Kisah Lelaki Menang Loteri RM52 Juta, Kemudian Muflis Jadi Gelandangan Kerana Dadah, Cinggey Dan Arak

Memenangi loteri adalah nasib yang tidak dijangka. Ingat judi tu haram di sisi agama.

Sebenarnya banyak kisah mereka yang menang loteri dan kaya mengejut ini gagal mengurus kewangan mereka dengan betul.

Seperti lelaki dari England ini. Dia memenangi loteri, tetapi daripada menggandakan wangnya dengan cara yang betul, dia membelanjakan wangnya dengan boros. Daripada menjadi lebih kaya, dia hanya jatuh lebih miskin daripada sebelum dia memenagi loteri.

Apabila dia memenangi loteri, lelaki British bernama Michael Carroll ini baru berumur 19 tahun ketika itu.

Sebelum ini, dia bekerja sebagai pembungkus biskut yang hanya dibayar GBP204 seminggu. Jumlah ini agak kecil apabila menetap di England dengan kos sara hidup di sana.

Pada tahun 2002, Carroll cuba membeli tiket loteri dengan harga £1. Tak sangka dia sangat bertuah. Tiket loteri itu naik pulak nombor dia.

Dia menjadi pemenang dan menerima hadiah wang tunai £9,736,131 ataupun sekitar RM52,649,934.37 dibaca lima pulu dua juta, enam ratus empat puluh sembilan ribu, sembilan ratus tiga puluh empat ringgit dan tiga puluh tujuh sen.

Mendapat segumpal wang, Carroll membeli sebuah rumah di Swaffham, Norfolk dan beberapa buah kereta mewah.

Bukan itu sahaja, dia membazirkan wangnya untuk berparti setiap malam. Carroll terlibat dalam minum, mengambil dadah, dan tidur dengan kira kira 4,000 wanita. Dia membelanjakan USD3,000 (sekitar RM13,191) setiap hari untuk dibazirkan.

Bukan sahaja membazir wangnya, Carroll juga meninggalkan isterinya (gambar) ketika dia hamil 7 bulan.

Ini selepas dia dan isterinya bertengkar kerana Carroll kantoi membawa pulang pelacur.

Dia mungkin lupa pesan Jijo Alfonso Pereirra bahawa ada 3 perkara yang boleh menjatuhkan negara:

1. Rasuah

2. Tak menepati masa

3. Cinggey (perempuan)

Yang ketiga ni paling bahaya….

Selepas rumah tangganya musnah, Carroll juga keluar masuk penjara sebanyak 30 kali atas pelbagai kesalahan terutama sekali dadah. Dia juga pernah ditahan kerana mengganggu kejiranannya termasuk mengamuk tak tentu hala lepas mabuk.

Walaupun dia telah membeli sebuah rumah yang sangat mahal, namun aset rumah tersebut tidak dijaga dengan baik. Akibatnya, rumah mewahnya turut mengalami kerosakan. Rumah usang itu terpaksa dijual selepas diisytiharkan muflis.

Disebabkan rumah tersebut mengalami banyak kerosakan, dia mengalami kerugian yang besar.

Namun wang itu habis digunakannya untuk membayar hutang hutangnya yang lain. Rakan rakannya yang dia kenali ketika dia kaya, menghilang dan menghinanya. Mereka mentertawakannya ketika dia jatuh.

Kawan kawan lama dia dulu dah dia buang ketika dia senang. Mana dia nak ingat mereka lagi dah.

Dia kemudian kemudian jatuh miskin terpaksa tinggal di penginapan untuk gelandangan.

Kerana reputasinya yang buruk, Carroll mengalami kesukaran mencari kerja. Dia menjadi tukang sampah yang hanya dibayar  kira kira RM270 seminggu.

Selepas itu dia bekerja sebagai pengangkut arang batu di Moray, Scotland.

Carroll hanya mampu menangis apabila mengenangkan kehidupannya jauh lebih teruk daripada sebelum dia memenangi loteri.

Pada masa ini, Carroll tinggal bersendirian di flat yang disewa dan menjalani kehidupan yang sederhana. Malah, dia terpaksa bekerja seminggu penuh tanpa cuti untuk menyara hidup.

Bagaimanapun Carroll berkata dia sudah tidak lagi menyesali  apa yang berlaku 10 tahun yang lalu.

Dia berkata dia lebih bahagia dengan apa yang dia hidup sekarang. Jika sebelum ini dia masih boleh mengumpul RM270 setiap minggu, dia berasa lebih tenang dengan hanya beberapa pound dalam poketnya.

Itulah kisah jutawan loteri yang hanya berfoya foya, membuang duit, kaki perempuan, kaki botol, mat pet dan macam macam lagi.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan