mulai hilang fokus dan memikirkan untuk menyertai mereka pada musim berikutnya.

Borussia Dortmund pada era Klopp dan Tuchel antara kelab yang menjadi pesaing mereka, dan lihatlah apa yang Bayern buat? Mereka sentiasa cuba mendapatkan pemain terbaik kelab itu,

Tetapi selepas revolusi yang kontroversi di RB Leipzig, kelab yang paling dibenci bukan lagi Bayern Munich, sebaliknya RB LEPZIG!

Kenapa?

Sebelum tahun 2009, RB Leipzig hanyalah salah satu kelab dalam liga divisyen lima di Jerman. Nama asalnya adalah SSV Markranstädt, sehingga beberapa tahun kemudian, pengeluar minuman tenaga Austria Red Bull membeli lesen kelab itu.

Pembelian ini memberi Red Bull hak untuk menukar nama, lambang dan jersi kelab. Awalnya Red Bull mahu meletakkan nama Red Bull Leipzig sebagaimana sebuah lagi kelab di bawah konsortium mereka di Austria iaitu Red Bull Salzburg.

Tetapi di Jerman, Bundesliga melarang sama sekali nama kelab menggunakan unsur unsur penaja, nama syarikat dan sebagainya.

Apa yang mereka lakukan, mereka mendaftarkan nama kelab baharu itu sebagai Rassenballsport Leipzig yang diletakkan singkata RB Leipzig. Perkataan “RB” ini menjadi sebab pertama mengapa pasukan ini dibenci.

Kerana terang terang RB itu adalah cubaan untuk meletakkan Red Bull secara tak langsung dalam nama kelab mereka.

RB Leipzig rasminya dijenamakan pada 19 Mei 2009, di bandar Leipzig – tempat lahirnya Jerman FA.

Dietrich Mateschitz – bos besar jenama minuman Red Bull, telah membeli hak untuk bermain di liga divisyen 5 Jerman, NOFV-Oberliga Süd.

Liga untuk kelab di timur, dari SSV Markranstädt dengan sasaran untuk beraksi di Bundesliga dalam tempoh lapan tahun.

RB Leipzig menguasai NOFV-Oberliga pada musim tersebut dan dinaikkan ke Regionalliga Nord (IV) – divisyen 4, dan memenangi Regionalliga Nordost pada musim 2012-2013 tanpa kalah.

RB Leipzig naik ke 3. Liga, dan berjaya naik ke 2. Bundesliga pada musim berikutnya – kelab pertama yang mampu berbuat demikian semenjak liga divisyen 3 itu ditubuhkan.

Setelah dua musim mereka di divisyen 2, mereka berjaya naik ke Bundesliga – secara keseluruhannya hanya 7 tahun, setahun lebih cepat dari sasaran awal! Secara Ringkasnya inilah perjalanan RB Leipzig di Bundesliga sebelum memecah masuk ke Eropah.

2009: RB Leipzig ditubuhkan

2010: Dipromosi/Naik ke divisyen keempat

2013: Dipromosi/Naik ke divisyen ketiga

2014: Dipromosi/Naik ke divisyen kedua

2016: Dipromosi/Naik ke Bundesliga

2017: Naib Juara Bundesliga

2020: Berjaya ke separuh akhir Champions League.

2020: Berjaya menghantar Manchester United ke Europa League

Itu antara pencapaian mereka.

Pelanggaran pemilikan 50+1 yang dibuktikan oleh DFB sendiri

Kemudian dosa kedua yang mereka lakukan adalah, melanggar peraturan pemilikan 50+1.

Persatuan bola sepak Jerman melarang pelabur besar memiliki kelab. Dengan peraturan 50+1, dijangkakan kelab itu sendiri mempunyai majoriti mandat dalam pilihanraya kelab.

Di samping itu, hanya pelabur yang telah bersama kelab selama lebih daripada 20 tahun boleh dikecualikan daripada peraturan 50+1 ini. Misalnya Wolfsburg dan Bayer Leverkusen yang dimiliki sepenuhnya atau 100% oleh syarikat Volkswagen dan Bayer AG.

Sebuah lagi kelab yang dikecualikan daripada peraturan ini adalah TSG Hoffenheim.

Sebenarnya Hoffenheim dan Leverkusen ini juga pernah mendapat kebencian serupa daripada peminat di Jerman kerana pelaburan yang mirip kepada apa yang dibuat di Leipzig.

Namun pelaburan TSG pada ketika itu tak sebesar yang dibuat oleh Red Bull di Leipzig. Seterusnya penaja tersebut sudah 20 tahun bersama dengan Hoffenheim.

Ini berbeza sekali dengan Red Bull yang tidak pernah membuat pelaburan dalam Liga Jerman.

Idea 50+1 ini adalah untuk menjadikan penyokong sebagai suara utama kelab berbanding dengan pelabur dan penaja yang cuma ada 49% suara sahaja. Sebagai contoh, Borussia Dortmund mempunyai 139,000 ahli atau ‘pelabur’ yang mempunyai kuasa veto untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan, seperti harga tiket stadium.

Jadi dengan peraturan ini, maka pelabur atau syarikat yang cuba menjadikan sesebuah kelab itu atas kepentingan perniagaan melebih bola sepak.

Uniknya, RB Leipzig berjaya membuat ‘breakthrough’ dengan yuran ahli yang lebih murah setahun. Bagaimanapun, sebaliknya mereka berjanji ‘ahli istimewa’ akan mendapat pulangan tunai sebanyak 1,000 Euro setahun.

Sebagai perbandinga, Leipzig cuma ada 17 ahli berdaftar sebagai penyokong pada masa itu. Itu je la yang mengundi. Atas alasan kelab mereka kecil. Berbanding Bayern ada lebih 300,000 ahli berdaftar dengan kelab.

Jadi, kalau cuma 17 sahaja ahli, memang mudah untuk pemilik memanipulasi pemikiran mereka.

DFB kantoikan Leipzig tapi tak ambil tindakan kerana kena ugut

Kemudian mereka kantoi, di mana 17 ahli RB Leipzig ternyata adalah sraf Red Bull sendiri. Ya, ianya telah dibongkar oleh persatuan bola sepak Jerman sendiri. Dipetik dari Footballfancast.com, persatuan bola sepak Jerman tidak dapat berbuat apa-apa apabila Red Bull mengancam untuk menarik balik pelaburan dalam kelab itu dari bandar yang hanya mempunyai 500,000 orang itu.

Kerana, Leipzig adalah kelab Jerman Timur pertama dan satu-satunya yang bermain di peringkat tertinggi. Seterusnya rata rata peminat di kawasan tersebut menerima peraturan itu kerana mereka mulai merasai ledakan ekonomi di kawasan mereka. Keadaan inilah yang membuatkan RB Leipzig terus dibenci daripada hierarki teratas mereka sehinggalah ke penyokong mereka.

Namun penyokong Leipzig mempertahankan pendirian mereka dengan berpegang kepada prinsip bola sepak moden.

Penyokong dari kelab lain mulai menuduh mereka melacurkan diri mereka kepada kapitalis dan merosakkan struktur bola sepak di Jerman.

Red Bull berterusan melabur dalam pasukan Leipzig termasuk menaik taraf stadium menjadi serba mewah. Siap pasang teknologi heater bawah padang seperti mana pasukan kaya lain di Eropah. Nama stadium kemudian dibeli oleh Red Bull untuk menjadi Red Bull Arena.

Dan pasukan mereka berbelanja besar mendapatkan pemain bintang menyangi Bayern Munich.

Mereka mulai menjadi pencabar kejuaraan Bundesliga. Sangat jarang untuk mendengar peminat selain Bayern di Jerman mahu Bayern juara. Namun dalam satu musim persaingan antara Bayern dan Leipzig, rata rata peminat kelab lain mahu Bayern juara.

Banyak peristiwa serangan ke atas pasukan dan penyokong Leipzig berlaku.

Pernah sekali penyokong Borussia Dortmund memboikot aksi di tempat lawan menentang Leipzig kerana mereka tak mahu menyumbangkan duit mereka kepada penipu dan penjenayah bola sepak.

Sementara itu dalam perlawanan pertama piala liga Jerman atau Piala DFB, tuan rumah Dynamo Dresden membuat ‘selamat datang’ untuk kelab yang dibenci itu. Kepala lembu jantan dibaling ke tepi padang sebelum perlawanan.

Kepala lembu ni memang selalu dibaling ke arah Leipzig termasuk ke arah penyokong mereka. Ianya simbolik kepada logo Red Bull.

Selain itu, ketika berdepan Hoffenheim, penyokong turut membuat menjerit memaki dan menyindir penyokong dan pasukan Leipzig untuk menunjukkan kebencian mereka terhadap RB Leipzig.

Leipzig tetap memajukan bola sepak

Walaupun cukup dibenci, sebenarnya RB Leipzig ada kebaikannya. Sistem akademinya adalah antara sistem terbaik di Jerman, dan pemain mereka mewakili hampir setiap kategori usia pasukan kebangsaan Jerman, baik bawah-16, bawah-18, bawah-21 atau pasukan senior.

Mereka melantik bapa gegenpressing Jerman iaitu Ralf Rangnick menjadi orang penting dalam projek awal mereka. Membantuk DNA bola sepak dengan sangat sistematik.

Antara pemain yang berasal dari akademi kelab ini ialah adik kepada pemain Juventus, Sami Khedira iaitu Rani Khedira dan juga pemain Bayern Munich, Joshua Kimmich.

Bintang yang menonjol di Bundesliga dan menjadi rebuta ramai sebelum memilih Chelsea, Timo Werner juga hasil air tangan RB Leipzig. Begitu juga Naby Keita yang kini bersama Liverpool.

Dasar pembelian pemain kelab ini lebih mementingkan pemain muda, iaitu berusia sekitar 17-23 tahun, kerana bagi mereka ini akan memberikan hasil jangka panjang kepada kelab.

Jadi dari sudut bola sepak, mereka adalah orang kaya yang macam Manchester City. Sedia melantik orang yang tepat dalam mengendalikan wang mereka dan memajukan bola sepak di sana.